Monday, September 19, 2011

Gala Dinner 2011 DPMM Pahang Meriah...

Keberangkatan tiba tetamu VVIP Gala Dinner 2011 DPMM Pahang, KDYMM Tuanku Sultan Pahang.


Gala dinner 2011 Dewan Perniagaan Melayu Negeri Pahang meriah malam semalam di Grand Ballroom Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Haji Ahmad Shah, The Zenith Hotel, Kuantan.

Majlis Gala Dinner ini dihadiri lebih 1500 komuniti korporat Melayu Pahang dan juga sponsor. Tetamu VVIP ialah Tuanku Sultan Pahang, Sultanah Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan MB. DS Najib tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain.

Jamuan makan malam diserikan dengan persembahan artis seperti Anuar Zain, Jacklyn Victor, artis-artis muda yang lain dihostkan oleh Adibah Nor. Artis diiringi oleh orkestra.

WZWH berkesempatan jumpa rodong-rodong dari Jerantut iaitu Dato' Sharif Shamsuddin dan Mohd Zukarmi Abu Bakar. Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pahang cawangan Jerantut masih lagi secara teknikal Arwah Dato' Azizan Yaakob.

Semua orang berpakaian batik bagi lelaki dan baju silver dan black bagi perempuan. Ramai perempuan cantik Pahang ada di majlis itu.

Tuanku Sultan Pahang turut mendendang tiga buah lagu dan sebuah lagu berduet dengan DSD Adnan Yaakob MB Pahang. 1500 hadirin terhibur dengan dendangan lagu Tuanku Sultan Pahang.

Tahniah kepada YM Dato' Tengku Zul bin Tengku Ahmad, Pengerusi DPMM Negeri Pahang kerana berjaya mengadakan Gala Dinner 2011 DPMM Pahang dengan jayanya. 





Tuanku Sultan Pahang berduet dengan MB Pahang mendendangkan lagu 'Merak Kayangan'.

Kalau mahu menjadi ahli politik Pahang kena berguru dengan DSD Adnan Yaakob, MB Pahang yang cukup luas pengalaman mentadbir mengurus negeri Pahang, UMNO dan Tuanku Sultan serta rakyat Pahang.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024