Saturday, March 3, 2012

Projek-Projek Bernilai Tinggi Pahang


Pahang negeri terbesar di Malaysia Barat. Ekonominya masih ketinggalan jika dibanding negeri-negeri Pantai Barat.

Negeri yang luas dan kaya dengan sumber asli belum dimajukan potensi sepenuhnya. Pahang perlu economists dan investors bagi memecutkan pertumbuhan ekonominya.

Fikir...apa Francis Light fikir dan rancang bila lihat Pulau Pinang?. Kaji...apa Stanford Raffles nampak potensi Singapura pada abad ke 18?

Hari ini Pulau Pinang dan Singapura maju mengatasi Pahang!

Apa ECER punya pandangan jauh terhadap kemajuan ekonomi Pahang? WZWH tidaklah mengharap ECER boleh transformasi Pahang maju mengatasi Pulau Pinang dan Singapura.

Memadailah ECER mampu membetulkan ketidakseimbangan Wilayah ECER dengan memacu pertumbuhan ekonomi Pahang dan melalui projek-projek bernilai tinggi mampu meningkatkan pendapatan, mengurangkan kemiskinan melalui  penjanaan pekerjaan dan prospek keusahawanan.

Mari kita lihat projek-projek bernilai tinggi Pahang:

  • Integrated Transport Terminal Bandar Tun Razak Jengka
  • Strategic Implementation Plan for Taman Negara Jerantut
  • Mantenance of Taman Negara Jerantut
  • SME Centre Pekan
  • Cattle R&D Innovation Centre Rompin


Projek-projek ECER boleh diringkaskan:
  • 67 projek RMK-9
  • 36 projek RMK-10 RP 1
  • 9 projek RMK-10 RP 2
  • 14 EPP


Pada suku pertama tahun 2012, ECER berjaya menarik pelaburan swasta RM2.1 bilion ke Pahang. 

Pelaburan yang diluluskan di Pahang dari tahun 2009-2011 berjumlah RM3.4 bilion.

Sektor Pembuatan:
  • Pekan Automotive Park
  • Gambang Halal Park
  • Palm Oil industrial Cluster Gebeng
  • Pahang Technology Park


Sektor Pertanian:
  • Cassava(ubi)
  • Goat and sheep
  • Dairy Cattle
  • Aquaculture


Sektor Pelancongan:
  • Urban/Coastal Tourism
  • Island Tourism
  • Ecotourism


ECER Special Economic Zone (SEZ) "Greater Kuantan".

Sejak 2007-2011 RM20.9 bilion pelaburan telah diluluskan dalam Wilayah ECER termasuk Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor menjana lebih 27,800 pekerjaan.

Rakyat Pahang boleh menyertai projek dan program ECER mengikut banyak peringkat peluang-peluang yang disediakan.

Bila DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengumumkan bagi sektor utiliti dan teknologi hijau bahawa Pahang serious mahu memajukan sumber tenaga dari hidro dan solar maka akan datang menyusul banyak projek-projek mini hidro, SREP, Hidro dam, solar farm yang memerlukan pelaburan besar berbilion-bilion.

Demikian secara ringkas projek-projek bernilai tinggi Pahang.

6 comments:

Anonymous said...

NTAH LA...ON PAPER NMPAK CANTIK. TP BILA TENGOK KEADAAN JALANRAYA DI SEKITAR JERANTUT RASA2NYA TAHAP NEGARA MAJU 2020 (8 THN AJE LG TU...) MASIH JAUH DARI PAHANG...

Anonymous said...

wawasan 2020?aku rasa takkan tercapai.bukan pessimistik tapi realiti.datang la kat pahang,antara negeri termundur.hakikat.pembangunan asyik kat kuantan pekan kuantan pekan kuantan kuantan kuantan gebeng kuantan kuantan.hahaha

Anonymous said...

Aku rasa nak maju Pahang ni infrastuktur ke up dulu.Perasan tak yang maju Kuantan,Pekan,Temerloh sikit pastu ada la Bentong sikit2.Sebab ada highway KL-Kuantan.Daerah belah atas Lipis Jerantut Jengka Raub macam haram.Lalu tepi jalan kiri kanan banyak lagi orang hidup susah.Daerah belah bawah Bera,Rompin pun sama.Cuba buat highway dari Merapoh-Lipis-Bentong-Karak-Kuala Pilah,tentu Pahang Barat maju,tempias ekonomi negeri jiran Kelantan dan Negeri Sembilan.Kalau highway dari Gambang-Muadzam-Johor,maju pulak daerah belah selatan.Kalau jalan Jerantut-Ulu Tembeling-Dungun ada,tempias ekonomi Terenganu ke Jerantut.Kalau ada highway Kuantan-Sg Lembing-Jerantut-Lipis-Cameron-Ipoh,lagi la cun.Ape??Takde duit nak buat. habis,duit rakyat selama ni hilang ke mana?Negeri paling besar,sumber alam berlambak,takkan miskin kot.Fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Setuju, bila lalu jalan percuma 4 lorong Kuantan- Jabor-Sg. Ular (Cherating)..rasa macam maju Pahang ni. Tapi bila tengok Jalan dan pembangunan dari Muadzam - Rompin - Gambang..rasanya banyak lagi yang kerajaan kena buat. Selagi jalan Muadzam 2 lorong yang sendat dengan lori, bas ekspress dan kawasan kemalangan maut...rasanya lambat lagi Pahang - Rompin, Gambang nak maju. Kalaulah Lynas bayar cukai rm500 juta pada kerajaan dah tentu kerajaan ada duit untuk prasarana jalanraya....apa boleh buat 12 tahun duit Lynas tak dapat....

Anonymous said...

Setuju sangat, balik2 yg nak dimajukan adalah Kuantan dan Pekan, kalau ikutkan Temerloh pun patut lagi dimajukan sebab strategik antara ibu negeri dan ibu negara! Pelaburan asyik ke Kuantan/Pekan, rakyat Phg di daerah lain dah muak, kalau mcm ni berterusan, bg peluang pd kerajaan baru memerintah!

Anonymous said...

Entah ape2 kerajaan ni buat pembgunan dah bgus tp semuanya kedai je..lpas tu projek perumahan..harga yg owg yg mampu je utk beli.. tempat nak habiskn duit je bnyak tmpt perkerjaan x de.. industri mane???? Stakat
gebeng ckup utk org kuantan je..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024