Tuesday, September 20, 2011

Jamuan Hari Raya DUN Tahan

YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan parlimen Jerantut, tokoh muda Pahang yang akan memtransformasi politik,ekonomi dan sosial Jerantut. Beliau pemimpin yang berani, berwawasan, berhemah, bijaksana dan futuristik leader. Walau ramai orang membenci beliau juga ramai yang menyayangi beliau kerana beliau kota apa yang dikata. Pemimpin lain hanya pandai berkata-kata saja tetapi tidak bold dan jelas.

DUN Tahan adalah DUN yang paling besar dan luas dalam Semenanjung Malaysia dan Pahang. Maka banyaklah jamuan Hari Raya diadakan dimana-mana dalam DUN Tahan. Tak sempat WZWH nak cover kesemuanya.

Hari Raya pertama bersama famili. Hari Raya ke dua, ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak buat rumah terbuka tetapi lebih fokus kepada orang di DUN Pulau Tawar. Memang ADUN Tahan ini adalah Ketua UMNO cawangan Felda Jengka 12 (dalam DUN Pulau Tawar).

Hari Raya ke tiga dirumah yang satu lagi di Felda Sungai Retang. Pada minggu lepas, hari Jumaat , jamuan Hari Raya di Felda Padang Piol.

Dan pada 17hb September hari Sabtu jamuan Hari Raya DUN Tahan peringkat Tembeling Tengah @ kampung tradisional. Ini adalah  salah satu diantara base politik WZWH. Program bermula dengan bacaan tahlil di perkuburan Kampung Labu. Kemudian jamuan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Labu. Ramai sungguh orang kampung tradisional datang.

Malam itu pula diadakan majlis jamuan Hari Raya bersama kepimpinan Pemuda UMNO bahagian Jerantut baik yang baru dan lama serta veteran di Taman Angsana kediaman ADUN Tahan.

Sebenarnya kemuncak jamuan Hari Raya DUN Tahan ialah pada 25hb September, iaitu Ahad malam ini dengan keberangkatan Tuanku Sultan Pahang. Namun Tuanku tidak dapat hadir dan jamuan itu ditangguh ke satu tarikh yang sesuai. Maka jamuan itu akan jadi majlis untuk Tuanku mengistiharkan sesuatu yang penting untuk pembangunan Kuala Tahan namun tidaklah boleh WZWH beritahu. Kita tunggu saja pengumuman dari Tuanku Sultan Pahang nanti sendiri....

Satu lagi jamuan Hari Raya perlu diadakan iaitu di zon Ulu Tembeling. Kemungkinan besar pada 1hb Oktober, insyallah. Sebenarnya letih untuk mengejar dan mengurus jamuan-jamuan di DUN Tahan kerana keadaan geografinya yang luas dan perhubungan darat, air dan udara bermacam-macam. Sesiapa yang bercita-cita mahu jadi ADUN Tahan nanti sekiranya dapat maka akan tahulah betapa jerih perihnya mengurus DUN yang paling luas dalam Malaysia.

Gambar-gambar aktiviti jamuan Hari Raya di Kampung Labu, Tembeling Tengah:

















4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya jadi YB di mana2 DUN tak sesusah mana pun. Menjadi susah dan bertambah susah, apabila kerja2 amanah sepatut dilakukan diabai. Siapa orang diamanahkan oleh YB kena ikhlas. Jika YB sendiri kurang ikhlas dan amanah, orang diamanahkan kerja "ambil mudah". Memumuji sana sini. Sebab itu YB dan yang diamanahkan suka sangat kepada orang2 bodoh dan tak berpelajaran dijadikan lantikan politik, mereka ini senang dicucuk hidung. Cuba yang ada pelajaran dan memberikan pendapat. Orang ini dikatakan melawan "toker" pulak. Sedangkan mereka memberikan pendapat dengan jujur dengan isu berlaku didepan mata.

Pandangan ikhlas dari peminat dan pengkaji politik sepanjang zaman...

Anonymous said...

3:30 aku setuju sangat pandangan awak ni

Anonymous said...

saya setuju sgt,100%..

anti pungkor said...

kalau tunaikan janji2ny tk lah dinamakan pemungkor, hehehe..angkatlah zuri, lambong lah telor wan mizan tu, hohoho

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...