Thursday, September 8, 2011

Pengumuman MB Johor Mengenai 'Status' Mat Indera


WZWH berpendapat MB Johor agak lambat menjelaskan isu status Mat Indera yang dihero-kan oleh Mat Sabu 18 hari lalu. Begitu juga ahli-ahli politik Johor baik Muhyiddin mahu pun Hishamuddin agak lembap untuk bingkas bangun menjelaskan isu ini.

Kesilapan MB Johor adalah tidak mengkaji samada buku Yayasan Warisan Johor- Pengukir Nama Johor terlepas pandang tidak ada status dibuat samada Mat Indera adalah pejuang atau petualang.

Bila pembangkang guna hujah buku Yayasan Warisan Johor maka Ghani Othman sudah sedar kesilapannya. Namun pembangkang sudah guna 'damage' ini pulang balik paku buah keras kepada UMNO.

Berikut teks pengumuman MB Johor mengenai 'status' Mat Indera...

Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera adalah anak Johor yang terlibat dengan gerakan-gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu-individu lain juga telah berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera melibatkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM telah diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (Umno) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.

Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannnya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan dengan para pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak penglibatan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu adalah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan tersebut.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

Sedangkan ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk dari “Malayan Union” British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan “People's Democratic Republic of Malaya” yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan teroris yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan.

Berdasarkan fakta-fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera adalah dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Regimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang “pejuang” untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian perletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, adalah data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan tersebut adalah menjadi bahan-bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan olek kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman-rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang.

15 comments:

Anonymous said...

Rakyat yang celik dengan sejarah tidak akan mudah dipermainkan dengan isu ini. Sebenarnya isu ini tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak. Apa sebenarnya tujuan atau niat, secara tiba-tiba isu ini ditimbulkan. Kita tak perlu mengikut rentak mereka. Pakar - pakar sejarah yang berkelayakan perlu membuat penghebahan terhadap fakta yang betul mengikut sejarah melalui semua saluran media supaya rakyat faham dan jelas tentang isu ini.

Anonymous said...

Tak minat Mat Indera... Hanya minat Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato Bahaman.

Frozenthots said...

geng - sejarah ditulis oleh pemenang dan apa yg dipaparkan adalah dari sudut mata pemenang. Gandhi dilihat sebagai "terrorist" oleh British pada masa perjuangan kemerdekaan India begitu juga Castro dimata USA. Tetapi apakah pandangan rakyat India dan Cuba mengenai Gandhi and Castro? Hakikatnya Mat Indera berjuang menentang penjajahan British - dia berfahaman "C", "D", "N" tidak melenyapkan fakta tujuan perjuangannya. Sejarah pada mana mana satu masa akan berubah mengikut siapa pemenang dan akan menggunakannya sebagai alat "to advance their view". Kalau Pharoah masih hidup dia akan mati terkejut mengapa Nabi Musa adalah antara Nabi yg diagungkan oleh umat.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Frozenthots,
Aok tengok Fakta:
Mat Indera ketua Regimen 10 PKM bersama 200 Komunis Cina serang Balai Polis Bukit Kepong.
Abdullah CD Komunis Melayu Pahang mengaku fakta itu
Mat Indera diperdaya Gan Pek Tun dan 200 komunis itu bukan isu..
Isunya..
25 angota polis dan keluarga terbunuh, tercedera dibakar hidup-hidup, anak polis dihumban dalam api marak...itu FAKTA yang Frozenthots tidak nampak kerana buta mata dan masih cakap Sejarah Malaysia ditulis oleh UMNO! Buka mata..buka minda adakah membunuh polis Melayu ini satu perjuangan kemerdekaan?

Mohammad Hafifi said...

memg betul mat indera menentang penjajah unk mendapatkan kemerdekaan...tetapi perjuangan dia salah, kerana komunis mahu menubuhkan negara komunis di malaya...aku rasa, Frozenthots ni suka dengan ideologi komunis dan mahu malaysia jadi republik...komunis tidak percaya pada agama dan tuhan...kalau mereka memerintah, for sure tiada sultan sebagai ketua agama Islam, dan Islam susah nak berkembang / diamalkan dia sini...tgk pada kemboja, china, vietnam...apa jadi dengan komunit Islam mereka?

Anonymous said...

Syabas Mohammad Hafifi,
Anda anak muda yang berfikiran waras dan beriman.
Biarkan mereka yang menyokong komunis tu menegakkan benang basah.Tak kemana mereka tu sebab Allah pun benci pada orang mempertahankan yang batil.

Anonymous said...

matlamat tidak menghalalkan cara.walau matlamat nya betul tapi cara x betul apa kesudahannya.ini matlamat pun x tentu betul cara dah sah2 x betul apa kes?

Frozenthots said...

T.Kasih WZWH dan M.Hafifi. Dalam soal sejarah saya cuba melihatnya dari sudut apolitical.Persoalan pokok yang kita hendak huraikan ialah adakah Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan?Apa landasan dan tindakan beliau adalah reaksi untuk mencapai matlamat tersebut walaupun landasan dan reaksi beliau tidak diterima segolongan masyarakat.Dan dari konteks situasi pada masa itu, penjajah telah mengharamkan kesemua persatuan yang berjuang utk kemerdekaan dan memberi tekanan. Dan antara reaksi dari persatuan ini yg inginkan kemerdekaan ialah "to take arms".

Rentap adalah seorang penentang penjajahan Sarawak oleh Brooke Family dan beliau berfahaman animisme - jadi tidak menjadi isu samada saya menyokong animisme ataupun "C" hanya dgn mengetengahkan perjuangan mereka. Dan utk saudara WZWH - ianya tiada kaitan dgn UMNO

Anonymous said...

frozenhots adalah salah seorang yang melihat sejarah dan apa yang telah berlaku mengikut perspektif yang tidak tepat.benar mat indera berjuang untuk memerdekakan negara tapi apa tujuannya?melalui komunis apa matlamat utamanya?kalau dia berjaya apa yang akan terjadi pada raja-raja melayu,kaum melayu dan yang paling penting agama islam?isu sekarang mat indera diangkat menjadi hero kemerdekaan sangat memualkan.lebih memualkan disokong orang melayu dan umat islam yang didedah fakta saudara sebangsa dan seagama dibunuh oleh komunis yang diketuai mat indera.fakta tidak boleh diubah oleh perspektif.fakta tetap fakta,walau apa perspektif terhadap fakta tersebut.

Frozenthots said...

T.Kasih Saudara ApEnGDaDon,
Saudara telah membulatkan apa yg saya hendak ketengahkan "Benar Mat Indera berjuang utk memerdekakan negara" - period.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Adakah tokoh-tokoh haluan kiri yang lagi hebat karisma peringkat nasional seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Pak Sako (Ishak Hj muhammad) memilih jalan pengganas komunis bunuh polis, planters dan rakyat sebagai tindakbalas menentang British? Adakah juga Tokoh-tokoh politik Islam seperti Dr.Burhanuddin Helmi,Ustad Fuad pengasas PAS, Asri Muda menyokong fahaman komunis menentang British?

Anonymous said...

welkam back.

T.Kasih Saudara ApEnGDaDon,
Saudara telah membulatkan apa yg saya hendak ketengahkan "Benar Mat Indera berjuang utk memerdekakan negara" - period.

lebih baik lagi ketengahkan "Benar Mat Indera berjuang utk memerdekakan negara yang akhirnya bakal menghancurkan bangsa dan agama sendiri".

Anonymous said...

Kita hentikan seketika pertikaian mengenai Mat Indera yg dicetuskan isunya oleh Mat Sabu. Jika nak dibangkitkan isu tsbt secara debat tiada keputusan mutlak melalui debat itu. Tututan sejarah kena bermula mengikut kronoloji. Baru tepat. Siapa ada fakta itu, tentunya kronologi itu tiada siapa yang dapat dibuktikan dengan jelas. Bab isu ini jika terus dibincangkan dalam bentuk media termasuk media baru maupun pentas ceramah politik, ramai anak muda dan penyokong pembangkang akan terus taksub dengan hujah dan fakta mereka yang lebih jelas. Mahu tidak mahu pembahas politik kena ubah senario itu dalam bentuk ilmu dan sudut pandang ekonomi. Camana boleh tak? Sekarang saya nak ajak ke P81. Carilah calon2 yang boleh berhubung terus dengan pemilih bagi meraih kemenangan.

Kutukandewata said...

Frozen,
isunya jangan cari publisiti murahan macam mat sabu.nak popular boleh tapi bukan dengan cara menjaja isu sensitif,orang melayu benci komunis,jagalah hati bekas tentera,kaum keluarga mangsa komunis.Andai kata bapa anda di bunuh depan mata oleh komunis,apakah anda akan gembira dengan statement mat cabul ni.lu fikirla sengkili.

bekas tentera said...

tahniah kepada Mat Sabu yg mengembalikan kesedaran kepada rakyat malaysia, terutama remaja yg semakin melupakan sejaran dalam negara sendiri.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...