Thursday, September 15, 2011

Polemik Isu Malaysia DIJAJAH atau TIDAK: Apa Rumusan?

Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited by Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government’,” 

Orang kata kalau nak tahu fakta sejarah jangan tanya ahli politik sebab ahli politik akan jawab sejarah mengikut dasar dan kehendak parti terutama yang berjawatan tinggi. Orang politik selalu kata "history is written by a victor".

Pembangkang kata sejarah Malaysia moden ditulis oleh UMNO. Oleh sebab UMNO memerintah maka sudah tentu pandangan sejarah lebih sikit kepada pejuangnya.

Orang yang mahu kebenaran kata lagi kalau kita mahu tahu sejarah tanyalah kepada ahli sejarah...

Nah bila tanya ahli sejarah jawapan mereka lagi buat kita pening! Malaysia tidak pernah dijajah.

Kalau Malaysia tidak pernah dijajah maka semua pejuang tidak kira mengikut definasi UMNO dan pembangkang bukanlah pejuang kemerdekaan belaka.

Habis...apa yang tokoh nasionalis perjuangkan disetiap negeri melawan Inggeris? Adakah kepentingan pejuang ini dilucutkan? Marah tidak dapat kutip hasil cukai? Jawatan dan kebesaran ditarik balik oleh Sultan?

Ahli sejarah kata negeri-negeri Melayu hanyalah naungan dibawah perlindungan Inggeris. Kita tidak pernah dijajah. Raja Melayu adalah pemerintah negeri yang berdaulat. Inggeris berperanan menasihati pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.

Jadinya Tunku Abdul Rahman bukanlah Bapa Kemerdekaan...barangkali beliau adalah Bapa Naungan?

Polemik isu Malaysia dijajah atau tidak apa rumusan?

Malaysia memang tidak dijajah kerana baru ditubuhkan pada 16 September 1963. Malaya dari segi teknikal tidak dijajah namun dari 'hakikatnya' dijajah.

Kita dinasihati oleh Inggeris satu bangsa yang paling cerdik dan penuh diplomasi dalam dunia. Inggeris tidak bunuh Raja-Raja Melayu. Inggeris hanya beri Raja-Raja Melayu jaga hal Islam dan Adat Melayu saja.

Inggeris hanya bunuh pembesar dan pejuang Melayu dan Bumiputra yang mencabar mereka.

Inggeris tidak menjajah Malaya secara 'de jure'. Inggeris menjajah Malaya secara 'de facto'.

Apa yang Profesor Zainal Kling, Khoo Khay Kim, Mahathir kata itu 'Malaysia tidak pernah dijajah' adalah bahasa yang lunak di Istana...

Rakyat dan pejuang yang sebenar baik berhaluan kanan dan kiri tetap percaya Tanah Melayu dijajah sebenarnya.

WZWH percaya Tanah Melayu dijajah secara 'hakikatnya'.

3 comments:

Anonymous said...

Kali pertama kubaca sesuatu yg rasional. Jgn nt jk Najib setuju yg Malaya dijajah, u pun tukar statement dan cari fatwa lain utk sokong u punya tuan.

RAI said...

Mudah sangat politik aok ni sebab keturunan aok ditipu datuk nenek sendiri dengan berpakat dengan penjajah british apa nak khabar meleileh air lior keturunan aok dan ingin bangkit dengan tipu rakyat tak payahLah tu ?

Kutukandewata said...

salam bro,
umno talibarut british?pas talibarut dap.kah,kah,kah,kah!!!!!!!2x5

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...