Saturday, September 17, 2011

Tranformasi Politik Ke Arah Negara Demokrasi Tulen


MB Pahang, DSD Adnan Yaakob berkata bahawa Perdana Menteri telah buat keputusan yang bijak, dewasa matang dalam langkah untuk memansuhkan Akta Keselamatan dalam Negeri.

YAB Datuk Seri Najib juga, kata beliau, turut memahami isi hati rakyat yang mahukan sebuah Kerajaan yang lebih demokrasi pada ketika ini.

"Oleh sebab itu, kita sebagai rakyat Malaysia mesti mengalu - alukan keputusan yang dibuat oleh YAB Datuk Seri Najib dalam isu mengenai ISA ini.

Sudah pasti beliau sudah menjalankan kajian serta memikirkan secara mendalam sebelum keputusan itu dibuat,"

Tambah beliau, tindakan itu juga mengambarkan proses Tranformasi Politik didalam Negara kepada sebuah Negara yang benar - benar mengamalkan prinsip demokrasi tulen serta menghormati hak asasi manusia.

Walaubagaimana pun, jelas DSD Adnan menegaskan bahawa hak asasi ini bukan sesuatu yang mutlak, namun diyakini pihak Kerajaan mempunyai caranya yang tersendiri untuk menggubal undang - undang baru.

"Walau apa pun, kita tetap mengalu - alukan keputusan tersebut dan janganlah kita membuat tafsiran yang bukan - bukan. Pokoknya, undang - undang tersebut akan tetap dihapuskan."

Bila MB Pahang berkata begitu maka WZWH kena dengar dan ikut nasihat MB.

DS Najib tentu telah mengkaji buruk baiknya memansuhkan ISA. Itu WZWH akurlah...akhirnya.

6 comments:

Anonymous said...

Sekarang semua orang tau sapa kau punya 'political master'.... memang dasar tak ada pegangan....

EXCO Pemuda UMNO Malaysia said...

Suara pemuda UMNO memang macam tu lantang dan vokal tapi nasihat orang tua didengar juga. Yang penting apa diluah dan dinyatakan sampai ke pimpinan tertinggi.

Anonymous said...

Salam WZWH dan urang Jerantut.

Fikir Apa sebab Zurik Kateq ini.

"Bila MB Pahang berkata begitu maka WZWH kena dengar dan ikut nasihat MB". dan dia zurik Kateq ini,
"Najib, Mansuh ISA tidak cukup..Istiharkan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu...Baru Bukan Melayu Ramai Sokong BN PRU 13"

Budok ni dah celaru pemikiran nya, punah penasihat dompok nie. Rupa nye di ani tak berbatu juga...takut kalau DSD DEnan minta PEngarah JPN Pahangng " Tolong perhatikan guru nie"...takut juge ye. Jadi pengecut dan tak bertelur juga keturunan bendahara ni.


Heeeeeeee...eeeee...eeee

Anonymous said...

macam tu la pemuda... kalau kena kat dia boleh, kalau orang lain... melalak suruh ikut saluran...hampehhhhhhhhh

James Brooke said...

Anon 9:27 yang bengong...
Bila WZWH vokal..aok marah2, kurang ajar le..

Bila WZWH akur pd cakap org tua, aok kata takda batu pulak..memang hati aok penuh kebencian.

Anonymous said...

anon 9.27 tu dah tua nyanyuk dan terencat akal.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...