Friday, September 16, 2011

Najib Perlu Menghindari Dari Menjadi Gorbachev Malaysia!


Keputusan Najib memansuhkan ISA sempena ucapan Hari Malaysia memeranjatkan dunia. Dikatakan Presiden Barrack Obama terlepas sudu dan garpu semasa 'lunch'. Anwar Ibrahim tak terkata..'speechless'. Malam semalam memang hari Najib.

Reaksi dari penyokong dan pembangkang bercampur. Ada yang suka, ada yang tidak suka dan ada yang tunggu dan lihat.

Sebenarnya ada banyak lagi pengumuman tergempar yang Najib mahu sampaikan...tapi cukup setakat itu dulu. Najib Perdana Menteri Malaysia yang tahu apa kehendak orang Malaysia.

WZWH sebagai ahli UMNO percaya tentu Najib sudah fikir masak-masak membuat pertimbangan sehabis baik. Ramai penasihat Najib cerdik-cerdik belajar dari Oxford dan Cambridge serta Harvard. Tentu bergeliga idea mereka. WZWH hanya pemikir kampung dari Jerantut tentu belum dapat memahami lagi pemikiran Najib.

Yang WZWH bimbang takut kalau Najib akan jadi Gorbachev Malaysia. WZWH harap tidaklah jadi begitu. Minta dijauhkan dari Allah SWT.

Perestroika" (restructuring) dan "glasnost" (openness) adalah watchword Mikhail Gorbachev untuk renovasi politik dan masyarakat Soviet. Niat Gorbachev baik namun tidak dapat diterima masyarakat Rusia akhirnya Kesatuan Soviet berpecah.

Glasnost ialah dasar publisiti, keterbukaan dan ketelusan maksima dalam segala kegiatan institusi kerajaan dalam Kesatuan Soviet, diiringi kebebasan penerangan, yang diperkenalkan Mikhail Gorbachev. Istilah ini sering dipakai oleh Gorbachev untuk menggariskan dasar-dasar yang dipercayainya boleh mengurangkan gejala rasuah di peringkat atasan Parti Komunis dan kerajaan Soviet, serta membendung salah guna kuasa di Jawatankuasa Pusat.

Glasnost juga memaksudkan satu zaman tertentu yang kurangnya penapisan dan lebihnya kebebasan informasi dalam sejarah Kesatuan Soviet pada dekad 1980-an.

Istilah ini timbul pada tahun 1985-1990 sebagai sebahagian langkah-langkah reformasi bergelar perestroika, yang tujuannya termasuk membendung gejala rasuah dan salah guna keistimewaan oleh golongan politik. Secara amnya sekali, langkah ini bertujuan membebaskan kebebasan akhbar secara beransur-ansur, sambil membolehkan kebebasan pertentangan pendapat. Dasar ini menghadapi tentangan ketika malapetaka Chernobyl tahun 1986, apabila pihak berkuasa menyembunyikan takat sebenar kesan kemalangan nuklear ini selama beberapa hari.

Melalui dasar glasnost ini, Gorbachev menggesa golongan konservatif dalam Parti Komunis yang menentang perestroika, iaitu rancangan-rancangan penstrukturan ekonominya. Dengan memupuk semangat keterbukaan intelek dan kebudayaan yang menggalakkan perbahasan dan penyertaan awam, Gorbachev berharap agar rakyat Soviet menyambut baik dasar perestroika.

Pelonggaran penapisan menyebabkan Parti Komunis makin hilang cengkamannya terhadap media massa. Lambat-laun, dengan rasa malu dirasai pihak berkuasa, media beransur-ansur mendedahkan masalah sosial dan ekonomi serius yang lama dinafikan dan disembunyikan kerajaan Soviet seperti perumahan kurang memuaskan, kekurangan makanan, ketagihan alkohol, pencemaran berleluasa, kenaikan kadar kematian dan taraf wanita sebagai kelas kedua mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi, rakyat dapat lebih mempelajari kezaliman yang dilakukan kerajaan ketika pimpinan Joseph Stalin. Walaupun Nikita Khrushchev mencemuh amalan pujaan tokoh Stalin, namun maklumat mengenai takat sebenar kezalimannya masih disorokkan. Keseluruhannya, pandangan amat memberangsangkan mengenai kehidupan Soviet yang sekian lama diwar-warkan kepada awam oleh media rasmi terpadam begitu sahaja, diganti aspek-aspek negatif kehidupan di Kesatuan Soviet, sekaligus menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem Soviet.

Keterbukaan politik ini terus meninggalkan kesan-kesan yang tidak diduga. Sesi pemilihan umum dewan-dewan setempat republik konstituen Kesatuan Soviet, dikuasai golongan nasionalis. Oleh sebab Gorbachev telah melemahkan sistem penindasan politik dalamannya, maka keupayaan kerajaan pusat Moscow mengawal republik-republik konstituen KRSS juga teruk terjejas. Pada 1980-an, kedengaran pula seruan kebebasan dari cengkaman Moscow yang semakin kuat dilaungkan, terutamanya di Republik-republik Baltik Estonia, Lithuania dan Latvia, yang diilhamkan oleh KRSS di bawah pimpinan Joseph Stalin pada tahun 1940. Sentimen nasionalis juga bangkit di republik-republik Soviet lain seperti Ukraine, Georgia dan Azerbaijan.

Sejak pertengahan 1980-an, negeri-negeri Baltik ini mengambil kesempatan dari pembaharuan glasnost untuk menyuarakan hak-hak mereka untuk melindungi alam sekeliling dan tinggalan sejarahnya, lama-kelamaan disusuli seruan kedaulatan dan kemerdekaan. Apabila mengharungi ancaman dari luar, negeri-negeri ini pula mendedahkan sikap Kremlin yang teragak-agak. Sambil menggalakkan fahaman pemisahan di republik-republik Soviet yang lain, bangsa-bangsa Baltik mencabar kewibawaan Kesatuan Soviet dengan bertubi-tubi. Dengan sokongan pemimpin Rusia Boris Yeltsin, maka republik-republik Baltik ini akhirnya memperoleh kedaulatan.

Kebangkitan nasionalisme kesan glasnost turut menguatkan semula ketegangan etnik yang lama reda di seluruh kesatuan. Contohnya, pada bulan Februari 1988, Nagorno-Karabakh, sebuah rantau majoriti etnik Armenia di Republik Sosialis Soviet Azerbaijan, meluluskan ketetapan yang menyeru agar disatukan dengan Republik Sosialis Soviet Armenia. Keganasan terhadap penduduk Azeri tempatan turut dilaporkan oleh televisyen Soviet, sekaligus mencetuskan pembunuhan orang Armenia secara beramai-ramai di bandaraya Sumgait di Azerbaijan.

Walaupun ribuan tahanan politik dan ramai lagi penentang dibebaskan atas semangat glasnost, namun matlamat asal Gorbachev untuk menggunakan glasnost dan perestroika bagi memperbaharui Kesatuan Soviet tidak kesampaian. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet dibubarkan berikutan cubaan merampas kuasa yang gagal dijayakan oleh pihak konservatif yang menentang dasar-dasar Gorbachev.

Gorbachev  memperkenalkan Pembaharuan selepas menyedari bahawa Ekonomi Russia bukan sahaja tidak membesar tetapi tidak berkembang. 

Oleh kerana itu dia memperkenalkan Perestroika iaitu Penyusunan semula Ekonomi dan Politik serta Glasnost iaitu Keterbukaan. 

Beliau mula memperkenalkan perubahan dalam cara yang kecil dengan harapan untuk memodenkan Ekonomi supaya ia akan berkembang pada kadar yang sederhana kira-kira 4%setiap tahun. 

Semua ini, beliau lakukan tanpa Pelan Perancangan yang sepatutnya untuk membentuk Struktur Ekonomi dan Politik Komunis.

Ada beberapa Faktor Keruntuhan USSR yang di sebabkan oleh beberapa Polisi yang di perkenalkan oleh Mikhail Gorbachev di dalam Reformasi Ekonomi dan Politik dikesan digunakan di dalam Malaysia.

Seperti apa yang berlaku di akhir Pemerintahan Tun Dr Mahathir, di dalam Pemerintahan Tun Abdullah dan akhir ini di dalam Pemerintahan Najib Razak.

Yang PASTI ialah Ramai Orang atau Pemimpin GAGAL untuk BELAJAR dari SEJARAH dan sering mengulangi KESILAPAN yang sama.

3 comments:

Anonymous said...

Kamu ni belajar tinggi tetapi otak beku dan kurang percaya pada diri sendiri kecuali perlu tongkat dan berlindung di belakang UMNO.
Banyak kan membaca terutama nya kitab ugama weh! Supaya paham apa itu keadilan dan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin.

Anonymous said...

Itu sebab ramai pemimpin PAS baca buku agama kononnya sampai jadi gila babi belaka...kehkehkehkehkeh..

Anonymous said...

WZWH,

buat perangai dah .....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...