Monday, September 19, 2011

Kenapa Kelantan Kaya Suka Menginaya Kelantan Miskin ? Dah 20 tahun...


Rakyat yang menetap di negeri Kelantan ramai yang hidup susah. Mereka jarang mendapat pembelaan daripada kerajaan PAS Kelantan. Jadi mereka ramai yang meminta bantuan daripada UMNO agar kehidupan mereka lebih terjamin.

Oleh itu mereka lebih rela mengundi UMNO dengan harapan nasib mereka boleh berubah dengan bantuan kerajaan pusat. Mereka jugalah yang menunjangi parti UMNO di Kelantan. Hal yang demikian lah yang membuatkan Kerajaan Kelantan yang ditunjangi Parti PAS memandang sebelah mata kepada mereka.

Kerajaan PAS tidak mengharapkan undi mereka.Kenapa?

Kerajaan PAS punya simpanan undi tetap iaitu pengundi yang merantau ke luar negeri Kelantan. Perantau-perantau inilah yang selalu memenangkan Kerajaan PAS. Jutaan perantau inilah yang selalu menggagalkan impian rakyat yang susah dan tertindas. Mereka jugalah yang menguburkan harapan rakyat miskin di Kelantan.

Mereka ini kebanyakannya hidup senang lenang di negeri orang. Kebanyakan mereka berada dan kaya raya. Maka manalah mereka tahu atau menginsafi kesusahan saudara mereka yang terhimpit dengan masalah kekurangan peluang pekerjaan,bekalan air yang tak begitu sempurna dan pelbagai lagi masalah yang hadir.

Maka pendirian perantau inilah yang mengekalkan keadaan yang ada sekarang ini di Kelantan. Pemimpin PAS tak perlu bekerja keras membangunkan negeri. Cukup hanya pembangunan rohani. Maka jadual mereka dipenuhi ceramah dan tazkirah.

Kekallah kerajaan Kelantan seada-adanya.

Rakyat Kelantan yang menumpang di negeri orang ini kebanyakannya angkuh. Mereka selalu memperlekehkan kerajaan negeri tempat mereka menumpang mencari rezeki. Apabila disuruh balik ke Kelantan mencari rezeki di negeri sendiri tak mahu pula. Kalau mereka memuji Kerajaan PAS Kelantan bukan main tinggi melambung.Tapi suruh tinggal di negeri sendiri yang mempunyai kerajaan yang bagus mulalah tersengih-sengih.

Berbeza dengan orang Kelantan yang menjadi pemaustautin tetap atau warga negeri tempat mereka merantau. Mereka begitu setia dan menyokong UMNO kerana UMNO begitu ambil berat masalah mereka.

Jadilah mereka manusia yang tahu bersyukur dan berterimakasih. Orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa. (Dipetik dari Blog Kutukan Dewata).

2 comments:

Anonymous said...

sedap sungguh tuduhan,,mengapa orang kelantan yang berada diluar menentang kerajaan pusat,,,

kalau betul kerajaan pusat ikhlas tak semestinya kena tukar kerajaan negeri baru nak tunaikan tanggungjawab,,ni ibarat kata dulang paku serpih,,saya rasa kelantan satu-satunya negeri ,jalan persekutuan masih sama sejak zaman merdeka lagi,,terutama gua musang-kuala krai,,,tak ambil kira dari segi pembangunan dan lain2 jangan letak bawah kerajaan negeri sahaja,,itu pun tanggungjawab pusat,,apa guna moto bersekutu bertambah mutu bila kelantan disisih,,
sumber utama negara minyak,,dan penyumbang minyak terbesar adalah sabah,sarawak,terengganu,,kelantan,,ironik nya negeri berada pada carta kemiskinan dan negeri2 yang tak menjadi penyumbang terbesar pulak dibangunkan(ironik lagi disini ditempat yang kita tahu kurang nya bumiputra tak seperti 3negeri diatas),,,tapi sekurang kurangnya negeri2 tersebut lebih beruntung sedikit dari kelantan yang dinafikan terus hak nya,,minyak dinaikkan di siam dan diproses di gurun kedah,,,sekiranya anda adalah rakyat kelantan adakah anda akan berterima kasih kepada pusat yang terang2 meng anak tirikan kelantan??
antara fakor orang yang bekerja luar kelantan menentang pusat>>>

1.pusat hiburan(pas mengharamkan pusat hiburan walaupun masih ada yang berdegil tapi disini bebas itu yang banyak menyedarkan orang kelantan yang bekerja disini,,di akui bukan semua orang kelantan baik2 mlah ada di antara mereka sendiri berkunjung atau bekerja di situ,,tapi perinsip orang kelantan yang kebanyakan nya mengakui sejahat-jahat mereka di perantauan,mereka tidak mahu benda2 begini terjadi di kelantan yang semestinya bila bertukar kerajaan akan berlaku contoh mudah terengganu selepas pas kalah)

2.Kerajaan pusat(umno)menanam perasaan benci,perkara tidak benar dan buruk sangka pada orang dari negeri lain pada orang kelantan>>>dianggap pengotor seolah semuanya sama,,adakah orang dari negeri lain semuanya pembersih??>>>>>Sikap kenegerian,saya sebagai orang kelantan ingin sangat bertanya siapa sebenarnya kenegerian??orang kelantan memang mempunyai semangat kekitaan yang kuat tapi yang suka sangat membangkitkan isu kenegerian adalah orang dari negeri lain,cara kamu menyindir,,menyamakan kami dengan siam kerana melayu patani mempunyai hubungan sejarah yang amat rapat dengan kelantan(siam musuh berzaman orang kelantan ,pattani tu bangsa melayu jangan salah faham maksud siam disitu merujuk pada negara thai bukan bangsa siam)loghat kami di permainkan sehingga ketahap mengatakan cakap melayu tak betul bodoh sangat ke nak faham apa itu loghat???
sehinggakan kami merasa bukan seperti rakyat malaysia

3.Perpaduan melayu dinegeri2 lain tidak sekuat kelantan terutama di bandar2 besar lu lu gua gua,,rakyat kelantan berpendapat UMNO gagal mendidik orang melayu walaupun dari segi pembangunan bagus.

4.Negeri maju tapi ekonomi dikuasai bangsa lain,,disini orang kelantan berpendapat UMNO gagal membela nasib melayu.Kelantan walaupun pembangunan tak seberapa tapi penguasan ekonomi melayu agak membanggakan tak kira atas faktor bangsa lain tak ramai ke apa tapi fakta nya memang ketara,,contoh paling bodoh kedai makan dinegeri lain biasanya mamak@melayu patani,

tidak kah anda semua rasa kadang kala agak keterlaluan apabila kelantan selalu di tuduh dan di hina,,betul kami kebanyakan orang kelantan mengakui memang ada dari negeri kami yang jahat,,tapi kami dihukum seolah-olah semuanya orang kelantan jahat,bukankah agak melampau batas??adakah orang dari negeri lain semua nya baik2??

baik jaga negeri@tempat masing2 dari kutuk mengutuk kata mengata

prak8

Anonymous said...

bangga apabila melihat banyak bangunan2 nilik orang melayu di kelantan

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...