Tuesday, September 6, 2011

Apa Yang Mat Sabu 'Hero'kan Pejuang Haluan Kiri Komunis...

4000 orang Melayu dibunuh oleh Komunis kerana bekerja dengan kerajaan.

Mat Sabu angkat dan hero-kan pejuang komunis. Dia kata aku tulis semula Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan...Ahli Sejarah mengkelaskan ini perjuangan politik haluan kiri.

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-1945 menghasilkan MPAJA-anti Jepun juga dipanggil Bintang Tiga sebenarnya PKM-parti komunis Malaya.

Majoriti orang Cina masuk MPAJA sebab musuh tradisi Jepun. British latih MPAJA sebagai gerila. Siap bekalkan senjata dan peluru. MPAJA adalah antara gerila terbaik Asia Tenggara.

Jepun ambil orang Melayu serap dalam pentadbiran dan polis (Jookidam). Bila Jepun kalah, MPAJA @ Bintang Tiga buat operasi bunuh orang Melayu ini di bandar dan di kampung selama 14 hari.

Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa bekas-bekas anggota Jookidam, ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut. Ada pula yang digantung selepas perbicaraan singkat tanpa pembelaan. Ada yang disembelih hidup-hidup.

Malah tiada siapa yang berani membela kerana takut disyakki sebagai pembelot juga. Pembunuhan-pembunuhan ini menimbulkan reaksi tindak balas dari orang-orang Melayu seperti oleh Panglima Salleh Selempang Merah yang mendapat sokongan padu orang-orang kampung yang bersenjatakan senjata tradisi parang dan tombak, sehingga mampu mengancam pihak Komunis yang lengkap bersenjata api.

Sebenarnya niat PKM komunis mahu bunuh semua Raja-Raja Melayu dan melakukan pembersihan etnik-ethnic cleansing bunuh semua orang Melayu di Tanah Melayu ini. Namun bila parti PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh British pada tahun 1947 yang mana ini parti sosialis Melayu haluan kiri menyebabkan komunis mahu Melayu Sosialis ini bergabung dengan PKM.

Sebahagian ahli PKMM, API(Pemuda) dan AWAS(Wanita) menyertai PKM masuk hutan berjuang guna senjata semasa darurat (1948-1960) namun akhirnya ramai kembali menyertai UMNO. Untuk mengatakan bahawa UMNO itu adalah kepunyaan golongan feudal sepenuhnya adalah tidak benar kerana ramai rakyat marhain Melayu masuk UMNO.

Di Pahang sendiri  Rejimen Ke-10 PKM yang keseluruhan anggotanya adalah Melayu ditubuhkan dan mula melancarkan keganasan yang dianggotai oleh komunis Melayu dan dipimpin oleh Abdullah C.D. Namun Yeop Mahidin telah menubuhkan pasukan Gerila Wataniah Pahang yang dilatih oleh Force 136 yang dipimpin oleh Mejar Richardson. Almarhum Sultan Abu Bakar dan Tun Razak juga anggota Wataniah Pahang.

Yeop Mahidin telah dihantar untuk menewaskan Rejimen Ke-10 PKM yang dianggotai oleh komunis Melayu dan dipimpin oleh Abdullah C.D. Yeop Mahidin yang tidak menghiraukan kekejaman komunis-komunis Melayu yang bukan sahaja memusnahkan aset British, tetapi membunuh dan menyeksa orang awam, termasuklah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai untuk menimbulkan kegerunan di hati penduduk tempatan.

Berbalik isu serangan pengganas komunis terhadap balai polis Bukit Kepong. Mat Sabu dan PAS guna hujah menyerang polis penjajah sebelum merdeka pada tahun 1950. Mat Sabu anggap Mat Indera dan 200 komunis Cina adalah hero sebenar membunuh anjing penjajah.

Dari segi teknikal Johor dan negeri-negeri Melayu lain selain dari negeri-negeri Selat adalah dibawah naungan British. Negeri Johor dan negeri-negeri Melayu yang lain berketuakan Sultan sebagai pemerintah negeri. Johor berajakan Sultan Johor. 25 anggota polis Bukit Kepong adalah polis dibawah pemerintahan Sultan Johor. Pengganas komunis menyerang polis Bukit Kepong boleh ditafsirkan menyerang Sultan Johor. Ini adalah PENGKHIANATAN.

Kumpulan ajaran sesat menyerang balai polis Batu Pahat pada tahun 1980an adalah juga dipanggil pengkhianat. Kes Bukit Jenalek Al-Maunah merampas senjata dan peluru askar adalah juga ditafsirkan niat menyerang KDYMM Agong. Juga adalah PENGKHIANATAN.

Adakah niat Mat Sabu dan PAS mahu melakukan pengkhianatan kepada Raja dan Negara? Itulah apa yang Mat Sabu 'hero'kan pejuang haluan kiri komunis.


Lencana MPAJA.

1 comment:

Anonymous said...

ZURIKZURIKURIZKURIZZZZZZZZZZZ

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...