Wednesday, September 14, 2011

Istana, Parti Politik Dan Kuasa




WZWH dedikasikan posting ini kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin UMNO dan orang Melayu semoga penjelasan teori politik WZWH ini boleh memberi sedikit cahaya kepada hala tuju demi kepentingan masing-masing.

WZWH adalah blogger Jerantut yang berani mendedahkan kebenaran ini. Terpulang kepada pembaca-pembaca blog WZWH untuk menilainya.

Hayatilah teori politik Istana, Parti Politik dan Kuasa....

Bila orang PAS berguling di jalan raya cuba halang kereta Raja Muda Perak jelas ancaman kepada institusi raja bukan dari UMNO tetapi dari Pakatan Rakyat yang menghasut rakyat biasa.

Perpecahan masyarakat Melayu dimastermind oleh Anwar Ibrahim telah mencabar kekuasaan Istana dan UMNO. Politik Malaysia adalah hubungan kuasa antara Istana, UMNO dan rakyat.

Tidak ramai rakyat yang tahu pengaruh Raja-Raja Melayu terhadap politik negara kerana ianya topik yang dilupakan tidak dibincangkan. 

Pembangunan politik institusi Raja Melayu jika diperhalusi dari rentetan sejarah:
  • Zaman British: Raja Melayu hilang kuasa tapi kekal prestij
  • Zaman Jepun: Raja Melayu hilang kuasa dan prestij
  • Zaman merdeka: Elit Melayu mengembalikan prestij Raja Melayu
  • Sumbangan British ialah memodenkan institusi Raja Melayu kepada Raja Berperlembagaan.
  • Sumbangan Jepun ialah Melayu Elit baru telah mengambil peranan kepimpinan Melayu dari Raja Melayu dengan mengekalkan prestij Raja Melayu.
Terdapat perhubungan yang kompleks antara saingan dan kuasa antara UMNO dan Raja Melayu.

Jepun bertanggungjawab menghapuskan aura,mistik, kehebatan, dan authoriti (kedaulatan) Raja-Raja Melayu. Selepas tahun 1945, Elit Melayu sudah tidak takut dan kurang taksub kepada Raja Melayu kerana Jepun telah membuktikan Raja-Raja Melayu tidak berkuasa, tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri apa lagi mahu mempertahankan rakyat.

Elit Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bergantung kepada 'goodwill' siapa yang berkuasa.

Jepun sebenarnya banyak mengubah orang Melayu. Melalui pendidikan, ramai anak-anak Melayu dihantar ke sekolah, maktab perguruan, sekolah kepimpinan (kurenjo). Jepun telah melahirkan 'Melayu Baru'. Ini yang buat sikap British dan Raja Melayu berubah terhadap Elit Melayu Baru selepas kekalahan Jepun.

Elit Melayu Baru inilah UMNO yang mengangkat Raja dari sembilan Raja menjadi sepuluh dengan Yang DiPertuan Agong dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.

Namun terdapat sengketa kuasa antara Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam mendefinasi peranan de facto dan de jure raja berperlembagaan.

1946- Raja Melayu, UMNO dan rakyat mempertahankan hak Raja Melayu.
1948-1951 UMNO adalah kuasa Elit Melayu Baru dan Raja Melayu dinobatkan.
1951-1955 rundingan kemerdekaan UMNO berkuasa.
1983-1984 dan 1993-1994 UMNO melalui Mahathir menguasai Raja Melayu.
2008 UMNO lemah dan Raja Melayu semakin kuat. UMNO perlukan Raja Melayu.


Untuk perbandingan, Raja Berperlembagaan model Westminster menekan peranan Raja tidak politik tetapi Raja Perlembagaan Malaysia ada sedikit reserves the ultimate extra-constitutional power to interpret, intervene, reject or direct a course of action in affairs of state.

Sebenarnya Malaysia masih lagi mengamalkan 'feudalism'. Raja Berperlembagaan hanya atas kertas sahaja. Setakat mana itu terpulang kepada UMNO dan Raja Melayu menentukannya melalui rundingan.


Bagaimana Pakatan Rakyat mahu menyaingi UMNO dan Barisan Nasional? Itu adalah soalan yang menarik untuk dibincangkan. Pakatan Rakyat perlu guna:

  • Idea universal sejagat
  • Islam dan agama
Masalahnya idea universal sejagat ini belum difahami dan dimergerti oleh majoriti rakyat Malaysia. DAP dan PKR tercari-cari apa nilai universal sejagat sesuai dengan rakyat Malaysia.

PAS pula hala tuju Islamnya samada secara addin atau ideologi nampak tidak keruan kerana tidak jelas apa Islam mahu dibawa. PAS sebenarnya sudah keliru bila bicara kuasa Putrajaya.

UMNO dan Raja-Raja Melayu sangat berpengalaman dan arif tentang Istana, parti politik dan kuasa.

4 comments:

Frozenthots said...

Saudara WZWH,
Rencana menarik, pendek lantas mungkin mengundang banyak persoalan mengenai isu isu yang diutarakan. Rumusan yg saya dapat buat daripada membaca article ini ialah Institusi Raja Raja sinonim dgn UMNO. Saya lebih melihat ia dari sudut "another democratic column" selain daripada executive/judiciary/legislative dan kalau boleh termasuk "mass media". Dan bila ia another democratic column, ia kepunyaan rakyat Msia.

Mungkin saya ignorant mengenai ahli PKR yg berguling di jlnraya seperti yg saudara nyatakan - apa jua tujuan itu, saya rasa ia reaksi dari satu peristiwa yg monumental. Walaupun ada yg melihat perbuatan itu kurang elok, mungkin kita perlu tanya mengapa berguling.

Kita selalu mendengar perkataan perpecahan dan perpaduan masyarakat. Saudara menyatakan ini dimastermind oleh Anwar. Inilah Holy Grail yg membuat saya bingung dan masih tercari cari - perpecahan dan perpaduan dari segi apa? Adakah kita memerlukan semua Melayu bernaung dibawah UMNO dan itu akan mencerminkan perpaduan dan jika ada Melayu yg berfahaman PAS/PKR/DAP adakah itu perpecahan?

Kita mengakui bahawa manusia "is a unique and complexs being" boleh "reasoning" dan seterusnya membuat pilihan berdasarkan pengalaman/infomasi/latar belakang dan percepsi. Oleh itu semua manusia ada kapasiti utk reasoning dan membolehkan mereka memilih mana mana satu political platform. Berdasarkan reasoning yg berbeza ini, adakah ini yg kita katakan perpecahan? Kita selalu laungkan "beauty in diversity" - dan dlm politik ini juga " a beauty".

Universal value bukan sesuatu yg alien bagi semua pihak. Mungkin kita melihat dunia barat dan menyatakan itulah universal value dan meyebabkan saudara menyatakan ia belum difahami. Universal value bagi saya dan harus diterima oleh seluruh dunia ialah "transparency/responsible and accountable governance/zero tolerance on corruption/acceptance of different race,ideas,religion/ Ini semuanya bertapak di otak sebelah kiri semua manusia.

Anonymous said...

Pendapat yg dangkal... Dunia tak akan menerima pandangan sedermikian. Ini pendapat peribadi...

Kutukandewata said...

Salam,

Sebenarnya rakyat Malaysia sentiasa terjajah sampai kiamat.terjajah oleh hawa nafsu serakah dan sumpah kelarah.

tak percaya tanyalah diri sendiri,sebab kita tidak mungkin dapat menipu diri sendiri

Anonymous said...

Anon 5.02(ini masa biasa anon ni masuk ruangan komen-tahu kan siapa dia,dmana dia slalu online kan?)hihihi...anon 5:02-tu la pndapat org2 berilmu,mnaakul mlalui pmbacaan,diuji dgn krtas ppriksaan,dhabiskn bberapa tahun dgn pngalaman d menara gading n prgaulan berlapisan latar belakang brbagai cabang keilmuan nak d banding pndapat anda hanya sekelompok deme 2-3 org yg baru pandai menulis komen,baru,kenal iternet,dduk pun ngan gent jerantet je..jdi sbb takde ilmu tadi,terus Kate komen org 'dangkal'...gilecetek akal anon,da tu nampak norr x luas brgaul lagi lembut 'main politik'.???padan laa jtut begini....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...