Friday, September 9, 2011

Lagi Sekali Tuan Ibrahim Tuan Man Memalukan Orang Jerantut Dan Pahang!


Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat sekali lagi memalukan orang Jerantut dan Pahang. Beliau berasal dari Jerantut yang merupakan 'Cradle of History' Pahang.

Namun beliau anak kelahiran Kampung Batu Balai, Jerantut tidak faham sejarah Malaysia cukup mengecewakan orang Tembeling, orang Pulau Tawar dan orang Ulu Cheka yang amat tahu sejarah dan adat budaya. Sekali lagi beliau memalukan orang Jerantut terutamanya yang terkenal dengan legenda pahlawan Pahang.

Sila baca blog Azli ShukriPahang-Kudan Semut Hitam bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man buta sejarah dan mahu menegakkan benang basah dakwaan Mat Sabu yang Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan bukan pengganas komunis.

Tuan Ibrahim Tuan Man mahu debat diadakan antara Mat Sabu dan Muhyiddin Yassin tentang isu Mat Indera sila baca Pahangdaily.

Tuan Ibrahim Tuan Man perlu dengar apa kata pakar sejarah seperti Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyifatkan mana-mana pemimpin politik yang menyokong gerakan komunis pada masa sekarang sebagai pihak “cukup bodoh.”

Dengan nada menyindir, pakar sejarah ini menasihatkan semua pihak agar tidak menyalahkan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang didakwa sebelum ini menyokong serangan komunis dalam tragedi Bukit Kepong.

“Tapi dia Mat Sabu tidak bodoh, dia pandai bersandiwara. Jangan salahkan orang macam Mat Sabu , rakyat sendiri mesti guna akal, jangan cepat percaya,” katanya pada “Wacana Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?” di Ipoh.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong dengan berjaya membunuh 25 orang semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin UMNO dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia.

Mat Sabu, dalam ceramahnya mengatakan Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Selain itu, PAS juga mahu agar sejarah kemerdekaan negara dikaji semula dengan mendakwa ramai pejuang kemerdekaan diketepikan.

Tegas Khoo, sejarah kemerdekaan negara tidak boleh ditulis semula kerana ia berasaskan fakta dan peristiwa yang benar-benar berlaku.

“Sejarah mesti berasaskan fakta dan sejarah tidak boleh diubah, sejarah adalah perkara yang telah wujud atau yang sudah berlaku ... sejarah adalah perkara yang sudah berlaku,” katanya di hadapan kira-kira 500 orang.

“Orang yang tidak faham sejarah Malaysia kerana mereka baca buku yang ditulis oleh mereka yang tidak faham, kalau tidak faham macam mana nak tulis sejarah,” tambahnya.

Jelas beliau, mana-mana pihak termasuk PAS yang berniat mahu menulis sejarah Malaysia perlu tahu tentang sejarah.

“Kalau nak tulis pasal sejarah kita mesti tahu, siapa yang nak tulis semula sejarah Malaysia dia perlu tahu tentang masyarakat, sejarah orang Melayu, sejarah orang Cina dan sejarah orang India.

“Tapi kalau kita lihat ramai yang tidak faham sejarah, saya nak beritahu British tidak pernah menjajah negara kita, mereka hanya mengadakan perjanjian untuk jalankan pentadbiran tapi kedaulatan tetap ada pada raja-raja Melayu sebab itu selepas 1957 Tanah Melayu ada sembilan orang raja, saya tahu ramai yang tidak tahu mengapa,” katanya.

Menyentuh soal Mat Indera yang disanjung pemimpin nombor dua PAS itu, Khoo berkata, pemimpin komunis Melayu itu tidak layak untuk digelar pejuang kemerdekaan kerana tindakan dalam tragedi Bukit Kepong bertentangan dengan undang-undang negara.

“Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, ini tidak boleh diubah, negara kita mahu orang yang patuh pada undang-undang atau tidak? Orang yang melanggar undang-undang negara tidak boleh dianggap sebagai wira,” katanya.

Memetik kata-kata Tun Mahathir...

"Biar Mat Sabu cakap banyak, baru kita tahu lubuk hati dia yang sebenar. Kalau dia tidak cakap, kita tak tahu siapa di belakang dia. Sekarang ini kita tahu, mereka sebenarnya adalah penyokong komunis dan pengganas.

"Sebab itu, saya ingat tak perlulah tangkap Mat Sabu ini, beri dia cakap banyak-banyak supaya kita akan tahu jenis orang di belakangnya. Ini rakyat harus tahu kerana kalau tidak, mereka terus tertipu sepanjang masa,".

4 comments:

Anonymous said...

Adakah Tuan Ibrahim ini anak jati pahang!?.....

PemikirpolitikJerantut said...

Tuan Ibrahim buka Anak ati Pahang
baca sini

http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/2011/09/panas-pengundi-jerantut-tolak-tuan.html

Anonymous said...

i knew him before..he was my lecturer in itm Pahang...he's a good man... was shock he leaved itm Pahang n joined PAS... the student really need him to learn/know Islam...May Allah bless him...

Anonymous said...

Bukan anak jati pahang? Tp masih dalam Malaysia bkan dari Thailand,Indon....saya pihak PAS bagi laa peluang pulok laaa kerr anak Pahang kite tegok macamnaner.....ada beranikan kaaa anak pahang bertanding atas nama PAS.........

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...