Monday, September 12, 2011

AMANAH diketuai Ku Li Patut Kutuk Mat Sabu Yang Cela Tunku Bukan Pejuang Kemerdekaan!

Kredibiliti AMANAH NGO Ku Li terjejas bila Mat Sabu memperlekehkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu kata Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar bukan pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British @ anjing talibarut British.

Ahli politik UMNO yang veteran dan sangat rapat dengan Tunku Abdul Rahman cuma tinggal YBM Tengku Razaleigh Hamzah sekarang. Ku Li tubuh AMANAH NGO untuk subur dan hidupkan semangat idealisma Tunku Abdul Rahman.

Amanah diwujudkan dengan matlamat mahu menghidupkan legasi “Amanat Merdeka Bapa Malaysia” selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Tengku Razaleigh mengetuai Amanah sebagai presiden.

Amanat Merdeka Bapa Merdeka menyebut bahawa jika kita mahu bersatu sebagai sebuah keluarga di bawah satu bumbung bernama Malaysia, kita mesti jujur antara satu sama lain — Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Siam dan lain-lain — Muslim, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya.

Amanah ialah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Tidak seperti Ambiga Sreenevasan yang menubuhkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresif, bersatu dan gembira.

Amanah juga bertujuan memperakui, menegakkan semula dan menghormati kedaulatan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia, memastikan institusi-institusi kebangsaan menghormati dan mempertahakan undang-undang, prinsip demokrasi, hak dan nilai-nilai universal.

Ia juga bersandarkan tujuan menyokong kerajaan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab, berdaya saing dan berkesan, bebas rasuah dan kronisme, bersih dan jujur, adil dan amanah yang boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya

Ku Li patut gerakkan NGO AMANAH diseluruh bandar dalam Malaysia untuk kutuk Mat Sabu yang memperlekehkan Tunku Abdul Rahman idola Ku Li kerana orang bandar baik orang Melayu, Cina dan India minat dengan cara politik Ku Li.

WZWH bersetuju seperti apa yang ditulis oleh blogger Gelombang Rakyat....


Bercerita tentang Mat Indera ini tidak akan berakhir kerana akan wujud 1 isu baru yang menguji sejauhmana Pemimpin2 UMNO mampu menjawab setiap penipuan2 Pembangkang. Namun dalam isu Mat Indera, seorang Pemimpin Vateran yang sebelum seringkali mencetuskan kontroversi, Ku Li tidak pula memberi penjelasan mengenai hal tersebut. Di mana suara dan pandangan orang yang dikatakan disayangi Tunku Abdul Rahman ini? Hello, Mat Sabu cakap Tunku bukan Bapa Kemerdekaan Negara. Diam membisu Tengku Razaleigh? Dulu dihina Tun M sebagai individu yang menderhaka Tunku. Waimah dilabel bekas PM ini penderhaka Sultan. Kini? Jawablah. Atau Ku Li mahu menjaga kepentingan hubungan 'persaudaraan' dengan Pakatan yang menjadi penentu masa depan politik beliau. Jangan menyanggah, jangan menjawab isu yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Akan tetapi diam membisu tatkala isu yang sepatutnya dibalas dengan mulut puakamu Tengku Razaleigh. Inilah masanya kamu menggunakan pandangan akal bagi membela pemimpin kamu kata menyokong perjuanganmu. Bukan sekadar menjawab untuk melegakan api kemarahan emosi politik peribadimu. Semoga kebenaran akan terserlah.

5 comments:

Anonymous said...

Dah boring hentam pembangkang.. hentam Kuli pulak! Kenapa Kerana Kuli orang Kelantan?

Anonymous said...

xpnah amik tau pasal orang yang kejap keluar kejap masuk ni

RAI said...

negeri kelantan dijajah oleh siam tiap tahun hantar upti bunga mas lepas tu bertukar tangan dengan british wira tok janggut bangkit akhir dibunuh penjajah british kini ku li gurkha umno tapi tentang najib kenapa ?

Borokpolitikweh said...

tOLONG LINK BLOG HANGET NIH
http://borokpolitikweh.blogspot.com/

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ok, WZWH dah link blog Borokpolitikweh. Harap saudara rajin menulis. Tulislah apa yang terbuku dihati, apa persepsi saudara tentang politik Jerantut. WZWH mahu tahu pandangan rakyat Jerantut.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...