Monday, March 12, 2012

Task Force MCA Pahang Mengembalikan Sokongan Cina Pahang 60% Demi Ah Jib Gor


Task Force MCA Pahang sudah turun padang mengembalikan sokongan pengundi Cina kepada BN.

PRU 12 sokongan orang Cina Pahang jatuh hingga 30% ke  20% kepada BN. Tumbangnya parlimen Kuantan dan Indera Mahkota serta DUN Teras, Tanah Rata, Kuala Semantan, Beserah dan Triang adalah bukti.

Parlimen Bera, Cameron Highland, Raub, dan Jerantut BN menang majoriti tidak besar.

Pengundi Cina Pahang tidak puas hati mandat PRU 2004 yang diberi sepenuhnya tidak memuaskan hati komuniti Cina.

Kepada orang Cina faktor ekonomi menjadi keutamaan. Jika peluang ekonomi sukar dan disekat mereka akan memberontak.

Stabiliti dan keamanan adalah syarat iklim persekitaran perniagaan yang makmur. Orang Cina tidak boleh berniaga dengan makmur kalau negara tidak aman.

Reformasi Indonesia menyaksikan rakyat yang kacau bilau memusnahkan perniagaan orang Cina Indonesia.

Di Pahang isu anti Lynas dijadikan satu pakatan oleh pembangkang dan NGO bagi menghasut orang Cina Pahang membenci kerajaan. Cerita rekaan, rekayasa, fitnah, bohong, hujah tidak saintifik mahu ditabur kepada orang Cina Pahang supaya menjadi masyarakat yang emosi dan tidak rasional bertindak.

Malangnya ada towkay Cina yang kaya raya di bumi Pahang sanggup menaja pembangkang dan NGO anti Lynas ini. Towkay ini pula tidak senang dan tidak mahu bekerjasama dengan MCA.

WZWH tidak faham apa masalah towkay ini. Duit dalam bank beratus juta tapi mengapa sudah lupa dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung.

Towkay ini pula mahu ada cita-cita mahu jadi YB lepas tu Dato' Seri besar kehendaknya. WZWH cakap cara itu salah. Di Pahang ini kena sama pemikiran dengan MB Pahang, kena ikut PM Ah Jib Gor, respek sama itu Raja.

Kalau dilihat ramai towkay-towkay Pahang yang begitu. Apa masalah? Balak susah dapat lagi ke? Lombong bijih besi sudah beku ke?

PM Ah Jib Gor orang Pahang ada agenda ekonomi untuk Pahang. Berikan masa dan peluang baru towkay-towkay Cina ini bersama pengikut-pengikutnya boleh hidup senang.

Jangan didengar cakap-cakap pemmimpin-pemimpin pembangkang yang mahu menghuru-harakan negeri Pahang dan negara ini.

MB Pahang dan PM Ah Jib Gor punya program-program ekonomi bukan saja mahu tolong semua kaum di Pahang. Golongan pertengahan Cina dan golongan 'working class' Cina turut diberi perhatian. SMI diutamakan. Pelaburan banyak dicari.

Kalau orang Cina Pahang tidak sokong PM Ah Jib Gor macammana mahu bikin program-program ekonomi  itu jadi kenyataan. Itu Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Hadi Awang apa peduli macammana orang Cina Pahang mahu cari makan.

Ini orang mahu cerita menang PRU 13 dan tawan Pahang dan Putrajaya saja. Apa pengisian-pengisian ekonomi untuk rakyat?

Ini orang luar saja mahu cari susah negeri. Baca itu sejarah:

Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad. British mengunakan peristiwa pembunuhan ini untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British (Penasihat) dengan alasan Raja tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang.

Sama juga alasan orang Cina Kuantan boleh mati atau jadi zombi kerana gerakan anti Lynas oleh pembangkang mahu kasi tumbang ini negeri Pahang.

Adakah itu negara China pengeluar terbesar "rare earth" dunia boleh buat banyak orang China mati dan jadi zombi? Tanya sama itu Anwar Ibrahim dia boleh jawab ke?

Orang Cina Pahang bukan sama dengan orang Cina tempat lain. Orang Cina Pahang ada budaya mereka yang tersendiri. Orang Cina Pahang sangat sayang negeri Pahang ini. Kasi percaya sama itu PM Ah Jib Gor.

MCA Pahang telah menyusun taskforce dan strategi-strategi yang WZWH tidak mahu dedahkan diblog ini untuk menarik kembali sokongan pengundi Cina Pahang kepada BN demi kepimpinan transformasi Ah Jib Gor.

8 comments:

wonder why said...

Saudara WZWH,
Towkay cina bukan bodoh yang bolih ditarik hidong.Apakah selama ini semua towkay cina maju atas jasa BN? Yang maju atas jasa BN, bolih dibilang dengan jari, dan ini sahaja dijaga olih BN, dengan pulangan yang mewah.Dari kajian mana sokongan MCA, telah kembali 60% menyokong MCA? Pekara ini yang paling suka didengar olih Ah Jib Kor, walaupun tak betul.Harus berjaga 2 atau 3 kawasan Parliment MCA dan MIC potensi besar tumbang kepada PR. Bagai kawasan UMNO pandai2 awak cari sendiri.Jangan terlalu tinggi puji kepimpinan Najib dan Nan sudahlah. Langit tidak selalu cerah.

Anonymous said...

Bro Zuri, komen oak tu macam bola tanggong sangat.Kehidupan dia orang tu, sejak zaman mula-mula datang lagi, nak dapor berasap dan udara yang disedut selesa.Bila dah ramai, kuasa pulak.Yang fikir sejarah dan patriotisma dan tanah air tu kita.Sekarang kita dah berpecah teruk kerana terjemahan fahaman agama dan tsunami liberalisma Barat yang tak mampu ditanpan lagi. Tak banyak yang dapat dilakukan lagi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. WZWH boleh agak sapa ni.Jangan senyap sangat kat abang ni.

Anonymous said...

cara wzwh mengulas menampakkn bahawa BN telah gadaikn balak,bijih besi dan harta rakyat pahang kpd tokey cina.

Anonymous said...

semalam marah-marah cina.....cakap bodohla apa la....
hari ni minta sokongan cina untuk undi...
pastu cakap cina pahang tak sama cina tempat lain....
aku tak faham mana yg sama dan mana yg tak sama?....

aku anggap kenyataan yg tak cerdik

kalau begitu...
melayu pahang tak sama melayu tempat lain...
islam pahang tak sama dengan islam tempat lain...
umno pahang tak sama umno tempat lain...

kan pelik bunyinya....
Kesimpulannya....umno sekarang dah makin pelik....

jerantutonline said...

Mohon Pautkan, tq
http://jerantutonline.blogspot.com/

Anonymous said...

setuju,Umno sudah semakin pelik..

Anonymous said...

JH Yip Management Sdn Bhd
Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 51200 Phone:03-6274 5352
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK is various bribe money of the Buddhist temple or SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION because he is the president of the Temple; also all the old members, committee and resident monks rejected. Now he hires Myanmar Buddhist monks to guard the temple because the Myanmar monks do not know what he is doing.

We need to complain to the Malaysian Anti-Corruption Commission (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) because this is what makes Buddhism destroyed and of low value in the future, this Datuk Yip Kum Fook also cheats people's money and cheats women for sex everywhere...he also has a lawyer's office in Taman Desa Jaya, Kepong. This office to catch customers and now the internet is full of people's comments and posts

We hope the Malaysian government will act quickly on Datuk Yip Kum Fook, the Chinese community said, he has more houses and money but the property is not his name, it is a name for his relatives.

Share by Ms Ng and friends

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024