Tuesday, January 31, 2012

Apa Beza Aziz Bari dengan Khoo Kay Kim Dan Ungku Aziz?

Aziz Bari, profesor akademik yang tidak tahu sempadan akademik dan politik. Beliau tidak sabar-sabar lagi mahu menjadi ahli politik profesional post PRU 13. Jawatan profesor beliau ditarik balik kerana beliau tidak berkhidmat dengan UIA lagi.

Anwar Ibrahim perlu menggunakan pengaruh hubungan rapat dengan Israel untuk membolehkan universiti-universiti Isreal memberi semula gelaran profesor kepada Aziz Bari!

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Apa beza Aziz Bari dengan Khoo Kay Kim dan Ungku Aziz?

Mereka ini profesor tapi pada tahap dan makam yang berlainan.

Aziz Bari tidak lagi boleh digelar profesor.

Ada penyokong Pakatan Rakyat tidak puas hati bertanya kenapa Khoo Kay Kim dan Ungku Aziz dikekalkan gelaran profesor sepatutnya bila bersara mereka pun tidak boleh digelar profesor!

Seorang ahli akademik yang akan terus boleh menggunakan gelaran profesor selepas keluar dari lapangan akademik (institusi) apabila beliau dianugerahkan Profesor Emiritus (cth : Prof Emiritus Khoo Kay Khim ) dan Profesor Diraja (cth ; Pro. Diraja Ungku Aziz).

Sekiranya mereka dianugerahkan gelaran seperti di atas tadi boleh guna gelaran selepas bersara sekiranya tiada, cuma profesor sahaja, kalau Aziz Bari diambil kerja di IPT lain sahaja barulah beliau boleh menggunakan gelaran itu semula.

Kalau hendak juga guna gelaran profesor, IPT yang baru kena lantik Aziz Bari dulu dan sumbangan journal kepada IPT tersebut baru gelaran boleh diberikan. Ianya tidak boleh diberi gelaran secara automatik apabila menyertai IPT baru.

Dalam negara, Profesor biasanya adalah nama gelaran jawatan pensyarah senior sebagai Ketua Jabatan/Fakulti. Biasanya pakar dalam bidangnya. 

Prof. Emeritus gelaran apabila dia pencen dalam jawatan. Prof. Diraja anugerah dari YDP Agung. 

Orang yang berhenti atau kena berhenti tidak layak lagi guna gelaran professor. 

Ungku Aziz dianugerahkan Profesor Diraja, iaitu satu gelaran yang diberi seumur hidup atas sumbangan besarnya kepada negara.

Gelaran Profesor, memang untuk penjawat awam.. Sama seperti Prof  Khoo Kay Kim..

Ungku Aziz dan Khoo Kay Kim tidak suka buat kenyataan politik pandir seperti Aziz Bari mempertikaikan keputusan Sultan Selangor, Sultan Perak dan Azizan MB Kedah.

Aziz Bari kuat sangat memburukkan UMNO dan kerajaan yang diberi mandat dan sah memerintah.

Pakatan Rakyat perlu membela pengorbanan Aziz Bari.

Anwar Ibrahim boleh menguna pengaruhnya yang rapat dengan Israel agar universiti-universiti Isreal boleh melantik Aziz Bari sebagai profesor semula!

9 comments:

Anonymous said...

Salam.....

Ada yang koi rasa tak betul atas apa yg awaok tulis tu. Gunakan lah fakta yg betul. Banyak kan buat rujukan. Ni kalau org tak tau apa2 baca awok punya tulisan ni... deme ingat betui semua... tp yg nyatanya ada yg tak betul..
Kalau awaok penasihat ekonomi dan politik DUN Tahan tu... terus kan la beri nasihat kat YB awaok tu ajer...Wallah ualam...

Anonymous said...

Kas setuju....wzwh perlu masuk kuliyyah semula dan buat research agar dapat nasihatkan YB. Tahan..

Anonymous said...

apa beza Cikgu Wan Zamzuri dengan Cikgu Pian ? Cikgu Wan Zamzuri ada duit juta-juta dalam bank . Cikgu Pian tak der . ha ha ha ha lawak jer wehhhh ....

Jerayawara said...

saudara wzwh pohon dilinkkan blog ini...

http://jerayawaragadis.blogspot.com/2012/01/penyelaras-dun-damak-dipecat.html#comment-form

terima kasih...

Anonymous said...

blog meraban ni..

Anonymous said...

Orang yang paling aku respek ialah PROFESSOR SERBA TAU kat majalah GILA-GILA.

Anonymous said...

bukan semua org sanggup berjuang kerana perjuangan byk risikonya...

antaranya...di lucutkan jawatan...digantung jawatan....di fitnah...dsbnya.....

kalau takut pada itu semua...harus kata 'iya... apa yg boss buat dan cakap betul belaka...'cepatla naik pangkat atau senangla dapat projek....

berani kerana benar...kalau Dr Aziz fikir anda benar......teruskan berjuang...pangkat/harta tak boleh di bawa mati......

Anonymous said...

kecuali jerayawara,lain yg komen suma,belajar tak kemana,jgn citer aa master,ijazah..taraf bacaan pun majalah gile-gile je,pastu cakap 'koi rase ade yg tak betul' hape yg tak betul pun tak berani ulas,pembacaan lemah cuma yang jelas,HASAD,SANGKA BURUK DAN DIPENUHI 'PIKIRAN NEGATIF' TARAF BERLUMUT SBB DA LAME BENOR BEGITU..aduhai orang-orang ku..

Anonymous said...

click to find out more e4p14x3h55 replica louis vuitton bag replica bags online s9b20l9d80 7a replica bags wholesale why not try these out m4r34u7e03 replica bags online uae Get More Info b0c54p9u82 buy replica bags online replica bags india l9b98m5m03

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024