Thursday, December 2, 2010

YB Dato' Dr Ahmad Shukri Bapa Pembangunan Bandar Jerantut


Tahniah WZWH ucapkan kepada Syarikat Grandmas kerana cadangan memajukan Bandar Baru Jerantut telah mendapatkan kelulusan dan keizinan dari YAB MB Pahang DSD Adnan Yaakob sepenuhnya.

Sila baca posting WZWH yang dulu sila klik sini tentang Projek Pembangunan Bandar Baru Jerantut-Grandmas Affair. Pelan pembangunan telah diluluskan. Antara cadangan pembangunan;
  • Stesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan ke bawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi
  • Stesen bas baru akan dibuat tiga tingkat. Bahagian bawah adalah hentian bas. Tingkat dua dan tiga lot-lot perniagaan untuk peniaga kecil dianggarkan 160 orang peniaga boleh dimasukan. Semua peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan dikumpul sekali di situ. Gerai-gerai mereka dipersekitaran itu akan diroboh dan diganti dengan bangunan kedai mewah
  • Dataran Jerantut di hadapan bangunan pejabat Majlis Daerah Jerantut sekarang akan dimusnahkan untuk pembangunan The Mall.
  • Berkenaan isu Dewan perniagaan Cina Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya stesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan ke bawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi sekarang supaya tidak dipindahkan dan dikekalkan ditempat lama. Hal ini boleh diselesaikan. Pasar babi itu dipindahkan ke Sungai Jan. Tidak menjadi masalah. Itu penempatan ramai orang Cina.
Pembangunan Bandar Baru Jerantut adalah usaha keras ADUN Pulau Tawar, YB Dato' Dr. Ahmad Shukri bin Ismail terutama semasa beliau menjadi EXCO negeri Pahang telah berjaya membawa cadangan-cadangan beberapa syarikat swasta untuk memajukan banyak bidang tanah di tengah-tengah bandar Jerantut.

Sesungguhnya YB Dato' Dr Ahmad Shukri mempunyai deria Dasar Penswastaan Persyarikatan Malaysia yang sangat baik. Tidak ada dalam sejarah kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut seorang tokoh yang banyak membangun bandar Jerantut. Beliau banyak meluluskan tanah-tanah strategik kepada pemaju swasta untuk dibangunkan kerana pemaju GLC kerajaan negeri dan Bumiputera tidak boleh diharap.

Amat dikesali juga YB Dato' Dr Ahmad Shukri dilucutkan jawatan EXCOnya walaupun beliau banyak berjasa kepada pembangunan bandar Jerantut. Ini WZWH tidak boleh buat apa kerana hak MB dan Tuanku Sultan Pahang.

Kejayaan hebat YB Dato' Dr. Ahmad Shukri ini juga telah dibantu oleh tokoh korporat terkaya Jerantut iaitu DS Lim Ah Chap dan rakan-rakan pemaju.

WZWH juga ingin mengucapkan syabas kepada ADUN Damak, YB Dato' Lau Lee dibantu oleh tokoh korporat juga terkaya Jerantut iaitu Dato' Goh Sin Kar dan rakan-rakan pemaju yang akan membina pembangunan bandar baru Jerantut.

Kepada pejuang-pejuang bangsa Melayu Jerantut yang tidak berpuas hati kerana sebab-sebab tertentu. Nasihat WZWH, kelulusan itu telah diberi pada tahun 2001 maka jika kerajaan negeri Pahang mahu membatalkannya maka MB Pahang tidak sanggup lagi mengambil risiko undang-undang yang akan disaman oleh syarikat pemaju swasta.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan pejuang Melayu yang masih lagi bersemangat hanya ada satu option saja. Sila baca posting WZWH yang terdahulu sila klik sini tentang Pembangunan Pinggir Bandar Suburban Jerantut.

Carilah pemimpin UNNO Jerantut yang akan memperjuangkan tanah pinggir bandar yang majoritinya ialah berstatus "Malay Reserve". WZWH percaya dan yakin inilah satu-satu pilihan yang kita orang Melayu ada di Jerantut. Pertahankanlah, perjuangkanlah dan ikutilah pemimpin yang memperjuang agama, bangsa dan tanah air. Harapan masih ada dan menyinar di Jerantut. Jangan cepat berputus asa dan kecewa.

6 comments:

Anonymous said...

Bandar Jerantut memang ada potensi besar untuk menjadi lebih besar.Kawasan dari Masjid Baru Jerantut sampailah ke jambatan Jerantut Feri memang strategik.Kawasan tanah yang luas dan landai selain laluan utama orang ke Taman Negara melalui jalan darat di Kuala Tahan.Selain tu,patut dibuat jalan shortcut dari simpang Kg Padang Saujana di Temin merentasi railway dan sambung di Jalan Benta dekat Jerantut Hill Resort.Dari situ boleh buat jalan lalu belakang Bukit Istana follow railway tembus di Kg. Teh di jalan ke Kuala Tembeling.Boleh jadi lagi besar Jerantut ni dari Temerloh.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:41,
Sila baca posting WZWH dulu sebenarnya ada menyentuh apa yang anon fikirkan http://wzwh.blogspot.com/2010/11/pembangunan-pinggir-bandar-suburban.html

oghe tembeling said...

ha2.. ambik kau umnogok... kenapa tk perjuangkan hak melayu... kenapa perlu megalah kpd cina... kalau betul pejuang melayu umno mmprjuangkan org melayu.. ni la masanya.. apa peduli kalau kena saman.. demi melayu..kwa2

oghe tembeling said...

ha2.. ambik kau umnogok... kenapa tk perjuangkan hak melayu... kenapa perlu megalah kpd cina... kalau betul pejuang melayu umno mmprjuangkan org melayu.. ni la masanya.. apa peduli kalau kena saman.. demi melayu..kwa2

AiNn FarHaNa said...

salam...sy plajar ukm yg nk bt program opkim bersma msyrakt dn plajr seklh di jerantut..mcm mne sy nk hbngi yg berhrmt untuk berbncg dn mgkin juga yg berhrmt blh tlg kmi dri segi kewangn atau pgnpn slme prgrm berjln...phak kmi sgt berhrp krn kmi kkrgn dana..progrm tersbut akn berjln pd 6-9 mei 2011...hrp sgt ad mklm blas prosedur berknaan bntuan nie..tq

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Ainn Farhana,
Call no ni 012-2167676, minta direct ok. Buat program dengan sukses.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024