Tuesday, May 7, 2013

Walau Dilambung Tsunami Cina @ Bandar, Prestasi UMNO Bertambah Baik! DS Najib Teruskan AGENDA...


Alhamdulillah dan tahniah kepada kerajaan BN kerana mengekalkan kemenangan parlimen. Juga tahniah BN kerana berjaya merampas Kedah dan mengekalkan Perak secara sah. Juga kemenangan pada DUN Sabah, Sarawak (sebelum ini), Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis. Hanya Selangor, Penang dan Kelantan sahaja yang tewas.

Orang BN perlu menerima hakikat kuasa 2/3 adalah bahan sejarah global. US, England, Australia, Jepun India gagal mendapatkannya...apa lagi Malaysia yang bukan seperti Singapura dominasi 1ras.

Pertama WZWH tidak mahu polemik definasi tsunami...tsunami Cina? tsunami Bandar?, pilihlah yang mana anda suka.

Cuma WZWH mahu tegaskan walau dilambung tsunami Cina, prestasi UMNO bertambah baik dari PRU 12. Maka DS Najib sebagai presiden UMNO, WZWH harap teruskan AGENDA.

PRU 13 UMNO dapat 88 kerusi parlimen dari 120 kerusi dipertandingkan , lebih 9 dari 79 kerusi pada PRU 12. Maknanya pertambahan 11.4%.

UMNO juga menang 244 DUN lebih 5 dari 239 DUN pada PRU 12. Maknanya pertambahan 2.1%.

WZWH tidak mahu mengulas lanjut tsunami Cina dengan panjang lebar tidak mahu nanti dilabel rasis. Biarkan DS Najib mahu "National Reconciliation" menyelesaikan masalah dan polemik ini.

Dari segi grading WZWH boleh beri:


BN menang 133 kerusi parlimen dengan UMNO yang juga kekal parti terkuat di Malaysia dengan memenangi dan menyumbang 88 dari 120 kerusi yang dipertandingkan iaitu mendapat markah 73%; GRED B. Diikuti DAP yg berjaya mendapat 38 kerusi daripada 51 kerusi yang dipertandingkan iaitu 75%; GRED B, PKR hanya mendapat 30 daripada 99 kerusi parlimen dipertandingkan iaitu 30%; gred F; GAGAL dan dan Pas hanya mendapat 21 kerusi daripada 73 kerusi parlimen dipertandingkan iaitu ‘GAGAL TERUK’ G; 28%.

1.Tahniah kepada DS Najib yang berjaya membentuk kerajaan walaupun tanpa majoriti 2/3. Apa yang jelas ialah sokongan padu orang China kepada DAP sangatlah dikagumi dan mereka berjaya mengajar BN dan hampir semua kaum Cina menolak BN outright dengan sungguh decisive. Undi kaum China begini amatlah tidak baik bagi negara kerana kaum ini menolak politik POWER SHARING dan MODERATION anjuran BN. Walaubagaimana pun politik kebencian pada UMNO dengan tema ABU anjuran PR gagal meruntuhkan BN.

2) Ramalan WZWH, UMNO/BN tetap relevan dan rakyat majoriti masih memilih BN adalah tepat. Dari segi keputusan keseluruhannya Orang Melayu yang menyokong PR mestilah berasa bangga walaupun kerusi mereka masih di bawah takuk lama kerana bersama-sama menyokong DAP sedangkan kaum Cina tidak pun menolong membantu mereka (PAS) mengalahkan UMNO dan PAS terus merosot menjadi yang tercorot saperti dulu tidak mendapat sambutan walaupun mereka amatlah gah dari kempen kempen yang WZWH lihat sejak lima tahun dulu lagi.

3. DAP kini menjadi tunjang PR bukan PKR dan bukan PAS  dalam pembangkang dan UMNO masih lagi menjadi parti terkuat dan tunjang orang Melayu dalam kerajaan BN. Maka terjadilah satu phenomena baru politik polarisasi kaum dan ini amat bahaya sekira tidak dapat dibendung dan DAP terus chauvanistik dan memainkan sentimen kaum.

4.Strategi meletakan Erdogan/Anwarinas terbukti gagal. Husam, Mat Sabu, Salahudin terus ditolak.

5.BN berjaya mendapatkan Kedah semula kerana PAS gagal memerintah Kedah walaupun gagal menawan Selangor. Terlalu banyak kejutan berlaku. Banyak 'Soul searching' harus dilakukan oleh kedua belah pihak dan harus diperbaiki.

WZWH bersyukur kehadirat Allah kerana dengan kehendaknya BN terus menjadi kerajaan dan PR terus menjadi pembangkang dan WZWH percaya banyak yang harus BN lakukan bagi menarik balik keyakinan pengundi Cina kepada BN dan yang penting teruskan RAKYAT DIUTAMAKAN dan JANJI DITEPATI.

Kepada penyokong PR yang mengidam dan tersangat yakin PR boleh menang LAIN KALI LAH !! dan tidak perlu UBAH!!!

Yang benar benar menang dan berjaya adalah DAP dan yang kalah adalah orang MELAYU. Mereka akan hilang kuasa politik mereka melalui masa sekira mereka terus berpecah. Kita akan sama sama menghormati silent majoriti yang mahukan dan memilih BN sebagai kerajaan. Kita mahu menuju kehadapan membangunkan negara. Sekali lagi syabas kepada BN.

36 comments:

Anonymous said...

wzwh akhirnya mengatakan kerajaan mendapat perak secara sah, maksudnya sebelum ini sah atau tidak.

Anonymous said...

.
.
.
Saudara WZWH,

Perkataan Tsunami adalah tepat dan padat terhadap PRU13 ini.

Tsunami yang diperkatakan serta digembar-gemburkan oleh media ialah Tsunami Cina. Ini untuk menaikan kemarahan orang melayu lalau mengakibatkan polarisasi kaum Melayu Cina.

Ini yang diinginkan oleh Anwar. Dia opotunis. Sedia menerkam dari belakang ( sememang tabiat semula jadi dia ) apabila ada peluang untuk dipergunakan dalam keadaan sebaiknya.

Tsunami Malaysia pula kerana ada gelombang muda baru Y2K yang BUTA sejarah bagaimana negara terbentuk dan bagaimana asal usul mereka.

Mereka tidak sedar akan nikmat berada di negara Malaysia. Bila orang tidak pernah susah - maka pengertian susah itu menjadi lebih susah.

Apa yang berlaku ialah TSUNAMI SODOMI.

Tsunami Sodomi di asaskan oleh tidak lain dan tidak bukan Anwar Al-Sodomi.

Anwar telah BERJAYA membuat Tsunami Sodomi terhadap minda anak-anak muda untuk mengundi Pakatan Haram. Anwar telah "menyedomikan @ sodomi" cina, melayu dan india akan kepercayaan mereka terhadap SPR, Polis , sistem kahakiman, institusi raja dan sebagainya.

Anwar telah menlakukan Tsunami Sodomi kepada minda PAS dan DAP. Dulukala, mana berani DAP dan PAS berbuat demonstrasi jalanan. Ini diperkenalkan oleh Anwar Sodomi.

Strategi Tsunami Sodomi ini juga terkena kepada DS Najib. Malangnya orang yang dia harapkan untuk membawa bendera Barisan Nasional jauh kehadapan telah menikam dari belakang - menyedomikan keadaan bila ada peluang. Maka berlakulah sodomi yang ditakuti.

Dalam keadaan fikiran serta fahaman apa dan teori analisa selepas PRU13 - kesemua jejari tangan serta jejari kaki dan juga kedua tapak kaki hendaklah ditujukan kepada manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Dia ahli sodomi yang terulung dalam sejarah melayu yang sepatutnya di buku hitamkan.

Beliau telah dengan jayanya melakukan Tsunami Sodomi terhadap minda rakyat Malaysia yang selama ini hidup aman. harmoni, muhibah, perpaduan, hormat-menghormati antara satu sama lain.

Dengan wujudnya Dajjal Tsunami Sodomi aka Anwar Ibrahim maka kejadian diluar tabiee masyarakat Malaysia menjadi jalang akibat perbuatan keji beliau.

.
.
.
SARK2

Anonymous said...

Wan,

DAP yg dilihat cukup kuat oleh UMNO sebenarnya cuma memenangi 38 kerusi. Hampir tiada kerusi UMNO yg bertukar tangan kpd DAP kecuali dikerusi Gelang Patah yg dimenangi oleh LKS. Kekalahan calon Melayu di G.Patah ini bagaimanapun ditebus balik oleh Datuk Arif di Raub.
Jika diandaikan kesemua calon DAP kalah dalam PRU ini, yg menang bukanlah UMNO atau PAS. Sebaliknya yg menang tetap orang Cina sama ada cina MCA atau cina Gerakan. Jadi, sama ada DAP menang atau MCA menang bilangan mereka yg ada dalam Parlimem tetap tidak bertambah dan jauh sekali berupaya membentuk kerajaan.

Jadi hujah yg menyatakan Melayu lemah jika DAP menang besar adalah meleset sama sekali.

Melayu dalam Parlimen tidak lemah. Yg lemah cuma Melayu UMNO disebab mereka cuma menguasai 88 kerusi. Saya percaya Melayu tetap bersatu dalam apa jua keadaan yg menyentuh isu yg berkaitan soal agama, hak orang Melayu dan raja2 sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan UMNO/BN dah lama diberi mandat mentadbir negara, sepatutnya UMNO bersedia memberi laluan kpd PAS kali ini. Tetapi menjadi tabiat UMNO yg sentiasa rakus dgn kuasa dan tidak mungkin bersedia memberi laluan kpd PAS. Instrumen milik awam dan dana awam dah dijadikan milik UMNO utk berkempen dan SPR menjadi pula seolah2 menjadi org suruhan UMNO. Jadi betulah kata sahabat, 'UMNO ini gila kuasa' dan PAS masih gagal mengambil kuasa drp orang gila...

Mat Periba.

Unknown said...

Adakah UMNO perlu buat jemputan rasmi kpd PAS dalam usaha kearah menstabilkan politik Melayu?

Anonymous said...

berapa kali mahu jemput..
selagi iri hati telah terpatri dalam diri tak akan menerima punya pelawaan UMNO tu...
ahli yang sokong pun kena pecat..
tunggu DAP hambat mereka keluar dari pakatan baru depa keluar.. selagi DAP tak hampat mereka, selagi tu lah, mereka menempelkan diri ngan DAP

Anonymous said...

tiba masanya umno buat tsunami ~~ jom kita mulakan dulu dengan merombak sistem pendidikan kepada satu aliran sahaja dulu.

Anonymous said...

Tahniah kepada pengundi Jerantut yang telah memberi kepecayaan dan undi kemenangan kepada calun calun Barisan National. Undi anda tidak akan disia siakan oleh pemimpin Barisan National khasnya dari pemimpin Umno/BN, Jerantut.

Kepada pengundi yang telah mengundi pembangkang, kekalahan bukan bermakna tersisir tetapi keperluan kerjasama anda dihargai untuk sama sama menyokong pembangunan Jeratut, menkukuhkan lagi suratulrahim, saling maaf bermaafan yang ikhlas untuk kepentingan Agama dan Bangsa. Lagipun politik itu bukan segala segalanya.

Sungguh sedih, terbukti polarasi pengundi bukan Melayu di bandar bandar jelas menghampakan konsep 'Malaysian Malaysia' yang dilaung laungkan oleh parti Dap dan dengan serentak mereka telah menolak ekspresi '1 Malaysia' di PRU 13 kali ini.

Ini bermakna sebahagian besar dari pengundi bukan Melayu yang selama ini memendam rasa yang tersirat dan kali ini telah disuratkan bahawa mereka menolak bulat bulat MCA dan Umno. Umno menerajui Barisan National yang memperjuangkan dan mendokong Agama Islam, bangsa Melayu, bangsa bukan Melayu, Raja-Raja dan Negara selama lebih 50 tahun telah terbukti nyata tidak ketara lagi.

Melalui bawah batang hidung, Dap telah mempergunakan dan memperalatkan kepimpinan Melayu melalui landasan parti Islam Semalaysia (Pas) dan Parti Keadilan Rakyat (Pkr) yang diketuai oleh tokoh Melayu, Anwar Ibrahim. Negeri Pahang telah dicemar juga. Dalam satu sudut pandangan, kuasa politik Dap telah berjaya dengan mendapat 38 kerusi parlimen ditanding, melebihi Pkr 30 kerusi dan Pas yang corut sekali mendapat 21 kerusi.

Ini terbukti bahawa majoriti pengundi bukan Melayu dan juga pengundi Melayu Pkr Dan Pas dikawasan bandar telah memberi mandat kepada parti Dap untuk mewakili mereka. Juga lebihan kerusi diperolehi Dap menjadi terutama dalam Pakatan Rakyat. Ini satu pembenaran serta justifikasi penting dalam sistem demokrasi Negara.

Syabas kepada parti Dap dan syabas kepada Pkr dan Pas kerana mendokong Dap hingga tercapainya sebahagian dari satu satu langkah matlamat politik Dap.

Anonymous said...

Anon 8:48 PM..

Saya tak faham ayat, "Syabas kepada parti Dap dan syabas kepada Pkr dan Pas kerana mendokong Dap hingga tercapainya sebahagian dari satu satu langkah matlamat politik Dap". Apa cita2 DAP...?? Apa beza DAP P.Pinang dan Gerakan P.Pinang, kedua2 masih parti majoriti kaum Cina. Apakah dgn DAP menguasai P. Pinang maka Cina pun menjadi 'jahat' dan semasa Gerakan mengasai P.Pinang suatu ketika dulu maka Cina jenis ini bagitu baik pada kacamata kamu (UMNO).

Sdr anon..
Pakatan Rakyat begerak seiring..masing2 mempunyai missi yg sama mahu menyingkirkan BN dari persada pemerintahan negara. Mahu, memberhentikan amalan2 buruk..ketidak adilan, penyelewengan dan kronisma. Jadi tidak timbul PAS diperalatkan DAP. Malah jika sdr ikuti ucapan2 Presiden MCA, dgn jelas beliau sering mengungkapkan perkataan PAS telah mempergunakan DAP. Jika PR menang maka kononnya habislah orang Cina...mukin maksudnya 'org Cina dipaksa bersunat' oleh PAS.

Sdr Anon dan Wan, sebenarnya saya tak tergamak nak ucapkan tahniah kpd BN memandangkan mereka menang dalam keadaan kaki2 PR diikat semasa diajak belari bersama ke garisan penamat. Serangan terhadap PR melalui isu kerjasama PAS/DAP, penggunaan kalimah Allah dan kerosakan negara jika Anwar dilantik menjadi PM sukar dijawab dan bagitu terkesan kpd org macam kamu org org Melayu yg telah dibonsaikan otaknya, kerana seluruh media perdana TV dan surat khabar awam dikuasai sepenuhnya oleh BN. Tidak cukup dgn itu, seluruh jentera kerajaan termasuk SPR dan dana awam dijadikan menu utama dalam resepi utk memenangkan BN..

Namun, Tahniah kpd 5.45 juta (51.8%) rakyat/pengundi kerana anda semua berjaya mengurangkan majoriti BN dalam parlimen. PEMBANGKAN YG KUAT MENJADIKAN BN LEBIH PRIHATIN KPD RAKYAT...


Mat Periba


Anonymous said...

Kalau dilihat dari posting WZWH..maknanya sebelum ini Perak dikuasai oleh UMNO adalah tidak sah..kerana ada unsur penipuan..dan sebagainya. Ini bukan saya kata tapi makna dari kata-kata yang WZWH kata tadi....tong..tong..tong..akhirnya orang UMNO mengaku juga
..

Anonymous said...

mat periba.. ramai dikalangan anda berdoa agar beri kemenangan pada yang benar.. dan Allah telah makbulkan.. adakah anda tidak redha dengan takdir Allah.. nak jadi kufur?

Kamarudin Barua said...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=290610214408190&set=a.278137618988783.1073741828.277035565765655&type=1&comment_id=691552&ref=notif&notif_t=comment_mention

Sj nk kongsi.

Aizat Napi said...

Menang sebab tabur duit ke FELDA bulih la. Malam pilihanraya turun padang bagi duit, rasuah.

Anonymous said...

aik doa Allah tak makbulkan ke? tu la tak ikhlas..

Anonymous said...

dah kalah salah pengadil salah padang salah penonton salah cuaca salah pemain import salah bola.. adatla orang dah kalah.. ini kali kalah

Anonymous said...

kat penang selangor kelantan dan KL tu tak pulak kata ada rasuah, pengundi hantu, pengundi bangla, spr buat magik.. ops lupa sebab da menang..

Anonymous said...

terimalah hakikat BN memerintah dengan sokongan minoriti rakyat malaysia

Anonymous said...


Mat Periba dan salam sajahtera,

Ayat yang dikemukan adalah satu frasa merupakan sindiran kepada sesiapa khasnya yang dinamakan kabur kepada evolusi perjuangan Dap dan matlamatnya untuk kearah menjadi peserta agong dalam persada kuasa politik di Tanah Air. 

Perlu renongkan bersama dari satu sudut dan beri perhatian kepada matlamat politik perkauaman yang diacarakan oleh Lim Kit Siang senjak parti Dap ditubuhkan pada 18 March tahun 1965. Dari asasnya, kepada saya, dalam konteks acuwan kemerdekaan kebangsaan amat meragukan.

Dap didaftar dengan nama Parti Demokratik Sosialis. Pada tahun 1967 Dap telah membabi buta menyertai gabongan  55 parti Sosialis sedunia dengan atas nama Sosialis Antarabangsa. Satu pendekatan bahawa Dap dapat dikenali dengan serta merta sebagai parti Sosialis yang ada kesalinghubungan antarabangsa. 

Sedangkan definisi  Sosialisma yang diakui oleh Dap susah hendak ditakrifkan dan lagi samar-samar dan kabur apabila  ditakrifkan oleh kumpulan  ilmuwan yang mana definisi dan pendapat dan laku Dap terlalu berbeda dengan istilah itu.   

Namun,  Sosialisme ala Dap senang ditakrifkan. Dap mendakwa bahawa konnonya ia sebuah parti berbilang kaum tetapi sebenar ianya  satu parti politik yang jelas dan terbukti bahawa dalam pemajuan Dap telah mengamal  idealogi  bersemangatkan kefahaman perkauman tega. Jesteru itu, Dap bermaharajalela dan terus  membina jalan untuk keunggulan dan ketuanan kaum pelampau Cina senjak ditubuhkan atas nama Demokrasi.  

Jadual agung dan perjuangan socialisma ala Dap yang tersirat itu, sambil mengarah tenaga selama lebih 55 puluh tahun untuk mengupul sokongan, hanya menunggu masa,  untuk tercapainya satu tujuan muktamad dan mutlak Dap, yang sebenar benarnya ialah untuk menhapuskan kedudukan keistimewaan bangsa Melayu/Bumiputra, Agama Islam dan Raja-Raja yang telah termaktub dalam pelembagaan Negara, tahun 1957.

Terbuktinya, pada pertama kalinya parti Dap bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1969, Dap menentang habis habisan hak keistimewaan Melayu ternyatanya sampai sekarang. Article 153 yang termaktuk dalam  Pelembagaan Negara tidak disenangi oleh Dap.

Dari sudut idealogi  Sosialisma ala Dap sentiasa bercangah dengan Pelembagaan Negara. Socialisma ala Dap yang tersirat beramalkan kepada tidak setujunya  kepada semangat kebangsaan kemerdekaan Negara juga. 

Slogan 'Malaysian Malaysia'  yang ditafsirkan oleh Dap adalah satu  komitmen padu kepada kesesuaiyan kebebasan hanya untuk kaum pelampau Cina mendahului. Amalan demokratik dan realisme sosialis Dap juga  dibentuk supaya terpisah daripada concept 1 Malaysia yang mana Dap menenapikan sikap tolak ansur dan penerimaan.

Dap berpegang kepada prinsip dan dasar kesamarataan kaum beragama yang mana serta merta  menolak Agama Islam sebagai  Agama Pesekutuan.  Keadilan bermakna untuk kemasyarakatan ekonomi Cina bahawa ianya akan terus berkekalan dan berkembang. Adalah tersirat dalam perjuangan Dap bahawa Dap akan  bermati matian untuk mempetahankan supaya kuasa economik Cina tidak tergugat dan seterusnya kuasa monopoli politik akan menjadi penentu untuk kejasteraan ketuanan kaum pelampau Cina itu berkekalan.

Akhir kata, pada saya sebagai kesimpulan Cina itu Cina dan Melayu itu tetap Melayu.

Anonymous said...

buat wan zuri..sbenarnye bn makin hari makin x kuat dah,setiap kali pru makin merusut,dulu parlimen pembangkang 82 sekarang 89 dah,akan datang akan bertambah lagi,silap2 satu malaysia habis,gelang patah sudah x leh guna,bukit katil sudah patah kaki katil,batu pahat sudah sumbin mata,raja lembah pantai sudah bersara,mana ada kuat la zuri,kalau di kira undi bn dgn pakatan rakyat jauh lebih tinggi pakatan,tu pun campur black out letrik n pengundi bangla bg ic kena tangkap di pandamaran satu bas,pakatan kalah bermaruah bn menang berasuah,amalkan terus sistem ini sampai bila2 cepat sikit kalah akan datang,hahaha.org cerdik saja buat keputusan bagus org bodoh tentu buat keputusan berterabor hahaha mampus org x pakai dah akan datang ni.pengundi makin bertambah kene ingat,org yang totoq menyokong bn mungkin banyak yg meninggal dunia,tingal lah org yg celik IT semua,semua guna iternet fb ytobe gogle twter dan macam2 lagi, tv 123 suku dah x pakai dah,kalau yb2 buat kelaku serupa tv 123 suku jge lagi cepat terpelanting pru akan datang,di sbbkan demikian org umno lagi ramai berambus masuk pakatan,mungkin pada ketika itu gani othman ali rustam raja nong chik fuad darkasi dan ramai lg masuk pakatan contoh nye mat taib bekas menteri besar weh bukan kecik2 anak chua jui meng sama kadir sekh fadhir pun sama dan ramai lgi la x leh nak kira...jaga elok2 umno awak tu zuri ye

Kampong man said...

Salam Wan,

1.Tahniah sekali lagi dengan semua kemenangan di Jerantut bagi Parlimen dan DUN.Ramalan saudara sama dengan ramalan saya ,TEPAT. DI Mesjid Tanah BN turut sapu bersih semuanya dama sapert Jerantut.

2.Pada mereka yang masih mempercayai fitnah dan rekaan PR tentang ribuan (40, 000) Bangla dan cerita api padam teruskanlah dongeng ini.LLN mengatakan tiada ada masaalah kuasa letrik dimana mana lokasi mengira undi..UMNO terlupa membawa Bangla ke Selangor kerana beberapa lorri sudah dibawa ke Kedah.Tidak hairan UMNO menang di Kedah!!.UMNO tipu.

3. Anda boleh baca komen saya di blog A Kadir Jasin atas isu politik semasa. Terima Kasih.Love all, PEACE.

Anonymous said...

terimalah kekalahan dengan redha!!!

Anonymous said...

UMNO dan BN kena betulkan barisan dan kuatkan saf. kembalikan semula keyakinan dgn bekerja untuk rakyat dgn bersungguh sungguh. mari kita bersama dalam membangun dan menyatupadukan jerantut.jangan kata mengata lagi, dah tak da makna lagi. yang penting sekarang ini, kita kuatkan semula barisan kita.

Anonymous said...

kalau baca komen orang umno memang menyedihkan.
kemenangan dicari tidak kira cara itu salah atau betul.
ibarat seorang kontraktor menyerahkan projek tapi menipu dalam banyak perkara. menggunakan bahan yang murah, tidak mengikut plan, lambat siap, tidak mengikut spec malah ada yang cabut lari saja walaupun duit yang mencukupi telah diambil.
begitu juga seorang pekerja tidsk melakukan kerja dengan jujur, tea break yang panjang, mencuri masa dan sebagainya.
tidak kira itu halal atau haram, perolehan itu dimakan dan dinikmati oleh keluarga tanpa rasa bersalah.

Anonymous said...

kontraktor PAS PKR yang melayu sama.. sebab duk sibuk politik.. orang cina dah start bisnes semula kita tak abis lagi..

Anonymous said...

Wan dan Sahabati kalian,

Tak habis2 org macam Wan dan UMNO memBONSAIkan otak org Melayu. "DAP Menang maka yg kalah Melayu". Kesian!!Sdr2 sekelian, belajarlah jadi cerdik...Bacalah kenyataan dgn hati terbuka..

Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya :

Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.
Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Umno.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.
.....................so sape yg 'jual melayu'

Mat Periba

Kutukandewata said...

MAT PERIBA MEMANG BETUL.FAKTA DAN ANGKA YANG BERKATA-KATA.

MAJORITI MELAYU SEBENARNYA TAK BIMBANG LANGSUNG KERANA CINA HANYA ADA 43 KERUSI DI PARLIMEN.

YANG BIMBANG SANGAT ADALAH PEMIMPIN UMNO SEBENARNYA.DAP DAH KUMPUL CINA SEKANDANG.UMNO TAKUT PAS PULAK KUMPUL MELAYU SEKANDANG YANG MANA PEMIMPIN UMNO RAMAI YANG TERPUKANG.

DS NAJIB PULA BIMBANG DARI SUDUT PERPADUAN KAUM DAN PERKONGSIAN KUASA.SIKAP RASIS DAP YANG BANYAK DITERJEMAHKAN DALAM LAMAN SOSIAL TIDAK AKAN DAPAT MEMBANTU PERPADUAN KAUM KERANA ORANG MELAYU TIDAK DAPAT MENERIMANYA. ITU SAJA.

TANPA CINA PUN UMNO DAN BUMIPUTERA SABAH SARAWAK MASIH DAPAT MEMERINTAH DENGAN 121 KERUSI SIMPLE MAJORITI.

KALAU PAS DAN MELAYU PKR JOIN UMNO KITA BOLEH MEMBENTUK KERAJAAN MELAYU DENGAN KERUSI JAUH MELEBIHI 2/3.

ADA MATA PANDANG ADA TELINGA DENGAR ADA OTAK PAKAI!!!!

Anonymous said...

DAPigs hanya menang sebagai MP sahaja, tapi kaum mereka HILANG SUARA dalam kerajaan . Kah..kah... kah...

Anonymous said...

Ingat kata2 ini :
'kasi melayu jadi hamba,
kita cina komunis dan DAP
mahu lihat melayu jadi kasut kita.
kita kasi ini negara komunis perintah"
-- feb1970 -- Chin Peng

Anonymous said...

Bagi Umno kempen nya menakutkan pengundi melayu tentang keburukan wajah DAP.Begitu juga MCA menakutkan pengundi Cina wajah hantu PAS.Umno berjaya dengan kempen tersebut dengan bantuan media massa.Cina pulak dah tahu tektik MCA dan tak takut pada PAS.

Anonymous said...

dah byk kaloh,timbul soal kaum plk,adei ds najib,bsok geng mca kuar masuk dap baru padan muka,dahla ramai marah x dapat bertanding,kome bukan x sokong bn tp dema gunakan kuasa bukan untuk bantu rakyat tapi bebankan rakyat,tula sb rakyat bangkit,kalau org kampung mngkin kurang pengetahuan tapi masyarakat bandar nampak beban yang dilalui setiap hari dgn kos sara hidup tggi,napala ds najib tak nmpak semua ni,ds pun dah kaya dgn menteri2 lain,bagila ke rakyat pulok hidup senang,stkat brim x mampu nak tmpung kos sara hidup,tq

Anonymous said...

kesimpulannya melayu ramai yg bodo dan sanggup membayar aes, barang naik harga, pendidikan berbayar dan lain-lain. maklumla melayu kaya. kroni la katakan.

aku terlibat secara langsung dengan ptptn. ptptn memang menyusahkan kerajaan. patut hapus saja ptptn.

kenapa ptptn menyusahkan kerajaan?

dia pinjam duit dari semua bank, dia suruh kerajaan jamin pinjaman dia. kerajaan akan tanggung semua pinjaman ptptn ni, yg ada interest tinggi ni lebih 4%. ptptn pun bagi pinjaman kepada student, tapi interest lebih rendah. bangang

pastu ptptn tak betul2 manage ptptn. ada yg bayar ada yg tak bayar yg layak dapat yg tak layak pun dapat. apa ke bodoh

kerajaan sedang menanggung beban disebabkan ptptn. dulu hanya bumi ipta saja dapat ptptn. sekarang semua. semua dapat...apa cer?

ya, yg berhutang kena bayar. tapi kewujudan ptptn tu sendiri dah mengikat kerajaan, dan student.

hutang kerajaan tinggi. jadi kenapa pilih kerajaan yg sama lagi? kenapa kita tak mahu check and balance? kenapa nak biar mereka ni bangkrapkan negara?

Anonymous said...

fakta pun tak tepat.

Anonymous said...

untung pengundi bn kan,dpt duit kat pdm,upah pasang bendera,bwk motor sana sini dpt 10 rggit,yerla 5 tahun sekali,tapi yb lg untung dpt mandat buat hidro dan bijih,bagus pengundi bn,saya setuju tu,kita mkn gaji jgn lupa stnby byaran tax,ala besala nok rolling duit untuk kerajaan,xkn semua nak free,bhagia sgt2 hidup skrg dapt mkn burger,klu dulu ubi kayu

Anonymous said...

Sdr Anon 12.05,

Hari ini bukan hari semalam. Politik idelogi semakin terpinggil. Yg subur adalah politik baru dan politik realiti.
PAS berubah menjadi lebih moderate kini kerana menyedarai akan hakikat bahawa mereka tidak boleh bersendirin dalam melakar politik kebangsaan.

Demikian pula diperingkat global..Turki bergerak jauh kehadapan. Walaupun gerakan2 Islam Truki berjaya memerintah negara namun mereka menerima hakikat bahawa sistem nilai masyarakat mereka masih berakar umbi dgn nasionalis secular. Mereka tidak mengasingkan diri dgn pihak tentera yg sekular itu. Bagitu juga diCina, walaupun mereka berideologi Kominus dan mengamalkan sistem politik kominusme namun pengubahsuai telah dilakukan dgn menyedari akan perlunya menjana negara dgn sistem pasaran terbuka...sedikit sebanyak menerima pakai ekonomi kapitalis.

Jadi, DAP hari ini sama juga macam PAS, bukan DAP 50/60 tahun lepas. Mereka sedar, mereka tiada keupayaan untuk mendominan dalam politik M'sia dan tetap bergantung 'hudup' dgn orang Islam yg mereka yakin dapat menglestarikan kehidupan berekonomi mereka...mereka mentolak UMNO kebelakang dan menerima PAS..

Mat Periba

Anonymous said...

kenapa pas lebih sayangkan dap dari bangsa melayu? salahkah kita ingin sayang pada bangsa kita sendiri? kerana di malaysia ini jika disebut melayu maka kita akan memaksudkan orang yang beragama islam

Anonymous said...

anon 5:30Pm,
Kalau kamu nak suruh orang sayang kamu, maka kamu kenalah sayang kat orang juga. Mulut UMNO kata sayang kat PAS tapi kaki UMNO selalu dok sepak tulang kering kawan yg kamu kat nak bersahabat tu. Kadang2 sepak kamu tu sampai terkena telok kawan...kamu gelak sakan manakala kawan kamu terkencing tahan kesakitan.

Tahun 2004 dulu, masa UMNO menang besar dan PAS cuma menang satu kerusi kat Parlimen, tak ada sepatah perkataan pun keluar dari mulut UMNO menjemput PAS utk berkawan. Cuma le ni, dalam keadaan kamu tersepit, kamu mula kenal ayat2 alQuran betapa pentingnya perpaduan...konon!

Aku, kenal UMNO bukan hari ini...aku kenal UMNO masa kamu tak tau apa2 lagi tentang uMNo..

UMNO ni ada sifat 'jahat'...kepala dia ingat projek saja...sapu sana dan sapu sini agar kawan2 dia dan sahabat dia boleh jadi jutawan segera. Usahkan orag PAS kena tipu, org UMNO sendiri pun mereka tipu. Org UMNO mintak tanah dan berpuluh tahun tapi sampai hari ini masih tak lulus2. Sebaliknya bila tauke2 MCA mintak tanah atau geng2 dia mintak tanah, tanah yg diperuntukkan kpd LKPP pun dia sapu...

anon, hidulah kamu dalam keadaan kamu kena tipu hidup2. Bacalah Utusan Malaysia dan tontonlah TV3 agar otak kamu tambah hanyut...

Nampaknya kamu lebih faham agama yg dibawa Mahathir daripada yg diajar TGNA..sedih!

Anonymous said...

Dari segi market/ pasarannya, Pas tidak ada bezanya dengan Umno. Dari tarikh penubuhannya hinggalah kehari ini, Pas dan Umno berebut sokongan politik orang Melayu. Jika Umno menjadikan isu bangsa untuk menarik sokongan orang Melayu, Pas pula menggunakan isu Islam untuk menarik sokongan orang Melayu juga.

Dalam konteks itu, TIDAK BANYAK BEZANYA antara Pas dengan Umno. Kewujudan dan kelangsungan kedua Pas dan Umno bergantung kepada BANGSA MELAYU.

Disebalik hujah2 perjuangan Islam Pas yang Universal, Pas juga bersifat perkauman ! - Dr MAZA 4 September 2012

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024