Sunday, March 4, 2012

Percaturan PRU 13 : Proksi AS Lawan Proksi China?


Tun Mahathir mula memperkata 'politik pertukaran regim' sila klik sini.

Beliau melahirkan kebimbangan Malaysia akan turut menjadi sasaran ‘pertukaran regim’, dan calon pilihan yang akan diberikan sokongan penuh AS, adalah Anwar Ibrahim.

Dr.Chandra Muzaffar menjelas dengan panjang lebar lagi 'pertukaran regim di Malaysia'  sila klik sini.

Pertama, walaupun Najib mempunyai pertalian dan kemesraan dengan pemimpin-pemimpin formal (formal state) dan negara formal dalam sistem kerajaan AS, yang nyata, Anwar tokoh yang dirasai mempunyai pertalian lebih intim dengan kuasa sebenar (deep state) dalam sistem kerajaan AS. 

Kedua, antara sebab Anwar dijadikan ‘anak emas’ oleh kuasa sebenar AS kerana pendirian beliau berhubung Israel. Dalam satu wawancara dengan Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, beliau mengulangi sokongan kepada “semua usaha melindungi keselamatan negara Israel.”

Ketiga, Anwar menjadi pilihan kuasa sebenar AS kerana beliau dilihat sebagai faktor yang semakin penting bagi Israel dalam konteks kebangkitan China dan pengertiannya dalam struktur hegemoni global AS.

Apakah usaha untuk menyekat dan mengehadkan kuasa China akan menjadi lebih mantap dengan penguasaan ke atas Selat Melaka? Dalam hal ini, siapakah sekutu yang diyakini di Kuala Lumpur akan dapat merealisasikan harapan tersebut?

Dalam pengertian ini, AS berpendapat pucuk pimpinan yang ada sekarang tidak sesuai bagi tujuan tersebut.

Ini kerana Malaysia terbukti telah mewujud dan mengekalkan persahabatan melalui peningkatan perdagangan dan pelaburan dengan China. Kini China rakan perdagangan global paling besar Malaysia, sementara Malaysia pula rakan perdagangan paling besar China di rantau ASEAN.

Dalam pada itu, China masih ingat betapa Malaysia di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak muncul sebagai negara bukan Komunis pertama di Asia Tenggara menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara itu pada 1974. Apabila anak beliau, Najib menjadi Perdana Menteri pada April 2009, China negara pertama di luar ASEAN dipilih beliau untuk dilawati.

Selain itu, di beberapa forum serantau dan antarabangsa, Malaysia sentiasa menyatakan China bukan ancaman kepada negara-negara jirannya dan China tidak berhasrat untuk mendapatkan kuasa dominan global.

Ini antara pandangan-pandangan yang tidak disetujui atau disenangi oleh kuasa sebenar AS. Pada mereka China tetap musuh yang perlu diawasi, maka disebabkan ini mereka mahukan pertukaran rejim di Kuala Lumpur.

Malaysia after regime change – Thomas Pepinsky  sila klik sini. Thomas Pepinsky adalah  assistant professor of government at Cornell University, Ithaca, NY,USA.

Pepinsky menyatakan..."Prime Minister Najib’s government has struggled to protect its now-fragile majority. After four years of renewed opposition activism, rumours of defection from UMNO , and the recent acquittal of opposition leader Anwar Ibrahim, Malaysians will have the chance to vote the BN out of office once and for all".


Pepinsky menulis tentang kerajaan post-BN selepas PRU 13 dan peranan PAS mengantikan UMNO.

DS Najib tidak suka AS bersikap begini kalau benar AS mahu mengubah regim dan menaikkan Anwar Ibrahim.

DS Najib pun tidak suka dilabel sebagai 'proksi China'. Tetapi kalau pelobi Zionis mahu AS menukar regim maka DS Najib terpaksa mempertahankan BN habis-habisan dan China perlu membantu.

China tahu Anwar Ibrahim sebagai PM tidak membantu kepentingan China. 

Anwar Ibrahim claim 80% pengundi Cina menyokong Pakatan Rakyat. Persoalannya siapa pengundi Cina mahu sokong proksi AS atau 'proksi China'?

PRU 13 menjadi lebih menarik antara percaturan proksi AS lawan 'proksi China'. 

PRU 13 adalah "pilihanraya yang paling meriah' dalam sejarah PRU Malaysia.

7 comments:

Anonymous said...

WZWH,

1. Apa yang TDM nak kata ialah kita hendaklah mengekalkan UBN selamanya. Yang paling penting ialah memastikan UBN terus memerintah agar anak cucunya dapat membentuk satu dinasti politik yang akan terus menjadi PM.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:09,
Hati kecil WZWH menyatakan Najib will be last PM's son jadi PM. No more dinasti politik in Malaysia. Anwar Ibrahim kena buktikan, Lim Kit Sing kena buktikan, Karpal Singh pun kena buktikan TIADA dinasti politik. Kalau tidak POODAH semuanya...

Anonymous said...

Kalo Najid adlh anak PM terAkhir jd PM Lps nie WZWH ke jd PM??? Hahaha.....

wonder why said...

Saudara WZWH,

Tonjolkan image saudara supaya dapat dalam senarai winnable candidate, baru betul. Ini pula tonjolkan nama calon, yang kebersihan dan ketokohan yang banyak bermasalah.Mana bolih jadi winnable candidate.

Anonymous said...

whwz mane layakkkkk, ketrunan diaaaaa heeee

Anonymous said...

Salam,

Saya berpendapat,Najib tidak disukai
Amerika bukan sebab dasar ataupun
cundong kapada Cina,,,,,, .Amerika
dibawah tekanan Israel,sebab ekonomi
Amerika dikawasai rakyat Amerika
keturun Yahudi,,,, bukankah Yahudi
menentukan siapa boleh jadi Persident?,,,,,.

Anuar sebagi alat saja,,,,Yahudi dan Amerika tak suka Malaysia sudah lama ,,,sebab Malaysia Negara
Islam yang paling kedepan dalam banyak perkara diperingka dunia.
Malayasia juga merupakan benting
utama Agama Islam disebelah Timor.
Lihat peranan Malaysia diselatan
Iailand dan di Pelepino,mengapa
Malaysia dipercayai oleh kedua dua
negara tersebut sebagai ?,,,.Ini
bermakna Malaysia dipercayai oleh
negara jiran,,,mengapa tak pileh
Indonesia ?,,,.

Runtuh Malaysia akan pudar Islam
disebelah timur,,,,itulah tujun
Yahudi dengan kerjasama Amerika,,,
Sebab itulah Anuar puak PR berpolitik sangat bertentangan dgn
Islam,,,.Contohya fahaman pularesma,gay dan sex bebas dan
banyak lagi yang jelik dan tidak
sesuai dengan Malaysia sebagai
Negara Islam....


Gasing Toyong...

Anonymous said...

i stuju dengan pandangan saudara/i tanpa nama di atas..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024