Monday, September 5, 2011

Kebangkitan Pemimpin Generasi Baru Pulau Tawar

Saruji Aziz, anak Pulau Tawar, pemimpin generasi baru Pulau tawar telah mengadakan perhimpunan besar keluarga salasilah Pulau Tawar. Kelihatan Encu Norzari pemimpin dihormati dan disegani di Pulau Tawar.

40 tahun kampung tradisional Pulau Tawar terpinggir dari arus pembangunan. Tidak ada beza sangat Pulau Tawar hari ini jika nak dibandingkan dengan Pulau Tawar yang dahulu. Sudah lama anak-anak Pulau Tawar menyepi...tidak bersuara.

Kini kebangkitan pemimpin generasi baru Pulau Tawar baru bermula...

Baru-baru ini berlansung majlis perkumpulan anak-anak Pulau Tawar. Ramai pemimpin generasi baru profesional dan intelektual menghadirinya seramai hampir 500 orang di masjid lama Bukit Rang, Pulau Tawar.

Ikuti kata-kata penganjurnya Saruji Aziz, CMO Amanah Raya Berhad, pemimpin generasi baru Pulau Tawar...

Salam Semua, Ribuan terima kasih atas kesungguhan menjadikan Majlis Hari Raya Keluarga Pulau Tawar yang julung kali diadakan. Sebenarnya lebih kurang 500 orang hadir. Saya amat terharu dengan kesudian Abang Ibrahim Astar Abd Majid, Abg Baharuddin Imam Yahya, Abang Wan Ahmad Wan Sulong menjadi Panel Perkisahan Sejarah Pulau Tawar. Terlalu banyak yang generasi ke dua tidak mengetahuinya. Majlis dimaklumkan oleh Abang Ibrahim Astar bahawa Sdr Azam Ramli telah meng "upload" dalam fB. Rata-rata terpancar muka-muka yang sangat gembira dengan re-union ini. Insya Allah, tahun depan kita buat lagi, tapi dimasukkan sekali dengan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi KAWAS Bhd. Terdapat lebih kurang 10 orang yang saya tidak kenali, mungkin dari ahli bersekutu [melalui pernikahan]. Kehadiran Sdr Dr Haizam Hassan, Abang Dato' Ahmad Hj Daud, Abang Idris Hashim, Dato' Hj Rosdi Awang Sulong, Abang Norzari Imam Yahya, keluarga dari "Rumah Lembaga", Abang Chor, Amat Ay Long Jamin [datang jauh dari Terengganu-rakan sekampung masa kecil termasuk Zulfaker Mat Sood,Fauzi Midun], Keluarga dari Perian, Kedondong, Kg Bandar, ada juga dari Batu Embun [Uya Ahmad Shamsudin]. Ramai yang tak nak berganjak dari majlis. Jam 12.30 pagi barulah beredar pulang. Kini saya tengah mengaudit kutipan, perbelanjaan. Insya Allah, pertengahan bulan September nanti, laporan rasmi kewangan dan ringkasan majlis akan disediakan. Seramai 200 orang telah berdaftar sebagai "prospeks Koperasi KAWAS Bhd]. Ucapan terima kasih khasnya kepada Sdr Zulfaker, Adinda Mohd 'Afif Abdul Manan, Abang Manaf Kassim, Abang Din [Kak Gayah], Mohd Rizal, para pemuda, kaum ibu kerana telah bersama-sama menyiapkan majlis. Tidak lupa buat Sdr Mohd Ariff Salehuddin kerana telah meminjamkan lorinya untuk mengangkut kancah, dapur, buffet sets dari Masjid Baru Bukit Rang. Terima kasih juga kepada AJK Masjid Baru Bukit Rang kerana telah meminjamkan barangan di atas melalui Abang Manaf. Untuk promosi SdrWarta Jerantut juga digalakkan mewar-warkan peristiwa yang amat berharga ini kepada umum [membuktikan kita berpadu dalam aktiviti masyarakat]. Jazakallah buat semua penaja [kewangan, beras, minyak kelapa, buahan,gula] serta tenaga. Tahun hadapan kita buat lebih baik lagi dengan kehadiran yang lebih ramai.Maafkanlah saya jika ada salah silap.Saya cuba buat yang terbaik kerana sayang & rindukan kampung. Allahu Akbar Walillahil Hamd...

Bermakna Kg Pulau Tawar mempunyai benih-benih waris yang baik-baik. Kalaulah kita satukan dengan agenda Tawhid, Muamalat [Koperasi KAWAS Bhd] lagilah baik keputusannya. Tapi kalau kita lihat aspek perbezaan politik maka sampai bila-bila tak jumpa titik pertemuan yang suci itu.Percaya cakap saya.Kalau terus mencari perkara yang tidak kena, maka sampai bila-bila kita begini. Kampung kita dihimpit bangsa Cina, tanah-tanah di 'rampok' untuk tanam sayur, padang ragut, mungkin Paya Kangsa di 'rampok' juga. Koperasi KAWAS Bhd lah, tempat kita mengatasinya. Juga melalui sokongan DO, Jab Pertanian, SKM, FELCRA, RISDA, Belia, Pakar Pelaburan anak Pulau Tawar, Panel Syariah, kita mampu bangkit. Saya sedih lampu jalan banyak yang rosak, kampung kita banyak sampah, macam tak terjaga. Makin kerap kita balik & buat tindakan makin berubahlah kampung kita. Bersama jadikan kampung kita Syurga Dunia.

TAHNIAH! kepada saudara Saruji Aziz pencetus idea perhimpunan keluarga Pulau Tawar. Semoga apa yang dihajati dan dicita-citakan akan tercapai dan terlaksana.

3 comments:

Anonymous said...

Nak saman Stop Pali dalam kes DUMC, senyap ajer... Nak saman Mat Syabu dalam kes pro kumunis, sonyap jor... Mano satu yang botoi nih. Udah2 ler ako doh tok buleh nok botahan lamo2 laie, hisham pon kata nok saman mak lampir sonyap juo...

Pang5 Banir...

Anonymous said...

encu norzari ni keturunan tok setia raja dengonye...sape ade salasilah family ni?

Nazrio said...

Syukur alhamdulillah, tahun 2012 nanti bikin sambutan kaw-kaw punya 2013 Lagi Lagi kaw..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024