Saturday, September 24, 2011

Tiada Lagi Doa Untuk Sultan Dan Tengku Mahkota Dalam Khutbah Jumaat Di Jerantut!


WZWH semalam sembahyang Jumaat di Masjid lama Jerantut. Apa yang mengejutkan WZWH di dalam khutbah tidak ada doa untuk Sultan Pahang dan Tengku Mahkota ketika khatib membaca doa.

Lazim di Malaysia ada doa untuk kesejahteraan Sultan di dalam khutbah Jumaat disemua negeri yang mempunyai Sultan.

WZWH tidak pasti samada Khatib itu terlupa membaca doa atau sengaja!

Sultan adalah merupa ketua agama Islam negeri. Dan hal-hal agama Islam dibawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang dan diselia oleh Jabatan Agama Islam Pahang.

Adalah tidak wajar bagi kita sebagai rakyat tidak mendoakan kesejahteraan Sultan sedangkan Sultan adalah ketua agama Islam.

WZWH berharap JAIP memantau perkembangan  berhubung isu tersebut. 

21 comments:

Anonymous said...

terigt lagu raihan... iman x dapat diwarisi..............

Anonymous said...

Ameen.. Khatib tersebut tau apa yang dia buat.Tahniah.Sepatutnya dari dulu-dulu lagi dan mintak2 Jabatan Agama wartakan jangan ada doa untuk sultan diseluruh Malaysia.

Anonymous said...

DI TuKar DOaKaN uNTuK iBu BaPA lAGi EloK

Anonymous said...

Semua yang di atas adalah penyokong Republik komnis malaysia di bawah pimpinan Mat Sabu.

Anonymous said...

Salam,

anon-anon di atas semuanya bodo sombong,Tahu kah kamu kebanyakan sultan di malaysia ni adalah ahlul bait?Di doakan dalam tahayat akhir.cakap ikut sedap mulut aje.dasarpenyokong komunis mat syabu tak tahu hukum

Indera Segara said...

Tahniah kepada khatib masjid tersebut. Sememangnya doa kepada Sultan dan waris Sultan itu tidak perlu.

Anonymous said...

kalut ape x doa skali..jgn r lekas nak hukum org..senang2 aok la jd katib..sumernya nak x btol je

Anonymous said...

Oh..tertinggal doa yang itu. Ingatkan tertinggal rukun khutbah tadi..

Anonymous said...

ini benda kecik laa..bukan isu besar. asalkan tak membatalkan khutbah dan solat jumaat, sudah lah. takkanbenda ni pun nak buat tuduhan liar dan menempekkan KOMUNIS. nampak sangat akal yg dangkal dan rendah tahapnya pengulas sebegini,

sri hartamas

Anonymous said...

Jika nak baca doa pun takpa, tak baca pon takpa. Semasa Nabi membaca khutbah, sememang Nabi tak pernah doakan diri sendiri. Rakyat beriman kena ingat, doa adalah sebahagian otak sembahyang. Tiada doa tiadalah otak. Ada dalam suatu riwayat, semasa Nabi menyampaikan khutbah, tetiba sesorang khairah masjid menjerit ke arah Nabi, wahai Muhammad kenapakah engkau tidak berdoa dan menadah tangan...? Lantas Nabi mengangkat tangan, dengan tetiba sahaja hujan turun mencurah2 kerana diwaktu itu, musim kemarau panjang... Wallahu'alam...

Anonymous said...

Sebenarnya semua yang di tas tu bodoh-bodoh belaka.pakai otak aje.tak pakai hujah kitab ulama.Ikut kau oranglah dosa sendiri tanggung.sri harta mas yang poling tolol.

Pak Usoh Sontorion said...

Anon;

September 25, 2011 11:33 AM,

Bangang @ bengong @ tongong @ tungau

Anonymous said...

Saudara WZWH boleh ceritakan sedikit latar belakang yang dengar-dengarnya dari sekeliling jerantut favourite nama-nama berikut
Dato Ahmad Daud- Parlimen
Tok Penghulu Wan Samsuri- Tahan
Cikgu Nozari Yayha- P.Tawar
Damak tentunya MCA.
Saya masih belum mengetahui siapa mereka.

Anonymous said...

aiyaaa... lu mana punya olang?, nama ada tau tulis tapi itu olang u ttak tau, minggong monggong ini macam!!

Anonymous said...

ahlul bait camne togok arak siang malam berzina berjudi,toksah duk nafi la,sendiri tau sudah.

Anonymous said...

lepas ni khatib tak bace doa untuk sultan pahang dah weh,ditukor pulok doa untuk sultan kelantan.almaklumlah puok die ramai di jerantut nih

Anonymous said...

persoalannya, adakah doa kepada sultan termasuk dalam rukun solat jumaat? jadi kalau tak doa pun tidak mengapakan.. tak batal solat. berlapang dadalah... rujuk al-quran dan hadis. semoga umat islam bersatu.

Anonymous said...

Kalo sultan tak mentadbir negeri mengikut lunas islam, x perlu la nak doakan kesejahteraan dia, Itu dh macam kita redho sultan kite x laksanakan islam. Tp kalo doakan semoga sultan dibukakan pintu hati supaya meklaksanakn hukum hakam islam sebenor dlm pahang ni, maka elok la bedoa...

Anonymous said...

Masokkan juga sekali dalam doa' tu bahwa Lord Reid dah mati dah maka tak perlu lah rasa gerun dan takut lagi akan bayangan sosok itu. Dah lebih 50 taon orang Melayu terima, patoh, akur dan ta'at sangat kapada kalam Lord Reid yang membatal/mansoh perentah tohan sahingga orang Melayu beramal separoh dan meninggalkan separoh perintah tohan yang bercanggah dengan kalam Lord Reid. Apa Lord Reid ni sekutu tohan ke ???
Tapi itulah realiti ugama Islam di Tanah Melayu ini

Unknown said...

Bukankah doa utk kesejahteraan @ kebaikan @ agar Allah memberi perkara2 yg baik kpd umat Islam itu sesuatu yg baik?

Pakayeikh said...

Utk pengetahuan doa dalam khutbah kedua itu rukun Jumaat. .Tiada boleh didoa khusus Utk raja khusus utk peribadi dalam rukun tu... doa Utk kesejahteraan umum tak apa...Jika ada doa khusus maka ada keuzuran Utk kita menantikan dgn zohot

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...