Nuffnang Ads

Pages

Friday, September 9, 2011

Sepatutnya PM Malaysia Yang Pertama Orang Tembeling (Chebong) Ibrahim Yaakob


Trend politik hari ini suka cakap politik haluan kiri. Mat Sabu 'redefine' Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Ada anak-anak muda mahu tahu tentang tokoh politik haluan kiri yang nampak lebih 'fighter' perjuangannya mencabar dengan darah dan air mata.

WZWH pun suka retrospektif....posting kali ini bertajuk-Sepatutnya PM Malaysia Yang Pertama Orang Tembeling (Kampung Chebong) Ibrahim Yaakob. Itu persepsi orang Tembeling sebab beliau selalu balik ke Kampung Chebong dan adik beradiknya dibesarkan di Kampung Chebong, Tembeling Tengah.

Siapa Ibrahim Yaakob? Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Walaupun beliau merupakan tokoh pejuang di Tanah Melayu, tetapi rakyat Malaysia tidak terasa kehilangan beliau dan tidak mengetahui untung nasib tokoh hebat ini, tidak siapa yang peduli.

Ibrahim Yaakob berasal daripada keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerloh , Pahang sekitar tahun 1920-an. Ayahnya Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu bapanya bercerai. Beliau dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana di Kampung Chebong, Tembeling Tengah.

Tulisan beliau dalam surat khabar Majlis,Warta Malaya dan Utusan Melayu menyentuh tentang nasib orang Melayu dari segi ekonomi, pelajaran, cara hidup orang Melayu dan kaitannya dengan bangsa Cina dan Eropah serta dasar British di Tanah Melayu.

Persatuan Belia Melayu yang pada asalnya bercorak sosial berubah kepada motif politik. Selaras dengan perubahan tersebut, nama Persatuan Belia Melayu telah ditukar kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau turut dikenali sebagai Young Malay Union.

Pada 1939 pada usia 28 tahun, beliau menubuhkan secara rasmi KMM yang kebanyakannya terdiri daripada golongan guru Melayu lepasan MPSI. Persatuan ini menjurus kepada persatuan pemuda Melayu yang berasaskan ‘pemuda-pemuda sedar’ atau ‘progresif’ yang dalam lingkungan usia lewat 20-an. Beliau sebagai pengasas menjadi Yang diPertua, Onan Haji Siraj sebagai Naib Yang Dipertua, Abdul Karim Rashid sebagai setiausaha, Haji Othman Abdullah sebagai bendahari, Hassan Manan, Ahmad Boestaman, Isa Muhamad, Ishak Haji Mohammed, Sultan Djenain dan lain-lain tokoh. Dr Burhanuddin Helmi menyertai KMM pada 1939. Dato Onn Jaafar yang akan mengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menyertai KMM pada April 1942. Nama KMM diberikan oleh Sultan Djenain , seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia yang bertindak sebagai penaung KMM.

Tahun 1940, seusia 29 tahun, Ibrahim Yaakob telah menjadi nasionalis radikal yang mengagumi idealisme dan karisma Sukarno. Ketika Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh pihak British tetapi dibebaskan pada 1942 oleh pihak Jepun setelah Jepun mendarat di Tanah Melayu. Tentera Jepun menubuhkan tentera Pembela Tanah Air (PETA) di pulau Jawa. Tetapi menubuhkan Giyuugun di pulau Sumatera dan di Tanah Melayu. Komander tentera Jepun melantik Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan Kolonel bagi pasukan tentera Giyuugun.

KMM tidak tertakluk kepada golongan bangsawan dan sesuai untuk golongan bawahan. Slogan KMM ialah “satu untuk semua:semua untuk satu”.

Sukarno merasa terhutang budi kepada Ibrahim Yaakob di atas semangat juang dan setiakawan orang Indonesia di Tanah Melayu. Lantas Sukarno mengajak Ibrahim Yaakob berjuang sahaja di pulau Jawa kerana mereka seketurunan - Bugis Jawa Indonesia.

Pada 15 Ogos 1945 Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki diledakkan dengan bom atom. PETA dan Giyuugun diperintah bubar oleh tentera Jepun dn senjata diserahkan.Gagasan Indonesia Raya terbatal dengan sendirinya. Pada 19 Ogos 1945, Ibrahim Yaakob meminta kapal terbang tentera Jepun untuk membawanya ke Jakarta. Ibrahim Yaakob terbang ke Jakarta bersama isterinya Mariatun Haji Siraj, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Manan.

Di Indonesia, beliau menukar nama kepada Iskandar Kamel dan menjadi pengurus Gerakan Kemerdekaan Malaya. Terbit bagi pihak KMM di Jakarta . Pejabatnya terletak di nombor 4 Jalan Kebahagian, Jakarta. Beliau pernah menjadi ahli parlimen di Indonesia.

Pada November 1955, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu , Tunku Abdul Rahman bertemu dengan beliau di Jakarta ketika hendak berunding dengan Presiden Sukarno. Ketika itu, Tunku Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri setelah Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya yang pertama pada tahun 1955. Tunku yang menerima pendidikan Inggeris di London berasa selesa jika Tanah Melayu merdeka dalam Komanwel British. Ini dilihat sebagai neo-kolonialime kerana Ibrahim Yaakob mahu Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia dalam Indonesia Raya.

Sukarno sendiri tidak senang dengan pendirian Tunku yang dilihat sebagai 'boneka' British sahaja. Dengan pelbagai pengaruh lain termasuk Aidid dan Subandrio - komunis, Sukarno melancarkan 'Ganyang Malaysia' pada 1965.

Ibrahim Yaakob mengundur diri dari arena politik apabila demokrasi terpimpin semakin kuat di Indonesia akibat pengaruh komunis. Peristiwa Gestapo 1965 amat memberi kesan kepada beliau. Ibrahim Yaakob menyertai sektor swasta sebagai pengarah Bank Pertiwi.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1970, barulah Ibrahim berpeluang kembali ke Malaysia pada 1973.

Sebagai seorang guru, Ibrahim Yaakob ada menulis buku bertajuk 'Nusa dan Bangsa Melayu' pada 1951. Beliau menafikan perjuangan KMM tidak berhaluan kiri mahupun radikal . Sebaliknya usaha menerapkan kesedaran cintakan agama, bangsa dan negara.KMM adalah anti British dan anti feudal.

Ibrahim Yaakob meninggal pada 8 Mac 1979 di Jakarta,Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.

3 comments:

Hussaini Ghazali said...

pahang adalah benar bumi pahlawan, dr dato bhmn,m.kilau,pak sako,ibrahm hj yaakob hinggalah sekarang ds najib pm kita

Anonymous said...

Najib tokoh? puuii!!!..

ahmad abdul kadir abdullah said...

najib dan pimpinan umno semermangnya tokoh-tokoh ketua penyamun yang ulung malaysia...