Friday, September 2, 2011

Pendapatan Peneroka Felda Chini 1 Kini RM10,000 Sebulan


Peneroka-peneroka Felda Chini 1 Pekan Pahang sunggung bertuah. Ladang kelapa sawit selepas tanam semula oleh Felda sejak tujuh tahun lepas telah membuahkan hasil yang lumayan.

Pendapatan peneroka kini mencecah lebih RM10,000 sebulan. Ini kerana harga buah kelapa sawit yang stabil, tinggi dan kekal di pasaran dunia.

Menurut seorang peneroka Encik Nordin bin Endol, AJK Persatuan Perlindungan Pengguna Pekan, kehidupan ekonomi peneroka Felda Chini sudah jauh berubah.

Terima kasih kepada Allahyarham Tun Razak yang membuka Felda-Felda untuk orang Melayu menaikkan taraf ekonomi mereka. Tanah ladang 10 ekar setiap peneroka dan 1/2 ekar bagi tapak rumah.

Kini apa yang mahu dicapai oleh Tun Razak telah menjadi kenyataan. Ekonomi berpendapatan tinggi bagi orang Melayu yang hidup susah di kampung asal ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ditambah pula pengurusan Felda yang semakin profesional yang diterap dibawah program transformasi DS Najib.

Gugusan Felda Chini  adalah terdiri dari lapan Felda:

  • Felda Chini 1
  • Felda Chini 2
  • Felda Chini 3
  • Felda Chini 4
  • Felda Chini 5
  • Felda Chini Timur 1
  • Felda Chini Timur 2
  • Felda Chini Timur 3

Gugusan Felda Chini di dalam DUN Chini. YB Dato' Abu Bakar Harun adalah ADUN Chini. DUN Chini dalam Parlimen Pekan-parlimen DS Najib.

WZWH suka pergi ke Felda Chini Timur 1 dan 2 kerana terdapat lebih 100 keluarga berasal dari Ulu Tembeling. Mereka berhijrah dari Ulu Tembeling ke Felda Chini sejak tahun 1970an ketika projek hidroelektrik diura-urakan mahu dibina di Lembah Tembeling.

Apa yang Mazlan Aliman (ANAK), AJK PAS pusat yang menuduh Felda dan Kerajaan BN menindas peneroka Felda adalah tidak benar. Peneroka Felda hidup lebih makmur dan senang lebih lagi jika mereka bekerja dengan  lebih rajin.

1 comment:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam samakita,
WZWH sudah link blog saudara.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...