Thursday, September 29, 2011

Operasi "Drastic Cleansing" Calon Jerantut PRU 13


Banyak blog-blog Jerantut seperti Suara Prihatin UMNO Jerantut, Urag Drrulug, Borok Politik Weh, Braveheart, Kutukan Dewata, Surat Untuk Pemimpin dll menulis posting mahu perubahan dilakukan terhadap calon Jerantut PRU 13. Maka WZWH mencadangkan posting di atas agar semua bloggers Jerantut berpuas hati gamoknya....

Satu operasi "drastic cleansing" calon-calon UMNO PRU 13 perlu dilakukan oleh DS Najib dan MB Pahang bagi membersihkan UMNO bahagian Jerantut. Mengambil kaedah Tun Mahathir, satu pembedahan kepimpinan politik UMNO Jerantut perlu dilaksanakan untuk membersih UMNO Jerantut.

Bagaimana caranya? Oleh kerana semua ahli UMNO dan rakyat Jerantut mahu pemimpin yang bersih, tiada skandal, jujur, berintigriti, tidak korup dan benar-benar berminat mahu memberi servis kepada rakyat Jerantut maka "penyelesaian di luar kotak" atau "drastic change" perlu dilakukan.

Mengambil analogi pasukan bolasepak Jerantut umpamanya. Jika pasukan bolasepak Jerantut sudah tidak ada "teamwork spirit", tidak berdisiplin, ada pemain suka hisap rokok, dan selalu tewas dalam permainan memalukan Jerantut maka apa penyelesaiannya? Semua baik pengurus dan pemain perlu dibuang dan digantikan dengan pemain baru yang lebih berminat, muda, bertenaga dan berskil.

Justru itu WZWH mencadangkan semua pemimpin UMNO Jerantut baik YBM Tengku Azlan, Dato' Dr. Shukri, Dato' Wan Amizan perlu digantung kasut bola mereka, biar mereka berehat, gantikan dengan pemain-pemain baru. Ertikatanya mereka tidak perlu bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana akan menyusahkan dan menjadi liabiliti kepada UMNO. Kalau itu kehendak rakyat Jerantut semua.

Juga termasuk Dato' Lau Lee, ADUN Damak, orang MCA mahu calon baru yang lebih bersih.

Calon-calon dari kumpulan "recycle" juga seperti Tn Hj Kamaruzaman Baria dan Ustaz Mat Jaafar jangan dilayan dan dipertimbangkan untuk menjadi calon kerana Allah telah memberi mereka peluang menjadi ADUN atau ahli parlimen tetapi gagal membangunkan Jerantut mengikut kehendak rakyat Jerantut sepatutnya.

Maka operasi "Drastic Cleansing" calon-calon UMNO pada PRU 13 perlu diaplikasikan dengan penuh yakin oleh DS Najib dan MB Pahang. UMNO perlu mencalonkan "calon malaikat" di Jerantut.

Kriteria "calon malaikat":
  • bersih
  • berintegriti
  • berkepimpinan
  • berpendidikan baik sekular atau agama
  • tiada kes skandal
  • tiada kes hutang melampau
  • muda
  • berminat dan bersemangat
  • anak tempatan
WZWH amat percaya jika DS Najib dan MB Pahang letak calon-calon parlimen dan DUN yang memiliki sifat-sifat "calon malaikat" nescaya 100% pengundi-pengundi 52,000 parlimen Jerantut akan memilih calon parlimen dan DUN dari UMNO!

Apa yang DS Najib dan MB Pahang mahu takut? Kerana rakyat akan memilih calon-calon yang bersifat malaikat untuk dijadikan pemimpin. Rakyat Jerantut bukan mahukan wang ditabur dari berguni-guni wang. Mereka hanya mahu pemimpin yang jujur dan ikhlas untuk membangunkan Jerantut.

PAS letaklah siapa-siapa calon baik Nik Aziz dan Hadi Awang bertanding di parlimen Jerantut dan DUN pasti kalah.....kerana rakyat Jerantut lebih memilih "calon malaikat"!

DS Najib dan MB Pahang ada berani ke ambil risiko?....Adakah 52,000 pengundi Jerantut bersetuju dengan cadangan radikal WZWH ini? Kalau setuju katakan setuju...kalau tidak setuju katakan tidak setuju!

Tapi biasalah tidak semua apa yang kita minta dapat...mungkin tinggal Dato' Wan Amizan sahaja yang kekal kerana beliau masih merupakan aset utama UMNO Bahagian Jerantut. Tanpa Dato' Wan Amizan mungkin empayar UMNO Jerantut akan tumbang umpama seperti istana pasir dibadai ombak laut.

5 comments:

Anonymous said...

tak apa lah jika najib nak tukar semua calun, termasuk adnan tu kena tukar menjadi bebanan jer,jika tak tukar pun rakyat akan tukar kerajaan dah, cukup cukup lah beri kesenpatan pada depa mengaut keuntungan.

Anonymous said...

Pandangan dan pendapat yang silap, "Malaikat" hanya satu tugas jer. Cth kalau cabut nyawa dia akan cabut nyawa last2 sekali nyawa sendiri akan dicabut jua. Itu yang semesti tahu.

WZWH lebih faham kerana mengikuti perkembangan dan edaran semasa mengenai YB. Persoalannya bukan sebersih kain puteh. Boleh dicorak corek menjadi hitam legam. Kekadang orang melihat benda itu dah memang hitam legam. Sebab apa marilah renung2kan...

Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman

Anonymous said...

WZWH should be the next candidate kot... Hehehe.

PemikirpolitikJerantut said...

Pandangan bijak, ada betulnya apa yang ditulis oleh wzwh..

Anonymous said...

mungkin juga pendapat wzwh tu tepat,tapi kome ni kurang yakin takut pungko je lebih...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...