Friday, March 11, 2011

Loji Logam Radioaktif Gebeng Kuantan: Cost-Benefit Analysis.


Lynas syarikat lombong terbesar Australia mahu melabur bina loji "rare earth" terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan bernilai USD230 juta hampir RM700 juta dengan menawarkan 2500 pekerjaan sektor pembinaan.

Dijangkakan bila loji itu siap beroperasi akan mengeksport hasil bernilai USD1.7 bilion hampir RM5 bilion setahun. China merupakan pengeluar terbesar logam "rare earth" dunia menguasai 95% pasaran dunia. 

Jika loji "rare earth" Gebeng Kuantan siap ini akan membekalkan permintaan 1/3 dunia. Nombor 2 di belakang China.

"Rare earth" ini juga dipanggil "thorium" digunakan dalam industri produk Apple iPhone,Toyota Prius dan Boeing smart bom. Thorium juga bahan alternatif kepada uranium elemen penting untuk buat loji nuklear.

Kosnya  ialah tentangan dari NGO Alam Sekitar dan parti politik pembangkang. WZWH tidak nampak lagi dari NGO Alam Sekitar Malaysia berbunyi. Tapi Fuziah Salleh ahli parlimen Kuantan (PKR) dan Nasruddin Hasan Tantawi Ketua Pemuda PAS sudah menyuarakan bantahan.

Dr. Jayabalan A. Thambyappa, seorang doktor dan toxicologist. Beliau telah merawat 6 kes mangsa leukemia yang disebabkan loji logam "rare earth" Mitsubishi Chemical yang ditutup pada 1992 di Bukit Merah, Ipoh. Beliau juga tidak bersetuju. 

WZWH difahamkan tahap standard radioactive waste management di loji Mitsubshi Chemical itu dibawah paras piawai.

Raja Dato' Abdul Aziz bin Adnan, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia berkata kelulusan projek Loji "rare earth" Lynas itu diluluskan setelah semakan menunjukkan bijih "rare earth" dan sisanya yang diimport dari Australia mengandungi paras radioactive yang terlalu kecil untuk diurus dan selamat.

DS Najib kelmarin juga berkata langkah-langkah keselamatan dan pengurusan logam "rare earth" di loji Gebeng Kuantan akan menghalang kes masalah sisa radioaktive berulang seperti di Bukit Merah, Ipoh.

WZWH berpendapat jika agensi kerajaan yang terlibat mendapati projek loji "rare earth" di Gebeng Kuantan itu selamat maka tidak perlulah pembangkang seperti Fuziah Salleh ahli parlimen Kuantan yang tidak "mencakna" sangat pengundi Kuantan dan Nasruddin Hasan Tantawi yang takut hendak bertanding lawan dengan Syed Ibrahim Syed Ahmad di PRK DUN Kerdau mencuri perhatian dan publisiti.

Apa Fuziah dan Nasruddin tahu bagaimana hendak memajukan ekonomi negeri Pahang ini. Pemimpin pembangkang hanya tahu bercakap perkara-perkara yang mereka tidak tahu maklumat yang sebenarnya. Mereka hanya suka menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Sudah ada cakap-cakap dari pemimpin Pakatan Rakyat meminta pengundi di parlimen Kuantan dan parlimen Indera Mahkota agar menolak BN pada PRU 13 nanti memain sentimen loji Lynas di Gebeng, Kuantan.

26 comments:

FARHAN PAHANG said...

PIHAK PEMBANGKANG TIDAK PATUT MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT DGN KEMUNGKINAN YANG X PASTI......

dobit127 said...

Buat FArhan,
Isu alam sekitar selalu menja idisu sensitif terutamanya bila melibatkan kawasan berhampiran penduduk.
Banyak projek tergendala atau terbatal teru gara isu sensitif walapun ulangkali hasil kajian kerajaan menerusi DEA mendapati projek itu selamat dan boleh dijalankan.
Bagi rakyat, kebanyakkannya bukan menentang arus pemodenan tetapi risau akan kesan masa depan. Tambahan pula digemburkan dengan kelulusan DEA adalah secar minima dan banyak dipengaruhi rasuah. Walaupun tiada bukti, kes Highland Tower dijadikan penanda aras tentang sikap kerajaan terhadap alam sekitar.
Apa yng perlu dilakukan sekarang, kerajaan mestilah membentangkan hasil kajian yang didapati selamat agar angka dan butiran dapat dibaca dan dihalusi oleh rakyat dan terutamanya NGO alam sekitar.. Jika ada teguran atau pertanyaan jawab dengan penuh berhemah.. Jika ada cadangan atau pandangan, ambilkira secara serius..
Hasil akhirnya barulah dibentang dan diluluskan.
Walaupun kaedah yang dicadangkan ini nampak remeh dan mengambil masa, tapi itu harapan para pengundi. Kerajaan telus dan berjaya.

Anonymous said...

A Blog Activist's Tale with Raja Petra Kamarudin (RPK)

UTUBE............

Anonymous said...

Australia ada bijih ini .... tapi Australia tidak mahu proses bijih itu di Australia .... syarikat yang nak proses pun syarikat australia .....ada lombbong sendiri pulak tu ... mana lebih effekif dari segi ekonomi lombong disitu .. proses disitu kemudian baru jual ? dan apa value added yang malaysia tambah didalam proses tersebut sehingga syarikat australia sangat teruja untuk memproses di malaysia apakah bahan tambahan yang sangat autralia perlukan untuk proses tersebut ?... what the HELL WZWH!!!!! awak kata fauziah salleh dan nasharudin tidak tahu pasal benda ini .....

Anonymous said...

TRANSPORT, PELABUHAN, KEDUDUKAN STRATEGIK DI TGH LALUAN PERDAGANGAN, PELABUHAN KUANTAN, MEMBUKA PINTU PASARAN YG PNTING............

FARHAN PAHANG said...

LALUAN PERDAGANGAN, DI PELABUHAN KELANG, PASIR GUDANG DAN PULAU PINANG SUDAH PADAT DGN PMBANGUNAN, TETAPI KAWASAN GEBENG BERHAMPIRAN PELABUHAN KUANTAN MASIH ADA RUANG....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:56,
CEO Syarikat Lombong Australia Lynas cakap bila buka loji Gebeng Kuantan boleh jimat kos 4 kali ganda..Australia ada dasar pelik, negara ini merupakan antara pengeluar uranium terbesar dunia selepas Kanada dan Alaska(AS).Tetapi dasar negara tidak membenarkan pembinaan loji tenaga nuklear-"nuclear free country".

Anonymous said...

Saudara WZWH,

Can you answers these 3 questions...

1) Why did the Australians Gov. forbid their own citizens to refine the rare earth metals themselves but were prepared to transport the ore over thousands of miles for us to do their dirty work for them?

2) Why can’t we also ship the radioactive waste back to Australia?

3) Why has the Environmental Impact Assessment (EIA) report not been made available to the public?

FARHAN PAHANG said...

KONFEM KE SELAMAT? PNGARAH AGENSI ATOM KATA SELAMAT? BOLEH PERCAYA?
MEDIA PEMBANGKANG DAH MEMALU KOMPANG, HAL INI ADALAH SALAH SATU ISU YG MNJADI TUNJANG KEMPEN PRU 13,

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Hello Anon 5:10,
Q1: The costs of processing rare earth is 4 time higher in Australia. Economic reason.

Q2: Australia has a policy of free nuclear country although exporting uranium to world market. No nuclear plant is built in Australia.

Q3: EIA report can go through because of legal loop hole. Report from Malaysian Licensing Atomic Board is positive...low radioactive.

FARHAN PAHANG said...

LEMBAGA ATOM DAH BAGI KELULUSAN...
:)

ORAIT.

X NAFI MMNG RMAI YG BIMBANG, TPI YG PNTNG JGN AMBIL KESEMPATAN POLITIK ATAU DUIT.UTAMAKAN KESELAMATAN RAKYAT.

(POLITIK=PMBNGKNG/DUIT=GOVMNT)

Anonymous said...

WZWH

1. sebab apa kos processing tu lebih mahal 4 kali ganda ? cuba senaraikan kos2 yang mahal sangat kat AUStralia tu .

Anon 2:42

1. cuba cerita sikit sapa pembeli-pembeli nya ?

Anonymous said...

Anon 2:42 jwb,

AMERIKA
EROPAH
CHINA
JEPUN
INDIA
NEGARA-NEGARA PENGENDALI REAKTOR NUKLEAR

AUSTRALIA x bli sbb xde sbb nk gune

Anonymous said...

Anon 2:42 jwb lgi,

selain pelabuhan kontena, pelabuhan kuantan juga merupakan salah stu plabuhn yg ada fasiliti memindah bahan kimia, mngkin lps nie plabhan kuantan ble tmbh fungsi sbg tmpt pindah rare earth.........

saya hnya bgi pandangan mngenai pemilihan tpak projek,dri sdut keselamatan, no komen.......

tpi konfem australia ade buat untung gak, xkn diorng nk bior lps tgn kosong je..............boleh jamin ke selamat?

FARHAN PAHANG said...

ADAKAH INI LANGKAH PERTAMA MALAYSIA UTK JADI NEGARA YG MNGOPERASIKAN REAKTOR NUKLEAR?

ADAKAH KITA DAH BERSEDIA UTK MENGURUSKAN BAHAN RADIOAKTIF DLM SKALA SEBESAR INI?

FARHAN PAHANG said...

Powdered thorium metal is pyrophoric and will often ignite spontaneously in air. Natural thorium decays very slowly compared to many other radioactive materials, and the alpha radiation emitted cannot penetrate human skin meaning owning and handling small amounts of thorium, such as a gas mantle, is considered safe. The decay of Thorium does, however, create Radon gas so caution should be exercised when thorium decays in closed spaces. Exposure to an aerosol of thorium can lead to increased risk of cancers of the lung, pancreas and blood, as lungs and other internal organs can be penetrated by alpha radiation. Exposure to thorium internally leads to increased risk of liver diseases.

The element has no known biological role.

sumber wikipedia....
utk dikongsi bersama, terpulang kpd pembaca utk menilai

Anonymous said...

nak jawab sikit . untuk penganhantaran ke negra tersebut .... laluan perkapalan tak penting broooo .... lu dah kena tipu brooo ... laluan perkapalan ditengah2 tidak jadi isu brooo .... bahan-bahan ini perlukan kapal khas untuk dihantar ke destinaasi tertentu ... jadi tak gunkan kapal dagang biasa .... so apa perlunya duduk dilaluan strategy brooo ....?

Anonymous said...

kene tipu? sy x ckp pon yg bhn rdioaktif tu akn dipindah dgn kpl dagang biasa, pelabuhan kuantan de fasiliti pelabuhan kontena n kimia, utk kpl kntena n kpl bwk bhn kimia mcm kpl bwk mnyak je buat masa ni kre lps nie ble la bkk fasiliti bru utk kemudahan docking kpl yg nk bwk bhn radioaktif tu......... kedudukan malaysia plak kat tgh antara cina dan india, negara yg mngoperasi reaktor nuklear mnggunakan rare earth dr jenis rare earth yg bakal diproses di kuantan. jepun pon antara negara yg bnyk melakukan ujian mngenai bhn ini...

Anonymous said...

owh. lgi stu, negara taiwan pon de bnyk syarikat yg mmproses komponen elektronik, dan bhn rdioaktif yg akn diproses di kuantan merupakan salah stu bhn dlm komponen elektronik,

faisal kuantan said...

kali pertama kat bukit merah dah gagal, ni kali kedua buat sebelah rumah orang jugak... kalau bocor, bukannya menteri yang luluskan benda ni yang kena, tapi rakyat yang kena... dia senang la kata benda ni slamat, cuba suruh buat belakang rumah dia... negara dapat pendapatan satu billion tapi rakyat cacat buat apa... benda ni bukan ada amaran bau atau bunyi, tau tau ada barah dalam badan... tau tau anak yg keluar tu genetik dia bermutasi... biarla negara malaysia ni takde loji proses bahan radioaktif, janji hidup tenang... cuba tanya dr mahathir tgk apa dia kata... cuba tanya org yang duduk kat gebeng tanya dia org nak tak loji tu kat situ... kebocoran radio aktif ni tak sedar... dalam tanah boleh masuk... dalam air boleh masuk... dahla kilang terbesar pulak tu... fikir fikirkan lah... bak kata pepatah beringat sebelum kena...

Anonymous said...

as salam wzwh,

kalau awk setuju sgt, kenape tk buat kt jerantut aje.. atau buat kt pekan.. boleh? dah la diaorg dtg sini buat kilang proses radioaktif, kita boleh pulak bagi diaorg tax exemption utk 12 tahun... sekian terima kasih...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:26,
Memang kalau Kuantan tidak mahu WZWH akan minta DS Najib bawa projek loji pemprosesan "rare earth" ke Jerantut. Walaupun kos pengangkutan tinggi sikit tapi atas sebab ekonomi projek itu berbaloi.
Kita kena lihat China dan Jepun. China pengeluar produk akhir "rare earth". Jepun tidak mampu buat kerana kos yang tinggi. Malaysia kalau mahu macam China kena ikut. Sekarang ini Jepun sibuk membela loji nuklear yang rosak akibat rempuhan tsunami. berita terbaru tahap radiasi kembali normal dan sudah dimaklumkan kepada IAEA. Jerantut akan bina loji nuklear satu hari nanti.

Anonymous said...

Tuan, memang Kuantan taknak pun... bawak je la ke Jerantut... Sisa dari kilang ini akan disalirkan kedalam sungai dan dilepaskan ke laut... Masa kes Bukit Merah dulu pun diaorang cakap extreme precaution and safety measures, tapi bocor juga... ini adalah risiko tuan, risiko yang bukan saja affect generasi sekarang, tetapi generasi yang akan datang juga.... selama ni kami dah bertoleransi dgn negara bila harga minyak dinaikkan, harga barang dinaikkan, harga apa sekalipun dinaikkan... tapi jangan lah sampai ke tahap kami perlu menggadai kesihatan kami... ini adalah kilang yang jauh lagi besar dari Bukit Merah tuan, sisanya pula nanti amatlah banyak... sikit sikit lama lama jadi bukit... Jepun tak buat sebab kos ke tuan? bukan ke kos tu ditanggung oleh pihak Lynas, pelaburan dari Lynas...China dah terlalu byk mengeksport bahan hasil rare earth ni sbb tu dia taknak ambil lagi... kenapa tak buat kat pantai barat je kalau nak buat sangat... pastu kepakaran apa yang kita ada di kuantan ni utk mengendalikan bahan radioaktif? kilang kat gebeng ni pun dah cukup bahaya dan mencemar alam sekitar, kenapa nak tambah lagi? kalau berlaku apa apa, kami takde helicopter atau kapal terbang untuk nak selamatkan diri... kawasan perumahan gebeng dengan kawasan perindustrian gebeng hanya dipisahkan oleh jalan dua hala je tuan...

Anonymous said...

Ini bukan isu politik... ini isu keselamatan dan nyawa rakyat... tak kira latar belakang politik projek ini kena bantah...

KUALA LUMPUR 11 Mac Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan mengkaji semula kelulusan yang diberikan oleh Atomic Energy Licensing Board (AELB) kepada sebuah syarikat Australia, Lynas Corp untuk membina kilang memproses memproses tanah jarang (rare earth) di Kuantan yang dikhuatiri memberi kesan kepada orang ramai dan alam sekitar.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu bimbang perkara yang sama berlaku pada 1980-an di Bukit Merah yang mana kilang seumpama itu telah mengeluarkan bahan-bahan radioaktif yang akhirnya terpaksa ditanam di tempat yang dirahsiakan.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh salah seorang Exco Pemuda, Mohd Suffian Awang yang merupakan Ketua Pemuda Kuantan pada mesyuarat Exco hari ini dan kita amat berharap ketelusan kerajaan untuk bentangkan laporan yang terperinci mengenai kesan daripada kilang tersebut.

?Kita amat berharap kerajaan mengkaji semula kelulusan berkenaan dan sekiranya ada kesan kepada alam sekitar dan kesan kepada orang ramai melalui sisa-sia radioaktif kami harap kelulusan ini dibatalkan,? katanya.

aku_sham24 said...

kesan tu bukan kena pd mereka sebab mereka duk jauh dan tiada dikawasan tersebut permasalahannya toksik tu kena pd penduduk yg berdekatan lu fikir la sendiri

Anonymous said...

Projek Lynas dengan loji tenaga nuklear ada kaitan? Cuma lokasi loji tenaga nuklear belum diketahui. Menurut Prof Dr Ismail Bahri dari UKM, loji tenaga nuklear akan menerima bekalan bahan nuklear dari pembekal. Sisa nuklear akan dipulangkan kepada pembekal, menurut beliau lagi.

Isu utama di sini ialah adakah loji tenaga nuklear itu akan dibina tidak jauh dari kilang Lynas untuk mengurangkan kos logistik dan sekuriti? Jika ya, salah satu kemungkinan loji nuklear dibina adalah di Dungun, Kijal, Kemaman, Tanjung Agas, Nenasi, Rompin atau di Gebeng sendiri. Selain itu, loji nuklear mesti berhampiran dengan grid nasional untuk menjimatkan kos pengagihan kuasa.

Isu kedua adalah loji tenaga nuklear akan menerima bekalan bahan nuklear dari pembekal dan sisa nuklear akan dipulangkan kepada pembekal seperti yang dikatakan oleh Profesor Dr Ismail Bahri. Ini bermakna kilang Lynas bukan sahaja akan menyimpan bahan radioaktif yang dihasilkan olehnya sendiri, tetapi juga bahan sampingan dari proses-proses di kilang Lynas serta sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi.

Satu perkara yang menarik ialah kilang Lynas dikatakan mempunyai kebenaran untuk menyimpan bahan radioaktif untuk selama-lamanya (selagi ada bulan dan matahari?)

Justeru, masyarakat Malaysia, dan khususnya penduduk Pantai Timur berdepan dengan sekurang-kurangnya 5 bahaya dan bukannya hanya 1 bahaya seperti yang dijangkakan.

Bahaya-bahaya itu ialah

1. hasilan radioaktif dari kilang Lynas
2. hasil sampingan dari proses-proses di kilang Lynas
3. sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi
4. operasi kilang Lynas
5. operasi logi tenaga nuklear

Inilah pakej 5 dalam 1 yang akan dinikmati oleh masyarakat Malaysia, dan khususnya penduduk Pantai Timur.

Adakah sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi dimasukkan dalam tong dan dibuang ke dalam laut di Gebeng, Teluk Cempedak atau Pulau Tioman? Atau ia ditanam di sebelah kilang Lynas?

Sisa nuklear 10 tahun berapa banyak? 20 tahun?

Fakta-fakta yang kita perlu tahu tentang projek Lynas dan loji tenaga nuklear

1. Half life Thorium ialah 14.05 billion tahun?

2. Kilang Lynas mengeluarkan waste water sebanyak 3 kolam renang bersaiz olimpik setiap hari? Adakah waste water ini akan disalurkan ke Sungai Kuantan? ke Pantai Teluk Cempedak? ke Sungai Pahang?

3. Adakah pekerja Lynas tidak akan membawa debu radioaktif pada pakaian mereka ketika balik kerja?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024