Monday, September 26, 2011

Tiga DUN Serentak Mengadakan Jamuan Hari Raya di Parlimen Pekan


DS Najib Razak, ahli parlimen Pekan, Perdana Menteri Malaysia.

Pekan adalah parlimen Perdana Menteri DS Najib. Parlimen Pekan ada empat DUN: Bebar, Peramu Jaya, Chini dan Pulau Manis.

Hari ini 25 September WZWH berkesempatan meninjau sambutan jamuan Hari Raya di tiga DUN serentak iaitu DUN Peramu Jaya, DUN Bebar dan DUN Chini. DUN Pulau Manis telah mengadakan jamuan Hari Raya semalam.

Bagaimana sambutan orang ramai kepada jamuan yang dibuat oleh tiga ADUN ini walaupun DS Najib ahli parlimen Pekan dan Ketua Bahagian tidak dapat menghadiri kerana tugas beliau sebagai Perdana Menteri.

Pada PRU 1999, DS  Najib cemas terjun Sungai Pahang nyaris hampir tewas kerana mendapat majoriti nipis 241. Orang Pekan tidak mengundi beliau kerana sebab-sebab tertentu.

Namun DS Najib telah implemen strategi-strategi baru yang akhirnya pada PRU 2004, 2008 majoriti beliau kembali melambung. WZWH tidak mahu mengulas strategi-strategi DS Najib di Pekan. WZWH mahu turun padang melihat sendiri bagaimana ADUN-ADUN dalam parlimen Pekan bekerja.

WZWH presents Jamuan Hari Raya serentak di tiga DUN dalam parlimen Perdana Menteri....
















YB Cikgu Ibrahim Awang, ADUN Peramu Jaya.
















Sambutan orang ramai di DUN Peramu Jaya. Jamuan Hari Raya dibuat di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, bandar Pekan.
















Kanak-kanak berpusu-pusu mendapat duit raya dari ADUN Peramu Jaya.
















Jamuan Hari Raya DUN Bebar diadakan di Kampung Acheh.
















YB Dato' Ishak Muhamad, ADUN Bebar merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan. Orang DS Najib yang paling setia di Pekan sedang menyampaikan sumbangan beras kepada orang DUN Bebar.
















YB Dato' Ishak Muhamad sedang membawa tong berisi kertas undi untuk dicabut oleh orang ramai.
















Perhatikan puding macam dua biji kuning telur dalam mangkuk polistrene putih. Orang Pekan panggil nikbat. Rasanya manis. Ini juadah unik di Kampung Acheh. Kambing panggang nampak sedap.




















Persembahan artis dari Kampung Acheh Pekan mendendangkan lagu raya.
















YB Dato' Abu Bakar Harun, ADUN Chini.
















YB Dato' Abu Bakar Harun sedang menyampaikan hamper kepada orang DUN Chini.
















Sambutan jamuan Hari Raya di Dewan Syahbandar Bandar Dara DUN Chini. Sambutan telah bermula sejak malam semalam. DUN Chini adalah DUN yang punya ramai peneroka ada tujuh rancangan Felda gugusan Chini. Malam semalam berlansung pesta membakar lemang sebanyak hampir 3000 batang lemang oleh tujuh rancangan Felda dan kampung-kampung tradisional.
















Persembahan artis dari kumpulan Unggul Tori dari Temerloh. Ini kumpulan muzik lagu rakyat Pahang. Artis sedang menyanyi lagu 'Bujang Manau' sebuah lagu hits orang asli.

Kesimpulannya sambutan orang ramai di tiga DUN di parlimen Pekan tetap meriah dan mendapat sambutan. Tiga ADUN yang WZWH tinjau bekerja kuat memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam DUN masing-masing. Inilah kekuatan yang memberi semangat kepada DS Najib ahli parlimen Pekan.

Walaupun DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia namun kubu sendiri kena jaga takut dan bimbang igauan buruk majoriti tipis PRU 1999 berulang. WZWH rasa orang Pekan lebih rasional dalam PRU 13 nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Mengadakan jamuan no 1 ada keberkatan. Hulur bantuan no 2 ada pendekatan. Cabut kertas undi no. 3 hampir permainan -( )- disertai dengan dengan lagu2 pulak apahal. Boleh berhibor sempena hari lebaran untuk kemeriahan. Sepatutnya ada ciri2 keMelayuan keIslaman itu sungguh apdal. Sudah bermula dua tiga hari yang lalu, maka bayangkan berapa "ongks dan pulus" dibelanjakan bagi tujuan itu.

Tidak marah, tapi awasi percaturan sedemikian. Kemenagan tipis 241 tahun 1999, mungkin berulang... Bagaimana P.81 tahun 1999 dan DUN Tahan, itu lagi bahaya

Peminat politik dan penkaji politik sepanjang zaman.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...