Wednesday, May 29, 2013

Apa Pahang Boleh Belajar Dari Transformasi Luar Bandar China?


Hasil dari satu persidangan transformasi luar bandar China di Wuhan melibatkan pakar-pakar dari Jepun, Britain, US dan China.

Topik utama ialah proses permodenan pertanian dan perbandaran (urbanisation) di China dan strategi kerajaan dalam memandu proses ini.

Sumbangan yang menarik dari pakar China  memberi pandangan mendalam bagimana cara pembuat dasar berfikir tentang proses permodenan pertanian dan perbandaran.
 
Usaha-usaha yang bersungguh untuk menghapuskan kemiskinan luar bandar. Ini yang kerajaan BN perlu belajar terutama Pahang melihat bagaimana China buat.

Transformasi sosial di China menjadi isu yang menjadi minat dan refleksi bagi ahli politik Pahang dan birokrat belajar dari pengalaman China.

Pakar-pakar dibawa melawat Wilayah Henan ke dua ladang sayur organik komersial besar. Ladang yang pertama seluas 2000 ekar, terhasil dari perjanjian dengan ramai peladang orang kampung dan kerajaan tempatan.

Korporat tidak memiliki tanah itu tapi ada hak guna tanah selama 5 tahun. Mempunyai 1000 pekerja ladang, kebanyakan dari keluarga peladang orang kampung.

Hasil ladang sungguh berkualiti tinggi dan pengurusan ladang profesional tinggi. Ladang juga mengeluarkan gandum mengikut pusingan dengan sayur-sayuran.

Ladang ini ialah salah satu dari 8 ladang dengan keluasan yang sama dimiliki oleh sebuah syarikat di berbagai wilayah untuk " mengimbangi risiko dan musim". Syarikat ini secara aktif meneroka ladang yang sedemikian di California.

Ladang yang lagi satu juga mempunyai saiz yang sama  tapi jenis usaha koperasi dimana peladang orang kampung memainkan penglibatan besar dalam proses ladang. Ladang ini mengkhususkan buah-buahan, sayur-sayuran dan blueberi.

Ini petunjuk yang baik mengenai masa depan pertanian China: tanah yang dilease, pengunaan jentera yang sederhana, pengurusan pakar, produktiviti tinggi.

Adakah peladang orang kampung berpuas hati? Sudah tentu kerana mendapat pendapatan dari lease disamping membenarkan orang muda berhijrah ke bandar bagi pendapatan yang lebih tinggi di bandar-pekerja migrant dalam bidang industri dan pembinaan.

Bila dibuat perbandingan, Pahang menpunyai agensi Felda, Felcra, LKKP, Ladang Yayasan Pahang dsb bagi transformasi luar bandar Pahang.

Terbukti Felda umpamanya boleh menghapuskan kemiskinan dikalangan para peneroka di Pahang. Ramai peneroka mempunyai pendapatan yang tinggi. Ramai yang mempunyai rumah-rumah yang besar dan cantik.

Saham Felcra umpamanya ada di satu kawasan Felcra di Pahang memberi pulangan RM30,000 setahun kepada setiap peserta. Ada saham Felcra yang memberi pulangan belasan ribu ringgit.

WZWH percaya dari segi pertanian kelapa sawit dan getah, Pahang lebih ke depan dari China. Cuma hasil-hasil seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan lembu,kambing, ayam itik perlu diusahakan dengan lebih giat lagi.

Pengurusan pakar profesional, kualiti baja dan anak benih, produktiviti tinggi, pemasaran perlu ditingkatkan.

Yang paling penting infrastruktur-infrastruktur di luar bandar Pahang perlu disediakan lebih baik lagi supaya kos boleh dikurangkan.

Pakatan Rakyat tidak boleh marah jika pengundi luar bandar Pahang termasuk kawasan Felda menyokong kerajaan BN kerana kebajikan dan masa depan penduduk luar bandar Pahang dijaga.

23 comments:

Anonymous said...

pasal ni saya sokong wzwh.tapi ada yang berebut juga sb tak dapat saham felcra, dan sokong terus pembangkang. serba salah betullah pihak kerajaan.

Anonymous said...

ha ha ha ha ha ha
nak ceduk ilmu orang lain
hakikatnya,
tuan punya tanah di negeri cina adalah orang yang kaya.
di bandar, kerajaan tidak boleh mengambil tanah sesuka hati dan mesti membayar pampasan secukupnya mengikut kadar semasa.
di kampung, kerajaan membantu dan petani berusaha keras.

di malaysia,
orang2 politik yang kaya mengambil tanah.

dobit127 said...

salam.
satu usaha yang bagus ke arah pembangunan ekonomi dan sosiobudaya masyarakat luar bandar. Ia dilihat kepada contoh2 yang terkini yang dilakukan seperti projek kavier di ulu cheka. Walaupon impak hanya terasa di sebilangan orang yang berkaitan tetapi kesan secara jangka panjang akan dilihat bila projek established.

Berbalik kepada isu masyarakat luar bandar dan FELDA, Ahli Parlimen Jerantut yang baru dan ADUN2 yang lama, kenalah berusaha lebih kerana pengundi kali ini tetap memilih BN. Tunjukkan bahawa BN itu parti yang sesuai yang diberi pilihan memerintah.
Jangan berjanji macam--macam tetapi saat-saat akhir projek dipindahkan ke tempat lain. Ia serupa macam menipu. Jangan berkata banyak sangat. Yang penting, kerja itu banyak. Prjek itu banyak.

Ingat!.. masyarakat sekarang ke arah itu walaupon lambat lagi.

Anonymous said...

pasaran terbuka hanya untuk kepentingan adun, mp, putera - wanita umno !!!

usin gampang said...

siapa saja yang memiliki kuasa akan mementingkan diri sendiri dan pengikutnya.

perkara ini dah bermula sejak kerajaan bani umayyah lagi.

tak usah kau heran sangatlah.belum dapat kuasa boleh cakaplah orang lain tak betul.

Anonymous said...

Patutlah usin gampang sanggup mempertahankan bos dia yang tidak jujur.

usin gampang said...

aku tak ada boss.aku bebas.dengan pendapatan aku rm 7000 sebulan tak perlu berboskan sesiapa pun.

mana ada lagi manusia yang benar-benar jujur sekarang ni.semuanya ada kepentingan belaka.

baik umno atau pas atau pkr semuanya bangang termasuklah awak.

Anonymous said...

Jgn takabur dan riak. Gaji RM7k tu jika kamu tak kuar zakat, akan jadi aper hah!!!... Gi haji, belanja anak bini, jgn masok rest tokyo. Jgn joget2. Anak nak .20/= c kena jekah dulu. Gewe nak beli coli, melompay2 seronok. Kah kah kah..

usin gampang said...

jangan tabur fitnah.aku tuntut kat padang mahsyar nanti.aku bukan takbur.cuma nak beri tahu kau orang jangan suka melabelkan orang bila berbeza pendapat.

aku pun dah dua kali naik haji.bini aku ada tiga.perempuan luar tak mainlah.kalau berkenan aku terus gi meminang.

kau semacam ada pengalaman aje beli coli untuk gewe kau.bawak bertaubatlah adinda!

Anonymous said...

terbaik dari usop gampang . aku sokong kanda . asal lain pendapat jer terus labelkan org tu jahat , suka sgt kat fitnah tu .

ko org penah dengar pemimpin pembangkang korang PAS/PKR/DAP ckp mcm ni , jgn baca utusan , jgn baca berita harian , jgn tengok tv1 ,tv2 dan tv3 . Padahal pemimpin korang tu jugak baca dan tgk tv utk spin kan fakta yg sebenar utk kelirukan rakyat waima fakta itu amat berguna utk sekelian rakyat ,,, jd sapa yg suka menabur fitnah .tgk jugak bila BR1M 1 dan BR1M diagihkan sapa dulu yg datang ...

Anonymous said...


usin gampang said...

"aku pun dah dua kali naik haji.bini aku ada tiga.perempuan luar tak mainlah.kalau berkenan aku terus gi meminang.

"kau semacam ada pengalaman aje beli coli untuk gewe kau.bawak bertaubatlah adinda!"

- Selagi kou guna nama usin gampang (as semacam anak luar nikah jer) kas takan berhenti mengikuti loyar buruk kou. Nih kas beri pandangan berupa ala2 nasihat bukan nasihat al maklumlah kou bertitel "al Haj" kas tak main2 dgn title al haj ni. Bila kas kata ada "jgn masok sana sini" kas tak kata kou dah masukan dalam sesuatu. Tapi kou sendiri yang ngaku. Kas pun tak pandai sangat berkata2 bila berkata2 banyak yang dusta. Buanglah nama usin gampang tu semacam kas org Ulu Tembeling ni rasa tak ngaku sedara jer.



Anonymous said...

awok aje otak kuno.asal nama gampang aje otak awok fikir anak luar nikah.nampak sangat kuno.gampang tu maknanya mudah,sede,kacang.

itulah awok.orang ulu tembeling lain dah maju ke depan tapi awok masih otak kuno.

perkara gampang macam ni pun awok tak boleh fikir.

buat usin gampang teruskan menegakkan kebenaran dan tentang perkara bathil yang masih jadi pegangan segelintir pengomen di blog ini.

Anonymous said...

Kehkehkeh......

Kerayan sampai ke sudoh la orang jantet

Anonymous said...

jaga ke benda nya,tak nampak ape pun,kalau setakat bagi duit cikit2 tu adala,benda yang rakyat nak tak pernah tertunai macam hak milik geran tanah,tolongla,tolongla jadi manusia ada rasa kesian kat orang

Anonymous said...

Kas setuju sangat, musim nak ngundi dulu ada holor RM50/=, mintak dulu baru bagi. Ini katanya duit dari calon. Ada pulok kata nak duit pegi kat tok4 pulak. Ada yang terus selok pokit. Macam2 hal belaku. Weh, hok betul sekali dari mana duit tu nak kata haram, menda tu duit. Nak kata halal dari sumber mana pulak. Free ke bantu ikhlas sungguh ke!!!!!. Ada pulok kata peruntukan pengundi luar ada peruntukan RM300/= satu kepala. Kou bayangkanlah. Tapi alhamdulillah, setakat ngundi baru2 ni kas 1/= c tak ambil dari duit sapaer2 pun. Kou subahat tu kou jawab di hari akhir nanti. Inikah yang dikatakan tolong dengan duit sendiri. Kas malas nak ulas panjang. Saper ada nak ulas tolong ulas. Kas tak kiralah sapaer pun. Gampang ker, ketoyong, sapurba, hak hebat tu jawablah. Jika tidak diberi penjelasan sebetul2nya. Kou semua bersubahat. Kas orang Ulu Tembeling jer. Ungndi baru2 ni masih pangkah lagi... Tak taulah akan datang kot kena bawak jala pukat lukah temila belat dan jaring. Kah kah kah.

usin gampang said...

lain kali kena faham konsep rasuah.rasuah akan terjadi kalau boleh mengubah keputusan.contohnya awak suka zakuan nak undi dia.dompok bagi 500.awak pun ubah pendirian pangkah dompok.itu rasuah.awok dengan dompok terjun neraka.

satu lagi contoh,awok suka dompok dan nak undi dompok.dompok bagi 500.awak undi dompok.itu bukan rasuah sebab tidak ubah keputusan dan pendirian.itu jadi sedekah.bagi duit ke tak bagi duit ke awok tetap undi dompok sebab awok suka ke dia.

satu lagi contoh biar awok faham betul-betul apa itu rasuah.

awok suka zakwan.dompok bagi 500.awok ambil.awok tetap undi zakuan.keputusan tidak berubah oleh duit.itu bukanlah rasuah namanya.

nik aziz pun cakap bagi duit ambil.undi tetap bagi pas.

senang ceritalah,rasuah atau tidak bergantung kepada kita.kalau kerana duit kita ubah pendirian atau keputusan maka jadilah rasuah.tapi kalau duit tidak dapat mengubah keputusan kita itu bukanlah rasuah.itu sedekah namanya.

jadi kitalah jadi penentu kepada pemberi duit.samada nak terjun sekali ke neraka bersama dia atau selamatkan dia dan diri kita dengan menjadikan pemberian dia sebagai sedekah!

Anonymous said...

awok tu tuhan ke nk tentukan neraka ke syurga ke dompok ngan usin gampang .paku dulang buah serpih ckp org awok yg lebih . SEMBRONO

Anonymous said...


Sila rujuk Sek 448 KK. Jangan jadi bangang dan budus... Jgn terjemah ikut kemahuan kepala "kote" sendiri.

sheikh alimin said...

sek 448 tu tafsiran dunia.tafsiran akidah betul ke usin gampang.aku rasa usin gampang ni pensyarah universiti la.hujah dia menarik dan bernas.

Anonymous said...

ada 2-3 ekor orang jerantut gaji 7000,
dah lompat katak.
sikit tu bro

Unknown said...

A.B.U = ALLAH BERSAMA UMNO..

Anonymous said...

Orang jantet gaji 7000 tu jika duduk punggung dia tak lekat atas kerusi. Berjalan pun tertenjet2, bila tengok orang kampung yang capek dia akan lari dia nampak jijik. Jika nampak orang tua renta, dia akan katan manaklah anak dia tak ambik cakna kepda mak bapak dia. Inilah perangai orang Melayu. Cakap n pandangan orang tak nak dengar. Dia ajerlah yang betuiiii. Muka tampal kulit babi.

usin gampang said...

inilah contohnya orang yang berhujah kurang kemampuan dan lemah idea.

bila otak tak ada kemampuan berhujah secara ilmiah.maka hujah dia orang berotakkan lidah.

itu yang keluar makian dari mulutnya kerana hanya itulah yang mampu lidah lakukan.

lagi satu,orang yang lemah otaknya hanya mampu melabelkan orang dengan macam-macam panggilan.sebab nak berhujah mematahkan hujah orang lain otaknya tak mampu.beku.

tapi apa boleh buat.lembu tu kalau boleh bercakap dah tentu tak terlawan oleh kita sebab lembu tu otaknya bodoh.jadi lembu hanya mampu memaki hamun ajelah!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024