Sunday, September 4, 2011

WZWH Memperkenalkan Blog Paling Kontraversi Jerantut-Blog Kutukan Dewata

Kutukan Dewata

Kutukan Dewata adalah salah seorang pengkomen tetap blog WZWH. Boleh dikatakan setiap posting WZWH pasti ada komen dari Kutukan Dewata.

WZWH akhirnya baru perasan Kutukan Dewata sudah ada blog sendiri. Sudah tiga posting Kutukan Dewata tulis. Dan biasalah pasti kontraversi.

Posting terbaru Blog Kutukan Dewata begitu kontraversi dan betul-betul membuka minda orang Jerantut terutama orang muda. Sila klik sini.

WZWH beri penghormatan kepada Blog Kutukan Dewata dengan menyiarkan posting terbaru secara penuh....

Percaturan calon Parlimen Jerantut


Tengku Azlan tersilap acah kata tidak mahu lagi ahli parlimen. Malangnya pemberita,wartawan dan jounalis sudah spin habis-habisan...ini hasil usaha licik seorang Adun Jerantut telah bayar mediamen ini. Semua orang ada keratan suratkhabar bukti Tengku Azlan tidak mahu calon dan bersyarat.

Kalau Tengku Azlan mahu lagi....semua orang Jerantut akan tonyeh keratan paper itu kepadanya. Tengku Azlan perlu berundur secara terhormat...Ada ramai lagi pemimpin muda Jerantut yang berkelayakan boleh ganti dia.

Adun yang licik ini dikatakan sudah habis bayar hutangnya banyak $16 juta. Itu sebab masa dia pulun balak-balak atas nama JKKK, atas nama ladang herba felcra, jual tanah-tanah strategik bandar, habis tanah simpang Jengka 8 diberi kepada towkay besar Jerantut untuk jelas hutang.

Jangan tanya berapa dapat ke JKKK? Dapat ke dia berjuta-juta. Lulus tanah tol kepada towkay Cina baru-baru ini pun dapat $300,000. Tanah orang asli pun dia beri kepada towkay besar tanam kelapa sawit. 

Adun ini mahu lobi jadi ahli parlimen Jerantut. Majoriti orang Jerantut tidak  mahu pemimpin  sebegini korup. Pemimpin ini banyak liabiliti. Cukup UMNO sudah tolong dia bayar hutang. Dia perlu berterimakasih dan berundur secara terhormat cukup-cukuplah mengerja ke Adun Tahan.

Ada seorang AJK UMNO Bahagian Jerantut perasaan dia paling layak, senior dan lebih cerdik dari orang lain. Dia mantan parlimen sepenggal kerana pengikut Anwar Ibrahim. Dia kata dia 'orang kuat Najib'. Dia belanja $70,000 sebulan. Dia mahu parlimen atas kategori calon recycle dengan syarat Najib bagi dia post Menteri. Timbalan Menteri dia tak mahu. Susah juga dia...Rosmah tak suka dia sebab dia suka kutuk Rosmah di mana-mana. Lagi pun Rosmah tahu dia dah tak berbini hampir 10 tahun. 

Demikianlah posting Kutukan Dewata tentang calon ahli parlimen dari kalangan Tengku Azlan, Adun bayar hutang dan calon recycle yang berumur lebih 60 tahun. Mereka ini ahli politik umur 60an sudah tidak relevan lagi dengan politik Jerantut lagi.

Mereka perlu ucapkan selamat tinggal kepada politik Jerantut. Masa mereka sudah berlalu...berilah peluang dan harapan kepada pemimpin-pemimpin muda politik Jerantut. Mereka sudah merasa semua kenikmatan, kemudahan, penghormatan, penghargaan....cukuplah beri orang lain yang lebih muda merasanya dan buat yang lebih baik. Politik Jerantut yang bosan perlu diceriakan.

3 comments:

Unknown said...

Bos, yang baru pon jangan baru sangat..Muda xpe.. janji orang kenal dan boleh buat kerja... ni nak jumpa mak ai... susah ker main....

PRU dah x lama.... Kita tunggu ler sape naik... Jangan si Tini naik sudah ler....

Anonymous said...

tini tu orang lain leh naik,hehehe

Anonymous said...

tini tu dah lama orang naik dia, dah lonyer....skrg dh ada pelihara anak ikan lah pulak.....hahaha

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...