Saturday, September 10, 2011

Agenda British Sokong PAS Memecahbelah Orang Melayu Dan UMNO Secara Halus...

Ahmad Fuad, pengasas PAS adalah agen British untuk memecahbelah sokongan Kuasa Raja Melayu dan Rakyat Raja terhimpun di dalam UMNO.

British sebenarnya sakit hati bila majoriti orang Melayu sokong UMNO gagalkan Malayan Union. British terpaksa akur kepada tuntutan UMNO. British beri syarat Malaya mesti aman dengan penduduk berbilang bangsa tidak bersengketa walhal British yang bawa buruh Cina dan India ke Malaya.

Namun British sebenarnya manis dimulut sahaja, dibelakang British mahu mengagalkan hasrat UMNO mahu merdeka dari British. British cipta MPAJA @ Bintang Tiga @ PKM @ Pengganas Komunis untuk balance kan UMNO dan orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Ustaz Ahmad Fuad yang kecewa kalah bertanding jawatan Yang Dipertua Agung UMNO (Presiden) tewas kepada Tunku Abdul Rahman 11-57 undi. Sebelum itu Ahmad Fuad adalah Pengerusi Biro Agama UMNO pusat.

Ahmad Fuad dilantik oleh British menjadi Ahli Majlis Kerajaan British. Seterusnya Ahmad Fuad menubuhkan PAS pada tahun 1951. British sudah menjangka PAS akan menjadi 'time bomb' meletup menghuruharakan perpaduan orang Melayu yang disuburkan oleh UMNO.

British tahu PAS yang warna-warna seperti sesumpah boleh menjadi Syiah, Khawarij, Liberal, Komunis dan lain-lain untuk capai matlamat politiknya hatta sanggup jual prinsip-prinsip Islam dan gadaikan kepentingan Melayu.

Pas sedang membawa aliran pemikiran kemerdekaan sonsang yang memberi kefahaman sejagat merdeka persis Syiah dan Khawarij. Ada definisi baru bahawa pejuang kemerdekaan bukanlah semua Komunis, tetapi dilabel oleh British sebagai Komunis. Inilah pola fikir yang sedang diresapi oleh kalangan para pengundi di bawah umur 45 tahun. Juga anak-anak muda (belia) sekitar umur 15 hingga 40 tahun. PAS nampaknya sedang memberi garisan minda, konon Komunis juga pejuang kemerdekaan. Nampaknya PAS amat buta akal, hati, jiwa dan ilmu kerana Perjanjian Baling 28 dan 29 Disember 1955 tidak dijadikan landasan berfikir dan yang baik.

Kemasukan Komunis melalui Siam pada 1927-1928 yang akhirnya membentuk sebuah Parti Komunis Malaya pada 1930. Komunis memiliki senjata api daripada Inggeris semasa pendudukan Jepun, dan bergerak sebagai MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah, maka Komunis sudah gila talak, tidak mahu undur langsung daripada kelangsungan perjuangan Komunis yang sesat itu. Komunis mahu memerintah Malaya.

Ada kalangan profesional Melayu mula menulis kononnya secara ilmiah, pandangan Mat Sabu ini ada kebenarannya!? Tunjukkan dalam perkataan dan pernyataan Mat Sabu ini, yang mana satu adalah benar? Mat Indera menentang British? Persoalannya, jika benar Mat Indera ikhlas berjuang menentang British, kenapa tidak Mat Indera atau Rejimen ke-4 dan ke-10 Komunis Melayu dibubarkan, dan seterusnya diwujudkan sebuah Parti Demokrasi Islam Melayu di zaman tersebut!? Kenapa Mat Indera tidak bina pasukan yang terdiri daripada para hafiz dan tasawuf dalam pasukan tersebut, dan berpakat dengan lebih banyak sekolah pondok di Malaya ketika itu untuk menentang British? Mengapa perlu juga Mat Indera guna platform Komunis?

Jika Mat Indera tubuhkan pasukan Islam ketika itu, sudah tentu PAS juga mungkin akan wujud lebih awal pada tahun 1946 juga, sama ada sebelum atau selepas UMNO dilahirkan pada 11 Mei 1946, yang sifatnya sebagai "Mizan" kepada Kekuatan Politik Melayu. Tetapi realitinya Pas tidak lahir daripada kesedaran hakiki begitu. Sebaliknya Pas lahir daripada rusuk British yang menghasut mereka untuk berpisah daripada UMNO.

Selepas peristiwa Pilihanraya 1955, yang mana Pas menang 1 kerusi, agenda British adalah untuk mencaca-marbakan UMNO kerana kekuatan Kuasa Raja Melayu dan Rakyat Raja terhimpun di dalam UMNO. Natijahnya, lahirlah Pas yang kini menjadi duri dalam daging dalam perpecahan bangsa Melayu hingga ke saat ini.

Umat Melayu kena ingat, bahawa British telah mengakui gagal dalam misi Malayan Union pada 1 April 1946 disebabkan seluruh persatuan Melayu berpayung di bawah UMNO. Umat Melayu juga kena ingat, bahawa British tidak peduli pun apabila Pasukan RAMD di bawah Lt. Adnan Saidin bersendirian di atas Bukit Timah. Umat Melayu juga harus ingat, bahawa British memberi peluang merdeka bermula pada 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1967, dan selepas 10 tahun barulah Malaysia dilepaskan sepenuhnya.

Sebab itulah di Pulau Pinang, dalam zaman tersebut masih ada Tentera Australia dan New Zealand, askar Gurkha. Pangkalan Udara masih di bawah selia Inggeris. Apa jadi jika 13 Mei 1969 berlaku pada 13 Mei 1967 di Kuala Lumpur? Sudah pasti Malaysia tidak akan dilepaskan daripada ikatan kemerdekaannya.

Untuk kelompok anak muda yang totok diresapi oleh jin-jin Pas, serta sanggup untuk iktiraf Komunis, maka dipersilakan, kerana anda akan terus menangung seksa dunia yang tidak berkesudahan.

Musa Ahmad dalam temuramah panjang lebar telah memberi pengakuan bahawa Pasukan Komunis Melayu yang dipimpin oleh Mat Indera, Abdullah CD, Rashid Maidin dan ramai lagi sebenarnya:

1. Malu untuk keluar dari hutan bertemu masyarakat kerana melanggar bai'ah perguruan ilmu tarekat masing-masing.

2. Tidak sanggup berjumpa dengan waris-waris yang terbunuh dek tangan-tangan Komunis Cina, kerana mereka akur bahawa Komunis yang ditaja oleh Partai Koumintang China memberi kesan sampingan kepada kefahaman Ajaran Islam yang Luhur dan Suci.

3. Pemimpin Komunis Melayu hanyalah boneka Komunis Cina yang diteraju oleh Chin Peng dan Chien Tein. Sebab itulah Pengerusi Parti Komunis Malaya disandang oleh Musa Ahmad, seperti yang dipersetujui oleh Kongres Parti Komunis Dunia di Jerman pada tahun 1948.

10 comments:

muhamad mat yakim said...

pkm ditubuh pd 12 april 1930, bukn 1933, harap maklum

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Muhamad Mat Yakin,
Terima kasih membetulkan kesilapan tarikh penubuhan PKM pada tahun1930. WZWH akan edit semula.

RAI said...

ahmad fuad bukan agen penjajah beliau adaLah agen orang2 islam, jangan buat putar belit fakta penubuhan umno pun minta kebenaran penjajah bacaLah lagi banyak2 buku sejarah ?

RAI said...

kami di sekolah semuaNya tahu dari 1511 hingga 30 ogos 1957 tanah melayu dikuasai penjajah, penjajah yakin dengan anak didikNya, seperti onn jaafar, tunku abdul rahman, akan meneruskan cita2 penjajah cara sulit penjajah menawarkan kemerdekaan bersyarat wajib terima bangsa asing, cina, keling, jadi warga melaya tunku setuju ! siapa penghianat ? penjajah kata sesiapa yang menentangNya tak kira siapa adaLah pembrontak, juga dikatakan komunis,saorang lagi wira dari jerantut wan ali telah banyak membunuh talibarut penjajah ?

Anonymous said...

WZWH awak tak payah cerita sejarahlah.Ceritaka perkara-perkara baru yang lebih sophisticated yang boleh menjadikan UMNO terus menguasai kerajaan melebihi 2/3 majoriti. Paling penting buang pemimpin-pemimpin yang salahguna kuasa,malas bekerja, berebut kekayaan sesama sendiri,pengamal rasuah tegar supaya UMNO dilihat kembali ke ERA sejarahnya.Betulkan disekeliling awak dulu kalau tidak awak tak layak memburukan Parti PAS yang bersih dari skandal dan angan-angan duniawi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Saudari Rai,
Aok baca lagi buku-buku sejarah dan buat kajian aok sendiri..

Malis Profesor Negara dianggotai oleh 1600 profesor dan penyelidik serta pakar sejarah mengatakan negeri-negeri Melayu selain negeri-negeri Selat tidak dijajah hanya under protection/naungan, kedaulatan negeri-negeri dibawah Raja-Raja Melayu.

Anonymous said...

malaysia hanya dibawah naungan..sia2lah pjuang melayu dulu mnuntut kemerdekaan..ape guna mat kilau mengangkat senjata.apa guna rundingan kemerdekaan..merdeka dari segi apa..kita sebenarnya dijajah..jgnlah mngeluarkan fakta2 palsu..mmglah dalam prjanjian pangkor dikatakan hanya dinaungi,tetapi hakikatnya kita dijajah..hasil bumi diambil,kuasa raja dilucutkan..raja boleh dibunag negeri..adakah itu naungan..jika mereka dato bahaman,tok gajah,,atkilau,tok janggot itu dituduh penderhaka kerana menengtang inngeris,maka dalam sejarah adakh kita harus melebelkan mereka penderhaka?kita kena ingat polis mana yg mengusung,menganggtung tok janggut,polis mana yg menangkap rosli dobi..melayu mudah lupa

exco kanan pemuda said...

Yang salah tetap dihukum dan di gantung untuk keamanan negara.Melayu tak pernah lupa,yang lupa tu hanya melayu yang tak mengenal budi pemimpin-pemimpin terdahulu.

Kutukandewata said...

Assalamualaikum RAI,
Manusia sebahagian besarnya adalah sama.Masing-masing berkepentingan diri belaka.

kebanyakan perjuangan mereka berdasarkan kehilangan kepentingan diri bukan kepentingan ramai.

Lihat dattuk bahaman,berjuang setelah hilang kuasa mengutip cukai,begitu juga mat kilau.

Lihat ahmad fuad,tubuh pas sebab kalah jawatan dalam umno.Takdirnya ahmad fuad menang sudah tentu tidak ujud Pas itu.

Wal hasil balik asal.

Anonymous said...

kehadapan Paduka Tuan Dewata, mohon mencelah di antara sabda Paduka Tuan.

Satelah khatam mengaji bait tuan, datanglah insaf akan hamba bahawa tiada dalam bait Paduka Tuan itu perihal Dewata yang bernama Lord Reid.

Sekonyong Dewata Lord Reid itu telah di angkat martabat menjadi nabi dalam budaya Paduka Tuan, kalam dan tutor bicaranya di hotmati sahingga adakalanya naik derajah menjadi sekutu kapada Sang Hyang Tunggal Dewata Mulia Raya mentadbir sarwa sekalian 'alam.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...