Friday, September 23, 2011

Bravo Nik Aziz Score Draw...LKS , KS, Anwar : Sokong Hudud?


Isu komunis hasil genius Mat Sabu telah membuka minda terutamanya orang Melayu/Islam yang merupakan majoriti pengundi negara ini membuat penilaian semula terhadap sikap PAS. Beberapa segmen pertubuhan dan masyarakat Melayu mula mencemuh PAS.

TGNA terpaksa menyanyi kembali lagu lama-implemen hudud di Kelantan...dan Malaysia. Mahathir pulang paku buah keras kepada Nik Aziz ini lah masa sesuai kerana Mahathir bukan lagi PM. Nik Aziz perlu minta kebenaran Najib.

Bravo Nik Aziz. Hudud tetap mahu dilaksanakan walau DAP menentang keras. Pedulikan DAP. DAP boleh keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan hudud.

Sebenarnya inilah kenyataan yang orang Melayu nantikan selama ini dari ahli politik Melayu tidak kira dari UMNO mahupun PAS. Anwar Ibrahim menyokong hudud Kelantan secara peribadi.

Realiti politiknya PAS menang besar dalam PRU 12 kerana sokongan Pakatan Rakyat. Sudah tentu sokongan Pakatan Rakyat terhadap PAS dalam PRU 13 akan bergantung kepada pendirian pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Apa kata mereka....

Lim Kit Siang:
Pendirian DAP tentang isu hudud dan negara Islam jelas dan konsisten. Tidak sesuai hudud dilaksana di Malaysia. Bukan dasar Pakatan Rakyat. DAP menentang keras dan pernah keluar dari Barisan Alternatif pada tahun 2001.

Karpal Singh:
Hudud tidak ikut perlembagaan Persekutuan kerana Malaysia adalah negara sekular. Hudud buat Malaysia menjadi negara Islam seperti Arab Saudi dan Sudan dimana orang bukan Islam terjejas. PAS perlu terima kenyataan perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. PAS patut fokus negara kebajikan. PAS tidak konsisten mahu u-turn kepada negara Islam.

Anwar Ibrahim:
Sokong hudud. Kes video seks beliau berlambak. Nak buktikan perlu empat orang saksi. Besi dan kemera CCTV tidak boleh dijadikan saksi itu kata Hadi Awang presiden PAS!

Memang menarik bila Mahathir cabar PAS supaya segera laksanakan hukum hudud di Kelantan. Nik Aziz telah jawab. 

Bravo Nik Aziz kerana mu berani memperkatakan yang hak dan bathil. Peduli dan pesetankan undi-undi Pakatan Rakyat yang tidak akan menyokong PAS lagi jika sekiranya hudud diimplementasi di Kelantan.

Nanti di alam barzakh...Nik Aziz boleh jawab ambo dah cakap dan mahu buat...cuma demo tak sokong!

Apa reaksi DS Najib Perdana Menteri kesayangan WZWH mahu jawab?

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024