Thursday, September 15, 2011

Najib Sudah Lupa Kenapa Pakatan Rakyat dan Komunis Menentang ISA?



WZWH mempersoalkan kenapa Najib memansuhkan Akta ISA-(Internal Security Act). Tidakkah kerajaan belajar dari sejarah, memang ada rakyat atau tokoh pembangkang mahu buat kacau, menghasut, mengganggu ketenteraman awam, merusuh, dan mengganas.

Pada WZWH, ISA adalah hospital mental untuk cuci pemikiran negatif orang yang kena tahan dan tidak mengikut aspirasi negara. Kenapa kerajaan perlu dengar pandangan dan ikut kemahuan pembangkang?

ISA sudah ada lama, dipraktis oleh kerajaan lama Melayu seperti Kerajaan Sriwijaya, Majapahit dan Kesultanan Melayu Melaka walaupun namanya mungkin bukan ISA tapi objektif dan matlamatnya sama. Dan ISA hari ini lebih lembut dan manja dari "ISA" di zaman Sriwijaya, Majapahit dan Melaka.

Logiknya, jika selepas peristiwa September 11, kenapa kerajaan US memanggil pakar-pakar ISA Malaysia ke Pentagon memberi ceramah mengenai ISA dan membantu Legalislatif US merangka Akta Patriot (Adik ISA) bagi menangani isu pengganas. US tahu dari sejarah, Malaysia amat berpengalaman menangani isu pengganas komunis di ketuai oleh Cing Peng mengganas Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960 dan sambung pada tahun 1970an dan 1980an hingga perjanjian menamatkan konflik dengan kerajaan Malaysia di Hadyai pada tahun 1989.

Tidakkah peguam hebat Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng faham kenapa kerajaan US memberi nilai yang tinggi terhadap ISA. Kecuali Pakatan Rakyat yang sememangnya simpati kepada perjuangan komunis sama rata menentang Akta ISA. Tolak tepi pemimpin Hindraf yang suka merusuh memang tidak faham kepentingan ISA.

Apabila Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibentangkan di Parlimen lima dekad yang lalu, ia menerima selaran daripada pembangkang kerana dilihat sebagai undang-undang tidak demokratik yang memberi kuasa terlalu besar kepada kerajaan Perikatan ketika itu.

Meskipun diselar, undang-undang itu yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan, diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960, dengan janji bahawa hanya akan digunakan terhadap komunis.

“Saya dan rakan-rakan saya di Kabinet memberi janji kepada Parlimen dan negara bahawa kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah ISA tidak akan digunakan terhadap pembangkang yang sah dan mendiamkan pertentangan pendapat sah,” kata Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman.

Timbalannya, Tun Abdul Razak Hussein yang membentangkan undang-undang itu juga memberi jaminan ketika perbahasan hangat bahawa undang-undang itu mempunyai dua tujuan — menangani golongan subversif dan untuk membolehkan pendekatan diambil terhadap melawan pengganas.

Malah beliau juga mengakui bahawa perintah darurat 12 tahun berakhir pada tahun itu, kerajaan tidak boleh relaks dengan ancaman komunis dan memerlukan undang-undang pencegahan untuk menjaga keamanan negara.

Sejak ISA digubal pada 1960, kira-kira 10,662 orang telah ditahan — penahanan kerana disyaki tanpa diberikan hak untuk perbicaraan.

Pada hari ini, suara menyelar yang pernah kedengaran 50 tahun lalu muncul semula, dengan meminta ISA dimansuhkan.

Ketika sambutan ulang tahun ke-49 tahun lalu, ribuan orang menyertai himpunan “Anti-ISA” di ibu negara, berakhir dengan pertembungan ganas dengan polis, dan lebih 400 orang ditahan.

Himpunan dalam bentuk kempen ‘candlelight vigil’ di pelbagai lokasi di seluruh negara dan beribu-ribu orang mengambil bahagian untuk menunjukkan sokongan meminta ISA dimansuhkan.

Di sebalik permintaan ini, kerajaan BN sudah pun memberi jaminan bahawa ISA tidak akan dimansuhkan.

Kajian semula peruntukan ISA oleh Kementerian Dalam Negeri melibatkan pindaan berkaitan lima bidang iaitu tempoh penahanan, hak dan layanan terhadap mereka yang ditahan dan keluarga mereka, kuasa Menteri Dalam Negeri, penggunaan ISA bagi tujuan politik dan penahanan tanpa dibicara.

Kerajaan juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti pegawai-pegawai kementerian, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Kelab Penyokong Kerajaa BN, Majlis Kebangsaan Bagi Pertubuhan Wanita, dan Biro Sivik Kebangsaan untuk membincangkan pindaan itu.

Pindaan itu masih menunggu kelulusan Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen ketika sidang akan datang.

Bagaimanapun usaha itu gagal untuk meyakinkan pembangkang dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia yang terus-menerus mahu mempertahankan pendirian mereka bahawa ISA perlu dikeluarkan daripada sistem perundangan negara.

Penasihat DAP Lim Kit Siang menggambarkan ISA sebagai “pernisius, tidak demokratik dan terdedah kepada segala bentuk penganiayaan.”

Ahli politik veteran itu yang pernah ditahan dua kali di bawah ISA memberitahu beliau merasakan kebebasan sebenar seseorang manusia ketika penahananya.

Kumpulan hak asasi manusia juga menolakan cadangan kerajaan untuk meminda akta itu dengan menyifatkan ia tidak boleh dibaiki sama sekali.

Pengerusi Gerakan Anti-ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh memberitahu bahawa meminda ISA adalah tindakan yang tidak berguna sambil menyifatkan undang-undang itu mencetuskan ketakutan di kalangan rakyat.

Antara peruntukan yang banyak dikritik ialah Seksyen 73(1) yang membolehkan polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa waran atau perbicaraan dan tidak boleh akses kepada peguam, kerana dipercayai telah bertindak atau boleh bertindak atau kemungkinan akan bertindak sehingga menjejaskan keselamatan negara.

Seksyen 7 pula memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri, selepas tempoh 60 hari boleh mengeluarkan perintah penahanan selama dua tahun tanpa bicara tanpa mengemukakan bukti bagi tujuan penelitian oleh mahkamah.

Dalam lain perkataan, kerajaan mempunyai hak untuk memasukkan seseorang ke dalam penjara tanpa sebab dan tanpa ruang untuk mencabarnya di mahkamah.

WZWH ingin mengingatkan pembangkang jika 28 juta rakyat Malaysia tidak ada masalah dengan Akta ISA, kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat beriya benar hendak menghapuskan ISA? Bukankah jika Akta ISA dihapuskan nanti, pemimpin pembangkang lebih senang menghasut rakyat membenci kerajaan dan pengganas komunis boleh bangkit semula mengganas negara!

Kini Najib telah mengumumkan  menghapuskan ISA dan tiga proklamasi darurat . Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tersentak kenapa Najib begitu cepat tunduk kepada tuntutan pembangkang. Jangan harap undi golongan tertentu boleh tercuit hati untuk menyokong kembali Najib.

Kenapa hal keputusan yang penting ini tidak dibincangkan oleh 3.2 juta ahli UMNO baik di cawangan, bahagian dan negeri? Siapa yang menasihati Najib?

Selamat tinggal ISA. Profesor R. H. Hickling (1920-2007) merangka ISA yang merupakan satu akta yang genius di Malaysia dan dunia. Walaupun ramai mengkritik namun Amerika Syarikat terpaksa mengaku kebaikan ISA lalu mengadaptasi kepada "USA Patriot Act" bagi mencegah terrorisme.

ISA dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Akta ini digunakan kepada komunis pada mulanya. Kemudian beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.

ISA amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Betapa berkuasanya Hishamuddin sebagai Menteri KDN. Tetapi sayang anak-anak Perdana Menteri seperti Hishamuddin dan Najib tidak pandai menghargai dan menghayati akta yang genius ini tidak seperti bapa-bapa mereka dulu.

9 comments:

Unknown said...

SALAM WZWH ... BEST ARTICLE FROM YOU! BRAVO BRO! AMAZING ANALYSIS!

RAI said...

kerana bersih 2 isa binasa ikut sangat cakap penjenayah mahathir tu ?

Z'roul Osman said...

terfikir jugak kelemahan yang ketara apabila kita sering terikut dengan rentak politik pembangkang.Apabila diminta 'Bersihkan' SPR..secara tidak langsung kita aturkan persidangan Khas..Apabila dikatakan Oleh Mat sabu perihal Bukit kepong..mulalah kita menari2 setiap hari cerita yang sama di TV..Bila dipersoalkan pasal Lynas...habis sampai ke Australia si Karam singh buat kajian...sekarang untuk menarik minat politik kita hapuskan ISA yg secara tidak langsung memberi kemenangan moral kepada pembangkang...renung2kan...dimana kekuatan kita............

Anonymous said...

Najib telah bertindak kurang bijak!
Inilah akibatnya jika mendengar suara2 sumbang yg menyamar sebagai penasihat2 yg kurang bijak.
Bila ISA dimansuhkan, maka orang2 spt dari parti2 pembangkang akan bermaharajalela dan bertindak ganas. Rakyat biasa yg menurut undang2 tidak ada sebarang masalah dgn adanya ISA. Sebenarnya ISAlah yg telah sekian lama menyelamatkan kami dari tindakan ganas petualang2 negara.
Najib kata akan mengubal undang2 yg baru utk mengantikan ISA. Boleh ke Najib luluskan undang2 tersebut tanpa majoriti 2/3 di parliamen???
Rakyat Malaysia bersedialah utk huru-hara spt yg berlaku di negara2 Arab.
Betullah teori RAHMAN!
Melayu mudah lupa!

Umai said...

Syabas Najib

UMNO perlu dibawa kembali ke tengah, jangan biarkan algojo-algojo berhaluan kanan bermaharajalela.


Umai

Anonymous said...

hari ini sy dgr ramai peyokong setia bn kecewa dgn pengumuman najib...

Unknown said...

SALAM WZWH ...

MANA LU DAPAT INFO kenapa kerajaan US memanggil pakar-pakar ISA Malaysia ke Pentagon memberi ceramah mengenai ISA dan membantu Legalislatif US merangka Akta Patriot (Adik ISA) bagi menangani isu pengganas. US tahu dari sejarah, Malaysia amat berpengalaman menangani isu pengganas komunis di ketuai oleh Cing Peng mengganas Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960 dan sambung pada tahun 1970an dan 1980an hingga perjanjian menamatkan konflik dengan kerajaan Malaysia di Hadyai pada tahun 1989.

KASI SHARE INFO BRO!

Morhabshi said...

Dlm hal ini, kita boleh menyokong cadangan najib dgn memberi alasan transformasi dan kita juga boleh menentang dgn memberi hujah kebaikan ISA.

Apabila melihat kekakacauan di somalia padahal rakyatnya sedang menderita, kita berkata betapa bodohnya puak yg bertelagah itu. Sedangkan kita tak sedar kita sedang menuju ke arah itu dan dunia sedang berkata betapa bodohnya orang malaysia.

Barangkali betul ramalan bhw 2012 adalah tarikh akhir manusia atau 2/3 manusia akan musnah.

Lambat atau cepat, kita akan amati juga.

Morhabshi said...

*lambat laun kita akan mati juga.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...