Saturday, September 3, 2011

Jamuan Hari Raya Di Dun Tahan

Homeless leader in Jerantut.

Selepas sebulan berpuasa kini musim berjamu Hari Raya pula. Biasanya pemimpin atau wakil rakyat akan mengadakan jamuan Hari Raya.

WZWH hanya tahu tulis posting jadual jamuan Hari Raya di DUN Tahan. WZWH tidak tahu program jamuan Hari Raya ahli parlimen Jerantut dan ADUN Pulau Tawar kerana mereka tidak ada rumah di Jerantut hatta rumah sewa walaupun sudah penggal ke tiga!

WZWH pun tidak faham selama ADUN Pulau Tawar menjadi wakil rakyat, EXCO Pahang telah melulus kepada beliau sebanyak 22 lesen balak, tanah-tanah banyak diberi kepada towkay Cina terutama di tengah bandar namun memiliki rumah sewa pun tidak mampu.

Ahli parlimen pun tidak diketahui apa masalah hingga rumah sewa pun tidak ada di Jerantut. Inilah yang buat rakyat Jerantut tertanya-tanya sampai sekarang tetapi sudah tidak kisah sebab ahli parlimen itu sudah tidak minat berpolitik lagi.

DO Jerantut tidak ada 'rumah di Jerantut' walaupun rumah kerajaan ada disediakan. DO Jerantut suka berulang dari Kuantan ke Jerantut. Itu sebab bila selalu berulang-alik dari Kuantan ke Jerantut risiko lebih terdedah kepada kemalangan. DO Jerantut sudah melanggar orang kampung ditepi jalan sampai mati. Sepatutnya seekor ayam di Jerantut pun DO tidak boleh langgar ini kan manusia!

WZWH ucap takziah kepada saudara Cikgu Mazlan Ismail bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan Kampung Merting , Tembeling Tengah kerana bapa mertua meninggal dunia dilanggar DO Jerantut.

Begitulah kisah pemimpin-pemimpin Jerantut yang tidak berumah di Jerantut.....

Lain lah macam ADUN Tahan, beliau ada tiga rumah di Jerantut. Satu ada di Felda Jengka 12, satu lagi di Taman Angsana bandar Jerantut, yang satu lagi di Felda Sungai Retang. Rakyat Jerantut senang berjumpa beliau mengadu masalah secara 'live'.

Berikut jadual program jamuan Hari Raya di DUN Tahan:

31/8/2011 Jamuan Hari Raya ADUN Tahan di Felda Jengka 12. Jamuan ini lebih tertumpu kepada orang di DUN Pulau Tawar kerana ADUN Tahan adalah juga Ketua Cawangan Felda Jengka 12 dalam DUN Pulau Tawar.

3/9/2011 Jamuan Hari Raya  ADUN Tahan di Felda Sungai Retang.

16/9/2011 Jamuan Hari Raya DUN Tahan di Kampung Labu, Tembeling Tengah.

25/9/2011 Jamuan Hari Raya DUN Tahan di Kuala Tahan. Ini jamuan DUN Tahan yang resmi kerana KDYMM Tuanku Sultan Pahang turut berangkat  mencemar duli bersama-sama dengan rakyat DUN Tahan dan seluruh rakyat Jerantut yang berkesempatan. Artis-artis terkenal dari Indonesia diundang khas untuk menghibur rakyat DUN Tahan.

12 comments:

Anonymous said...

'WZWH pun tidak faham selama ADUN Pulau Tawar menjadi wakil rakyat, EXCO Pahang telah melulus kepada beliau sebanyak 22 lesen balak, tanah-tanah banyak diberi kepada towkay Cina terutama di tengah bandar namun memiliki rumah sewa pun tidak mampu."

Iye banyak nye lesen balak ia dapat dan habis tanah di beri kepada tokeh cina. Kenape WZWH biorkan je. betoi ke bukan fitnah?. Tentu kaye ye Sakre nie ye. WZWH cuba senarai lesen dan tanah tersebut , nak tahu jugek weh.

"Ahli parlimen pun tidak diketahui apa masalah hingga rumah sewa pun tidak ada di Jerantut. Inilah yang buat rakyat Jerantut tertanya-tanya sampai sekarang tetapi sudah tidak kisah sebab ahli parlimen itu sudah tidak minat berpolitik lagi."

Ku lan lempang je budok nie, hai hj rosidi bior ke je, budok ni membahan boss aok.

"DO Jerantut tidak ada 'rumah di Jerantut' walaupun rumah kerajaan ada disediakan. DO Jerantut suka berulang dari Kuantan ke Jerantut. Itu sebab bila selalu berulang-alik dari Kuantan ke Jerantut risiko lebih terdedah kepada kemalangan. DO Jerantut sudah melanggar orang kampung ditepi jalan sampai mati. Sepatutnya seekor ayam di Jerantut pun DO tidak boleh langgar ini kan manusia!"

Hebat juge ia DO Selan nie, kene lokap ke ia. Dulu masa di rumpin terbalek kerete, di jeramtek langor urang. Dia punye lesen kopi o ke. repot lah keKSN jangan takat wzwh tulis blog ,buat pe.

"Lain lah macam ADUN Tahan, beliau ada tiga rumah di Jerantut. Satu ada di Felda Jengka 12, satu lagi di Taman Angsana bandar Jerantut, yang satu lagi di Felda Sungai Retang. Rakyat Jerantut senang berjumpa beliau mengadu masalah secara 'live'."

Hidup DUN TAHAN. Ini lah pemimpin contoh. MB patut lantik WAN MIZAN jadi EXCO, tengok ape macam, mesti baguis dan baikk pumye. BINI banyak ,rumah pun banyak. tentu idea pun banyak untuk pembangunan Tahan. Felada Sg retang macam mana dapat tanah weh, kasi jalan sikit kawan pun ndak juga.

Anonymous said...

nak tulis, pasai jamuan raya hajer, tapi duk kait mengait ke urrang lain b uat apa?, baru jer lepas berlalu bulan ramadhan, ne dok tengah syok raya, patutnya maaf bermaafan, ne tidak, mengutuk sesama bangsa sama agama, apa maknanya semua ini, jika awak tak cerita pun orang ramai tau, tak payah lah memburukan lagi keadaan, berfikirlah secara waras?, ke fikirian dah macam matu sabun dah, lupa semua perkara?

Anonymous said...

Adun Tahan byok umoh yekkk.....bini pun banyok...RM pun banyokk,,,,kete pun bayok...bender lagi yh bayokk yekkkk oooo yer tanoh pong banyokk...pong sana pong sini...hahhh kwsan lombong pun ader..bender lge yeeekkkk...xjd YB pong xper dohhh tp manusia xkan puas aper yg aderrr....berangan nok Parlimen pulok lepas nieee...entohhh lahhhh dunia,dunia...

Anonymous said...

Nok jadi pemimpin Jerantut kena banyok duit nok jaga Jerantut luas 6X Singapork.Nok bertanding parlimen Jerantut kena ada $3 juta. Sapa tak dok duit jangan berangan. Itulah dunia politik Jerantut....

Anonymous said...

Wan Zurik,

Apa ke bende tajuk lain, isi kandongan lain. Ini tak pandai tulis karangan punyie, mesti fail. Aok ini Zurik, otak tak betul ,hati hitam berkarat an tak baik. Tak boleh ke tak mengata dan memburok kan orang?. Awak ingat awak dan Boss aok saja yang baik dan maksum. Ingat lah kita, roda itu berpusing. ada kala di atas adakala di bawah. Jadi -jadi lah mengata ke orang ooi zurik. Kalau nak mengagkat ke Dompok sekali pun jangan lah bantai orang lain. Apa kes nye , Zurik. Tak Baik, kau tu pendidik bukan nya pembodek. Ada ngerti ?.

Itu sebab Jerantut tak maju.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 12:43,
Tanya orang Jerantut adakah mereka suka "homeless leaders". Adakah orang Jerantut bersetuju dengan apa yang WZWH tulis ini?

WZWH mahu dengar apa kata rakyat Jerantut semua...berikan komen anda SETUJU atau TIDAK BERSETUJU dengan posting WZWH ini.

Anonymous said...

2x5=5x2= sama-sama meraboh. Soal ada rumah atau tidak ada bukan perkara besar sangat. Penting service kawasan lagi pun sekarang zaman ICT,bila-bila boleh berhubong


Jadi aku amat tidak bersetuju dengan posting aok ZURIK. KU LAN DAN DR SHUKRI Jangan menbatu dan membisu apa yang di tulis oleh budok ini. Ini virus dalam UMNO, memburok-burok kumpulan umno sendiri.

Anonymous said...

dekme tu pandir undi umno....lps ni undila lg..dulu kini dan selamanyer pandir...pandir...

Unknown said...

Macam2 .. tapi betoi ler... Takat nak berkhidmat kepada rakyat tapi duk Kuantan dan harap PA tolong uruskan.. Baik serah kat orang lain....

Anonymous said...

Bayangan dan kalimah terkhir. Bagi UMNO/BN inilah senario berhimbur sempena bulan kebebasan. Nikamt kemerdekaan khusus bulan Allah Ramadhan dicemari dengan hiburan berperstasi tinggi. Bayangkan berapa wang banyak dibelanjakan bagi tujuan itu....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 2:16,
Belanja hiburan berprestasi tinggi itu bukan dari duit kerajaan, bukan duit UMNO. Itu duit persendirian. Kalau kita gi 'menyuluh'-memburu kancil, bila kita nampak kancil, kita ambil kayu stick pastu tu pukul kat daun tepus secara drummer, Anon akan lihat kancil itu menari-nari mengikut beat kayu stick pada daun tepus. Itu naluri haiwan. Hiburan juga adalah naluri manusia.

Anonymous said...

Kas sukung amat amenda ong kata katas tu weh.Hiburan berperestasi tinggi juga membawa kepada hiburan melampar. Tork saloh untuk berhibor. Tapi rakyat nork jugerk taw sumber belanja demeh turk gone dapat dari ceruk maneh. Setahu kas jika artis luar semanyerk nork 1st kelas belaka2. Kome nih dapat makan serbok kueh "buah putat" pon cukuplah...

Tapi gon kena jawab dalam persidangan bajet DUN Pahang dalam belanjawaan nanti. Pembangkang bukanyerk kecik anok nyerk asak soalan hok buakn2. Kas kesian ke rodong kas turk ajerk. Susan nork jawab, takurnta jadi "pelawak @ penipu" pulork...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...