Tuesday, January 24, 2012

Kenapa Blog Pembangkang Pahang Menyerang Isu Aktiviti Korporat MUIP?

Hotel MS Garden Kuantan yang mahu dibeli oleh MUIP telah dijadikan isu sensasi oleh beberapa blog pembangkang Pahang.

Akhir ini blog pembangkang Pahang suka menyerang isu aktiviti korporat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Aktiviti pembelian Hotel MS Garden, Hotel Berkonsepkan Islam di Jerantut, dan properti serta ladang.

Blog Pahang Daily Online dan Pahang Selamat Rakyat Nikmat menulis sila klik sini dan sini.

Blogger-blogger ini bila berbicara mengenai MUIP hanya nampak sumber MUIP hanya kepada pengutipan dan pengurusan wang zakat sahaja dan mempersoalkan patut hasil kewangan disalur kepada asnaf dan sekolah agama rakyat.

Sumber kewangan MUIP banyak dihasilkan dari properti, sewa bangunan, dan ladang.

Pembelian Hotel MS Garden itu yang dalam peringkat perbincangan dari pinjaman bank bukan dari duit zakat.

Soal pegawai ekonomi MUIP itu orang Kelantan tidak timbul kerana perkhidmatan yang cemerlangnya. Seperti juga Yayasan Pahang Plantation mengaji seorang CEO dari Terengganu yang cekap.

MUIP memang dibenarkan boleh berniaga dalam enakmen.

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditubuhkan pada tahun 1926 telah mengalami pelbagai perubahan dari tahun ke tahun. Sehingga ke hari ini Majlis Ugama Islam Pahang telah melangkah ke era pengkorporatan di mana Majlis Ugama Islam telah dibenarkan berniaga sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991, Seksyen 4(1) yang berbunyi:-

“ 4(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.”

Di bawah naungan dan teraju kepimpinan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang terus berkembang maju seiring dengan pembangunan dan kehendak semasa untuk memenuhi keperluan syarak dan umat Islam masa kini. 

Sungguhpun baginda Tuanku Sultan Pahang tidak lagi mempengerusikan Mesyuarat MUIP, Baginda terus mengikuti perkembangan MUIP dan kemajuan syiar Islam di negeri ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama bagi Negeri Pahang Darul Makmur telah menjadi sumber inspirasi dan penggerak utama dalam menjana kemajuan syiar Islam dan pembangunan Ummah di Negeri Pahang.

Kenapa blog pembangkang Pahang menyerang isu aktiviti korporat MUIP? Itu memang agenda halus dan tersembunyi pembangkang dalam menawan Pahang pada PRU 13. Pembangkang menjanjikan tanah percuma kepada rakyat Pahang sekiranya menang!

17 comments:

Anonymous said...

Bagus WZWH. Kome setuju dengan pandangan WZWH yang tak kesah siapa yang uruskan sesuatu badan kerajaan seperti MUIP dan Yayasan Pahang. Tak kesah dia tu orang Kelantan ke, Terengganu ke yang penting diurus dengan baik. Maklumlah bukan senang orang Pahang nak terima orang luar ni. Macam di Jerantut WZWH sendiri main isu orang Kelantan padahal Dr Hamza dan Dato' Tuan Ibrahim tu, dua2 dilahirkan di Batu Balai. Kome tabik dengan orang Kelantan terutama PAS Kelantan. Dalam keadaan deme ramai tokoh, mereka boleh terima orang luar bahkan bukan diperanakkan di Kelantan pun untuk bertanding di Kelantan seperti Prof Dr Zulkifli, Abu Bakar Hamzah dan Ustaz Nasarudin Mat Isa bertanding di Bachok, Mat Sabu di Nilam Puru, Dr Daeng Sanusi di Rantau Panjang, Dr Hatta di Kuala Krai. Ini lah hebatnya orang Kelantan.
Lagi satu kome nak komen fasal PAS nak bagi tanah lot rumah pada rakyat Pahang yang memerlukannya. Mana bagus bagi lot rumah seluas 100 ekar kepada 800 orang rakyat Pahang dengan bagi 100 ekar kepada seorang pemimpin UMNO. Lu fikir lah sendiri. Kome ni orang Pahang. Dah tak kesah dah kali ni. Kome sokong ABU (Asal Bukan UMNO).

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 10:03,
Tolong dedahkan siapa pemimpin UMNO yang dapat tanah 100 ekar itu. Mana buktinya?

Tanah State land ke, tanah PSK ke, bagi macamnana lease atau freehold, percuma ke bayar.

Kalau Anon ada bukti dedahkan pemimpin UMNO ini, WZWH nak tahu.

Betul ada nama pemimpin-pemimpin UMNO ini pada rekod PTG dan Pejabat Tanah?

Anonymous said...

Nizar bagi lot tanah kepada 149,000 rakyat Perak dengan keluasan tanah 10,000 ekar tapi UMNO bagi kepada 2 3 orang kroninya dengan keluasan 22,000 ekar. Macam di Jerantut ni tak yah lah bagi nama-nama pemimpin UMNO yang dapat tanah. Ada yang dapat kononnya nak tanam tebu, nak tanam macam2 tapi itu hanya helah saja. Yang sebenarnya nak rembat balak. Jandi tak yah lah Anon bagi bukti. Dah terang lagi bersuluh. Orang kampung semua dah tau. Tanak di Ulu Cheka, tanah di Kg. Sempadan, Kg. Baru dan Tanah di area DUN Tahan lagi banyak.

dobit127 said...

entah kawan juga dengar ramai pemimpin umno dapat tanah banyak. tapi sayang,hanya setakat cakap jer. kepada yang tahu, tulislah kat sini sesiapa yang dapat tanah tu. x kiralah pemimpin tu ker, bini dia ker, kroni dia ker, sape, yg tak layak tapi dapat. tulis sini, kita minta wzwh tolong check. kalau wzwh sendiri pon ada tanah, nanti kawan sendiri pergi check.

Anonymous said...

sape ckp org pahang susah terima orang luar,orang pahang la paling senang menerima orang luar di malaysia ni selepas orang selangor.ce anon diatas tengok berapa banyak orang kelantan,terengganu,kedah selangor dan semua negeri dalam semenanjung ni tinggal di pahang.berapa banyak tanah haram yang diteroka orang kelantan sampai ade kampung kelantan lagi.orang pahang tak kisah pun,itu belum kira kampung orang terengganu lagi,dalam felda di pahang semua negeri ada kecuali orang sabah dan sarawak. susah nak cari sebaik orang pahang ni.kenapa di kelantan orang nak mohon tanah mesti ic 03?takpun kena menikah dengan orang kelantan je yang dapat mohon tanah.kalau nak bukak kampung jangan harap nak dapat,sedangkan yang mohon pun melayu islam jugak.semua negeri dalam semenanjung orang luar boleh mohon tanah kecuali kelantan?apa bezanya melayu kelantan dengan melayu negeri lain

Anonymous said...

Teghima ajerklah, yong pindik lagik memindikan, yang bucit lagirk mebucikan, yong putih lagik memutihkan ghambutnya. Sapai masenyerk apuslah dierk... idup tork menukat laget...

Anonymous said...

Salam Engku Zuri,

Saya berpendapat MUIP sepatutnya memainkan peranan yg lebih cemerlang dan berkesan dalam usaha membangunkan modal insan di negeri Pahang. Pembangunan sektor ekonomi dan hal-hal lain biarlah diuruskan oleh Yayasan Pahang dan lain2 agensi yg lebih bertauliah.

Dari pemerhatian saya sejak sekian lama, anak-anak muda/pelajar di negeri ini agak ketinggalan dari segi syllabus pembelajaran sekolah agama berbanding negeri Selangor ataupun Johor. Seharusnya perkara seperti ini yg menjadi asas dan matlamat MUIP untuk memperkasakannya. Bukannya bidang perhotelan dan lain2 perniagaan yg mereka bukan ahli dlm bidang tsbt.

Orang melayu mesti berilmu supaya tidak terus hidup tertipu dan merempat. Siapa kaum pemodal yg menguasai ekonomi di Bandar Jerantut? YB Atan dan Engku Zuri hanya pencacai kaum pemodal yang tamak haloba...insaflah wahai saudaraku. Kalian bukan hidup menongkat langit. 10-30 tahun lagi YB Atan dan Engku Zuri mungkin sudah tiada...apa lagi yg tinggal untuk anak-cucu kita kalau semuanya telah dibolot kaum pemodal. Cuba fikir-fikirkan...

bat8 said...

Anon 4,13

Undang-undang tanah negeri kelantan adalah legasi kerajaan PAS dibawah Allahyarham Dato Asri hasil dari pandangan jauh beliau untuk mempertahankan tanah milek orang melayu kekal di tangan orang melayu.

Melayu ni tak kiralah melayu kelantan ke,pahang ke,perlis ke memang senang dipujuk untuk menjualkan tanahnya terutama kepada bukan melayu jika ditawarkan dengan harga lumayan. Kini tanah-tanah melayu yang bernilai dibandar-bandar dinegara ini semuanya terlepas. Kelantan masih lagi dapat mempertahankan tanah-tanah ini. Kita sepatutnya turut berbangga kerana sebahagian besar tanah di bandar kota bharu dan pekan utama di kelantan masih ditangan melayu.

Soal tanah adalah dibawah bidang kerajaan negeri. Kerajaan PAS dibawah Allahyarham Dato Asri telah mengubal undqng2 sebegitu untuk menjaga kepentingan orang melayu kelantan. Kerajaan Negeri2 lain juga boleh berbuat demikian tetapi memilih untuk tidak melakukannya. Jadi untuk menyalahkan kerajaan dan rakyat kelantan adalah tidak adil.

Perlbagai helah dibuat oleh orang bukan anak kelantan untuk membeli tanah di kelantan. Yang bukan melayu akan membeli tanah dengan menggunakan nama anak tempatan dsb.

Kalau tak silap saya, orang bukqn org kelantan boleh membeli tanah di kelantan dengan syarat mendapat kelulusan kerajaan negeri. Ramai permastautin yang berkahwin dengan org kelantan membeli dgn cara ini. Rasanya ia adalah satu langkah yang baik. Tengok kat kl,pj- hampir kesemua tanah orang melayu telah jatuh ketangan bukan melayu

bat8

Anonymous said...

Adinda tiba-tiba puji pulak orang luar ni, ok lah! Cuma abang nak tanya apa kayu ukur kecemerlangan itu? Untung? Keluasan? Atau keberanian mencuba yang baru?

Anonymous said...

Aku pon ada dengau2 juger ada urang di kola tahan tu sampai tak tahu dimanenyeh tanh die yang adernyer cuma geran tanah di ghumahnyer belambak2... itu pon kalar gon tak pecaya pegilah kat pejabat tanah jerantut gon tanyerle saper urang kola tahan tuh. Lepasitunyer gon tanyele sapa die yang jadi musang bebulu "babi" eh... eh... salah bebelu "ayam". Ingat gatek ke komeh nih.... hok sekin mintak nak gatek ke tanah nak nanam sikit2 jer nak buat makan masa nih ajer tanam ubi ambik pucuk nak cicah dengan ikan sia... sambal asam rong...

Anonymous said...

Kawan setuju bebenau tulisan engku kali ni mengenai perenggan terakhir. Bye bye, sayanora, waiaiteniee, kit tau rai, sa sa puik lak amano @ be end...

Anonymous said...

Salam semua,

Serangan kapada[MUIP]adalan serangan
politik.Yang menyerang bertujuan
memberi gambaran buruk bahawa [muip]
tidak diurus dengan baik atau tidak
amanah..,,dan lari daripada perinsip
Islam.Itulah tujuan sebenar mereka..

Kita faham,mereka2 ini adalah terdiri drp orang2 yang mengaku lebeh Islam drp orang lain.Mereka
tergolong orang yang hanya menerima dan bukanya orang yang
boleh memberi sumbangan,,,,boleh
kita lebelkan mereka ini sebagai
peminta sedekah bermodalkan ceramah2 politk yang diselang selikan dengan unsur2 keagamaan...
untuk memperagakan bahawa mereka
sangat alim dalam semua bidang...
Orang yang kurang bijak dalam hal2
agama akan terpadaya dengan tipudaya mereka.Golongan ini juga
yang tidak mengeluarkan fitrah pada amir yang dilantik [MUIP] dgn
alasan wang itu disalahguna dan tidak mengikut cara Islam....banyak
berlaku dinegeri kita ni...

Anak jati Pahang tidak bodah ,jauh sekali drp dungu...kami dididik dengan sikap terbuka dan sedia memberi pertolongan walaupun kami
tahu sikap itu sangat rugi dalam
bentuk ekonomi dan politik jangka
panjang.Contoh ,,, mengapa kami korbankan tanah kami untuk rancangan Felda dan kami benarkan
semua anak negeri lain memiliknya,,,.Bayangkan jika kami
pajak tanah yang diberikan kepada
Felda dan Tabong Haji kapada skt
sewasta....dengan herga sewaan yang lebeh tinggi,,,berapa wang kami dapat.Tanah2 yang kami beri
kapada Felda sahaja lebeh luas drp
negeri Melaka campur Perlis,,,,bukankan tangan yang
memberi itu lebeh baik drp tangan
yang menerima...Tiada yang lebeh
berherga selain dari tanah..Adam
pun dicipta dari tanah...Kami bukan bodoh,,,,kami bukan jahilliah dan tidak assabiah....
tabik cakap macam puak waliseliper,,,

Ada yang mendakwa taraf pindidikan
kurang cenerlang,,, tak macam setengah negeri,,,,buruk2 negeri
Pahang tak serah Kolej Islam Pahang kapada Kerajaan Persekutuan,
masih mampu menanggong kos pengurusan sehingga kehari ini ..
Nilam Puri telah tersungkur,,,sebab
apa? ,,sebab tak mampu ,,cakap saja
lebeh...tapi tak upaya,,.Orang yang
pertama dapat PHD dalam bidang FIKH
dari U Azhar ialah Dr Saudi orang
Pekan,PHD Usulluddin pertama drp
U Azhar YBH Tan Shukur orang Tebing Tinggi Jerantut,sekarang pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan,,.tak bodoh sangat..yaa.

Jangan hairan dengan janji hedak beri tanah percuma, sikitpun tak
pelik,,,,Syurgapun janji boleh bagi
jika sokong mereka...janji seribu janji...orang tengah mabuk kuasa,cinta kuasa begitulah.Nizar
bukan beri tanah, dicuma memberi pajakan 999 tahu kapada kg:Baru Cina dan amat sedikit kapada Bumiputra....,semak balik perkara
sebenar,,,.Itulah perancangan DAP,,, janganlah kita gembira cerita itu.Sangat memedehkan kapada
kita dalam janka panjang,,,,ada faham puak2 waliseliper dan peminat
buntut...?.Mereka janji begitu sebab mereka yakin anak sudara
Waliseliper diBatu Balai akan jadi
MB Pahang,,,,,raya sakanlah puak2 ni.Jauhkan ALLAH hendaknya,,,

Gasing Toyong...

Anonymous said...

pejabat agama islam pahang kat kuantan tu pun dhaif dan menumpang...

ada hati ke nak uruskan hotel 5 bintang plak?...

bagus juga beli.... separuh hotel tu boleh jadi pejabat agama islam pahang....

Anonymous said...

Anon 4:39'

Biar betul,anda kata Pejabat Agama
Islam Pahang diKuantan? .Pejabat Agama Pahang diPekan ya...Tak caya,,,
semak balik ya,,, jangan lemah sangat,, malu...malunya,,,

Sedang Hotel 5 star susah sangat
hendak urus.Malaysia orang Pahang
urus ,dah dua orang ,orang Pahang
urus Melaysia,,, anda saja yang
tak ikut keadaan semasa...

Jangan tak tahu yang hendak beli
Hotel tu bukan Jabatan Agama Negeri Pahang,,,.Majlis Agama Islam
Pahang yang cadang hendak beli,ya..
Majlis Agama Islam ada cabang Pelaburan.Segala pelaburan akan
ditapis oleh Jawatankuasa yang
menentukan halal setiap pelaburan.
Saorang drpnya ialah YBH Tan Sri Dr
Shukur,,,orang pandai,bukan pandir ya..

Gasing Toyong.

Anonymous said...

di kelantan orang melayu luar tidak dibenarkan mohon tanah tapi dinegeri lain orang kelantan bebas mohon tanah.bukak tanah haram kemudian mohon tanah,senang je dapat.tapi di kelantan jangan mimpi la orang melayu luar nak buat begitu.inikah yang dikatakan pemerintahan islam?yang bersifat asabiyah kenegerian yang melampau.rasul kita membenci sikap sebigini.semasa penghijrahan ke madinah,puak muhajirin dan ansar diseru untuk bersatu bukannya seperti di kelantan yang hanya mementingkan orang kelantan saja

hitam itu arang said...

duit zakat beli hotel?????
banyak tu....

Anonymous said...

Saudar hitam itu said,

Kalau anda diJerantut,anda akan jumpa sebaris kedai [MUIP] dan
sebuah hotel.Di Kuantan dalam bandar
ada 7 pintu kedai 3 tkat,tempat lain
saya tak pasti.

Itulah cara [MUIP] melabur dan
saham2 yang dihalal oleh Majlis
Patwa,simpan tetap dibink mengikut sistam perbinking Islam,itulah
cara yang dibuat.Kalau harap duit
zakat fitrah sahaja,,,jawabnya
tak bergeraklah [MUIP].Rakyat Pahang yang Islam tak sampai sejuta.Itulah wang kita bagi kapada
amil dan asnaf yang lapan disamping
kita gunakan juga untuk tijuan badan2 dakwah,,,ada faham ,cuba
berseh kan hati sikit,,,boleh.Jangan lebeh sangat
persangka buruk.[MUIP] dipantau
mereka2 yang dalam pengtahwan Agama yang tidak berfikir berdasar
kapada parti,,,,.Jangan libtkan
[MUIP] dengan politek ya..

Gasing Toyong.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024