Tuesday, September 20, 2011

Pelombong Besi Pahang Jangan Rakus Musnah Alam Sekitar


DSD Adnan Yaakob, MB Pahang yang sangat prihatin kepada aduan rakyat Pahang berkenaan aktiviti lombong-lombong besi yang tidak ikut piawaian dibenarkan mencemar alam sekitar.

Pahang bumi negeri bertuah. Dikurnia Allah besi dan mineral lain. Berjuta-juta tan. China melabur berbilion di Pahang. Industri perlombongan besi hidup bagai cendawan tumbuh selepas hujan petir.

Pelombong besi Pahang jangan rakus musnah alam sekitar. Bukan sahaja alam sekitar terjejas kerana pelombong tidak ikut peraturan malah kesihatan penduduk Pahang berdekatan lombong terjejas.

Rakyat Pahang ramai mengadu. Itu sebab DSD Adnan Yaakob MB Pahang telah mengutamakan aduan rakyat Pahang dengan memanggil semua pelombong Pahang diberi taklimat khas di kediaman rumah MB pagi tadi. MB mengingatkan dan menasihat pelombong supaya mematuhi peraturan dan meminimakan kerosakan alam sekitar.

MB beri amaran jika semua pelombong Pahang degil maka semua aktiviti dan industri lombong nanti akan dihentikan. Pelombong jangan terlalu rakus mengorek besi sampai gondol tanah bukit dan menghasilkan pencemaran. Guna kaedah melombong ikut piawaian antarabangsa dan dibenarkan.

Pelombong besi Pahang jangan rakus musnah alam sekitar.

4 comments:

Anonymous said...

kalau tak rata kan tanah.tak gondolkan bukit.habis nak ambil bijih ni kot mana.aku nak tanya nak ambil kat mana ? terlalu banyak kelulusan di luluskan.aku tau angka nya neribu ribu permohonan dalam per mohonan.yang lulus status skc pun banyak.lulus skc pun dah boleh buat production.kawasan yang lulus tu adalah kawasan milik some body.drama banyak sangat.jangan cerita lebih lah.nak saya ceritakan satu satu ke...?

Anonymous said...

ya lah.perlombong jangan lah rakus sangat.kalau ya pun ikut peraturan dan garis panduan perlombongan.pasti tak menjadikan kesusahan.ini kan rezeki sekarang ni.perlombongan bijih besi dah gantikan industri balak..rakyat pahang makin kaya lah gitu.teruslah undi BN.sokonglah Dato Sri Adnan Yaacob supaya terus menjadi MB pahang.Seorang MB yang menjaga rakyat Pahang..semoga Mb panjang umurdan menang lari pilihanraya akan datang serta terus menjadi MB pahang..

Anonymous said...

Macam mana nak jadi pelombong besi di Pahang ni ..ada info ka?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 3:21,
Kalau anon mahu mohon lombong cepat hantar sekarang sebelum 29 September 2011 sebab polisi bari kerajaan Pahang mahu stop semua permohonan selepas 29 September 2011 sebab terlalu banyak permohonan untuk dilayan dan rumit serta susah mahu beri kelulusan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...