Sunday, September 11, 2011

7000 Pengundi Orang Kelantan Jerantut Akan Tentukan Parlimen dan DUN Damak PRU 13!


Blog Pemikir Politik Jerantut dan Surat Untuk Pemimpin telah memainkan isu Tuan Ibrahim Tuan Man tidak layak bertanding di Jerantut kerana dikatakan Tuan Ibrahim bukan orang asal Jerantut. Sila baca sini dan sini.

Di parlimen 81 Jerantut ada 52,000 pengundi berdaftar pada PRU 13. Orang Kelantan Jerantut yang layak mengundi dan berdaftar seramai 7000 orang.

Dalam posting WZWH yang lepas WZWH telah menulis tentang sumbangan orang Kelantan Jerantut kepada Jerantut secara ekonomi, politik dan sosial. Sila baca sini.

Pada WZWH, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah anak Kampung Batu Balai, Jerantut. Pahang mengamalkan dasar pintu langit terbuka. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Undang-undang tubuh negeri Pahang jelas, bagi rakyat yang tinggal menetap di Pahang selama 10 tahun sudah boleh dikira rakyat KDYMM Sultan Pahang.

Kalau dilihat majoriti anak-anak orang Kelantan Jerantut itu kad pengenalan adalah 06 (negeri Pahang). Mereka lahir di Jerantut, dibesarkan di Jerantut, berbudaya orang Jerantut. Dialek Kelantan mereka adalah warisan dan tradisi mereka.

Lagi pun Tuan Ibrahim Tuan Man itu dapat title Dato' DIMP dari Tuanku Sultan Pahang.  Isu Dr Hamzah dan Mat Nor orang Kelantan tidak boleh dimainkan lagi. Mereka orang Jerantut.

Begitu juga ada orang Jerantut yang tidak faham sejarah Pahang mengatakan YBM Tengku Azlan adalah orang luar- orang Pekan. WZWH mahu menjelaskan disini putera-putera Almarhum Sultan Abu Bakar boleh pilih mana-mana daerah yang mereka mahu berpolitik atau tinggal kerana Sultan Pahang adalah pemerintah negeri Pahang dan jajahan takluknya. Di Jerantut, Tengku Azlan masih punya keluarga besar terutama di Lembah Tembeling.

Perlu diingat jika dimainkan isu orang Kelantan Jerantut ini bukan rakyat tempatan dibimbangi ada 7000 pengundi orang Kelantan Jerantut yang akan menentukan Parlimen dan DUN Damak terutamanya dalam PRU 13. Tidak terkecuali juga di DUN Tahan, ada ramai pengundi orang Kelantan Jerantut.

UMNO dan BN perlu mendekati mereka orang Kelantan Jerantut, memahami apa permasalahan mereka dan cuba menyelesaikan kemahuan mereka jika tidak boleh 100% kalau boleh selesai 50% pun kira ok.

WZWH tetap menyatakan 7000 undi orang Kelantan Jerantut sangat penting untuk UMNO dan BN pada PRU 13 nanti.

Apa-apa pun kita 'cool' dulu dengar satu lagi lagu dikir barat buat semua 7000 pengundi orang Kelantan Jerantut...

Bangsaku bermaruah....

bangsaku bermaruah... di mulia dan di hormati...
kerajaan yang memerintah... berwawasan berinovasi...
parlimen berdiri megah..... tanda suburnya demokrasi...
rakyat hidup muhibah....... semua kaum bersatu hati...

kota melaka yang dulu rebah.. kuala lumpur jadi pengganti..
putra jaya tersegam indah... menara kembarkan tegap tinggi..
KLIA terhampar megah...... dengan kemudahan LRT..
Desa kota tidak terpisah.....lebuhraya penhubung hati...

karidorraya sayup di pandang... jadi simbul bidang IT..
kereta proton kot atas jalan... motor kriss tarik pembeli...
sibuk benar nampak pelabuhan.... pulau pinang pulau langkawi..
pelancung asing berkunjung datang....Malaysia pusat reakriasi..



bidang seni dan bidang sukan.. budaya dan reakriasi.....
berbagai kejayaan.... bangsa sudah bukti..
laut luas kami berenang.... gunung Everest dah kami daki..
kutub tempat tak sampai org... bangsa aku dah jijak kaki...

di dalam PBB... di dalam komenwel...
bangsaku di hormati....bidang kerja yang cemerlang....
kebebasan asasi.. ......semu pihak di pertahan..
agama adat tradisi..... bebas jadi anutan....

bangsaku bermaruah... di mulia dan di hormati...
kerajaan yang memerintah... berwawasan berinovasi...
parlimen berdiri megah..... tanda suburnya demokrasi...
rakyat hidup muhibah....... semua kaum bersatu hati...

13 comments:

Abeli Rosli said...

Salam.. buat WzWh salam buat semua..... walaupun kita berada di mana jua.... kita perlu ada sikap di mana langit di junjung di situ bumi di pijak..... di batu balai tumpah darah ku... tanah itu lah yang aku kasihi..... biar asalnya dari sebuah negeri tang berlambang kan kijang dan keris bersilang... namun... gading gajah itu lah pujaan ku..... tumpah darah ku di pahang darul makmur.... negeri yang ku cinta...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Abeli Rosli,
Yeah...ini semangat orang Kelantan Jerantut yang WZWH mahu. Sebenarnya majoriti orang Kelantan Jerantut bersikap begini. Harap penyokong UMNO dan BN Jerantut jangan main isu Tokoh itu, Tokoh ini adalah bukan anak tempatan Jerantut...Hidup Abeli Rosli Kg Batu Balai @ dari...Bukit Istana.

PemikirpolitikJerantut said...

WZWH main wayang nampak..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

PPJ, jangan main-main isu 7000 orang Kelantan Jerantut boleh terpukang Parlimen Jerantut, DUN Damak dan DUN Tahan...bahaya bro...

Anonymous said...

Orang melayu kelantan adalah melayu yang paling bijak berpolitik..dan berani untuk mengambil resiko.

Anonymous said...

WZWH pun dari keturunan Kelantan kan? Boss WZWH pun keturunan Kelantan jugak ke?

syahnabil said...

Assalamualaikum...begitu juga aku wahai Abe Li...pernah berjuang dalam skuad Bola Sepak Pahang pada zaman persekolahanku dan pernah membenam pasukan Kelantan negeri asal Bapaku tetapi bukan aku...aku anak Pahang sungguhpun dialekku Kelantan...

Anonymous said...

Tapi kau ada status Anak Kelantan . Kau tahu tak?

PemikirpolitikJerantut said...

WZWH, saya tak keluarkan isu rasist orang kelantan. WZWH kena faham maksud isu kandungan tu. KRONI dan isu calon anak jati.

Anonymous said...

plihan raya dah dekat..kalau asyik duk main isu kelantan pahang..mungkin ada msaalah nanti,apa cerita ngan kedah selangor yg tidak kurang ramai nya di jerantut...

Anonymous said...

salam selepas nie KC,KC berdarah campuran D n C fikirlahh sendiri jgan dok main cium bontot YB jerrr uat lahh perubahaannnn....YB2 yg ader nieee semua nyer xleh pkai beleker.......masa PRU bru cri kite masa bagi bender bagi kat pengampu2..korni2..waris warah...dan pencium2 batu n bontot beliauuu....lu fikirrrr laaa sendiriiiiiii........

Anonymous said...

samala awak pun dia cari masa nk pakai je....dalam blog jangan main la kutuk..jumpa cium pipi...malu lah sikit..

Anonymous said...

Anom 19:17 aper lu cium bontot YB padam muka kau pun macamm ciebaiiiiii......malu laaaaaa kat kucinggggg

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...