Friday, September 30, 2011

Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug ANTI ADUN Tahan?


Kenapa blog SPU dan Urrag Drrulug anti (bersifat prejudice), memperlekeh ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN anak tempatan, anak Tembeling yang sangat cemerlang perkhidmatannya membangun dan menjaga DUN Tahan? Ini soalan yang ramai orang tanya WZWH.

Pada mulanya WZWH tidak mahu jawab. Orang patut tanya kepada blog SPU dan Urag Drrulug sendiri. Dalam fikiran WZWH sudah lama persoalan itu bermain di minda.

Jika Dato' Wan Amizan tidak servis, tidak menjengok kawasan, tidak lansung membawa pembangunan, hanya berkata, "ana hanya berdoa", atau cerita New York, London, Hong Kong, Shanghai kepada orang kampung, atau politik hanya suka berperang sesama UMNO, suka mengadu kepada MB atau PM bahawa ahli parlimen itu tidak servis jaga rakyat atau ADUN itu orang kampung tidak suka maka sudah sewajarnya ADUN Tahan tidak disukai.

Tapi bila ADUN Tahan membawa pembangunan setakat hari ini sudah lebih RM500 juta dan banyak peruntukan mahu masuk bahkan ada peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM16 juta sampai ditolak kerana kononnya pembangunan itu tidak sesuai dan perlu oleh segelintir orang Tembeling yang mempengaruhi titah sang pemerintah. Begitu sekali sedangkan wakil-wakil rakyat lain di Pahang ini menjerit-jerit mahu peruntukan pembangunan dibawa ke kawasan masing-masing.

Adakah YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ini ADUN PR, ADUN PAS, ADUN PKR atau ADUN DAP kepada blog SPU dan Urag Drrulug? Hal-hal yang remeh temeh diperbesar-besarkan kerana kurang kepada maklumat yang betul, tepat dan hanya suka spekulasi.

Blog SPU dan Urag Drrulug menyatakan pihak atasan sudah mengiktiraf blog SPU sebagai suara rakyat khususnya rakyat Jerantut ini. Kalau kurang percaya klik sini, lihat disebelah kanan dimana blog SPU diletakkan. Itulah pengiktirafan yang telah diberikan kerana berani menyuarakan kehendak rakyat. Tidak ada mana-mana blog lain yang mendapat pengikhtirafan begini selama ini. Kerana itulah SPU akan terus berjuang walau sudah beberapa kali bertukar tangan namun mengekalkan prinsip yang sama - berjuang untuk rakyat.

Blog SPU menyatakan lagi telinga PM melalui orang tertentu yang rapat dengannya. Mereka juga sejak dulu sudah memantau blog SPU serta Urag Drrulug kerana isu-isu berkaitan dengan pambangunan dan kepentingan rakyat.

Beritahu PM DS Najib dan MB siapa yang sebenarnya berjuang untuk rakyat di DUN Tahan?

Beritahu lagi sekali kepada PM DS Najib, adakah mahu melihat DUN Tahan itu kalah atau menang dalam PRU 13 nanti? Kita lihat nanti...

Orang Tasauf atau Tarikat cakap ini semua adalah penyakit hati yang tidak senang dengan kejayaan orang lain. Jika kita ada penyakit hati, kita buanglah benda-benda buruk dalam hati dan gantilah dengan benda-benda yang baik hati.

Tidakkah 50 tahun yang dulu pemimpin-pemimpin DUN Tahan tidak punya perancangan untuk membina ekonomi DUN Tahan? DUN Tahan memang ada pemimpin yang mahu membawa pembangunan ekonomi kepada penduduknya tetapi banyak perancangan-perancangannya akibat dipengaruhi pemimpin konservatif dan anti kemajuan serta bimbang pengaruh mereka akan merosot maka perancangan ini gagal dipersetujui.

Bila sekumpulan manusia yang politiknya tidak bersatu maka tidak ada satu suara atau "political will" dan "will power" untuk "bargain" dengan pembesar negara. Jika ada tokoh Tembeling yang diberi tempat yang paling strategik untuk melaksanakan perancangan pembangunan agak malang pimpinan negeri pula "sabotaj" bimbang tokoh Tembeling ini jadi popular bakal mengugat kedudukannya.

Yang rugi adalah penduduk Tembeling dan DUN Tahan. Kita sudah cuba dengan pemimpin dengan berbagai gaya seperti berikut:
  • Pemimpin Tradisional
  • Pemimpin Konservatif
  • Pemimpin Progresif
  • Pemimpin Pembodek
  • Pemimpin Graduate Berjurus
  • Pemimpin Globalisasi
  • Pemimpin Dewa Kayangan
  • Pemimpin Bangkangan pun pernah dicuba
  • Pemimpin Ulamak
Ternyata semua kepimpinan yang WZWH nyatakan di atas gagal dan tidak mampu atas berbagai sebab-sebab yang tertentu. WZWH tidak menafikan pemimpin-pemimpin ini ada berusaha cuma "political will" untuk merealisasikan perancangan pembangunan itu tidak dapat dicapai kerana ada kekangannya.

Maka WZWH bertanya apakah kepimpinan gaya terbaru untuk membolehkan perancangan pembangunan direalisasikan dan diimplementasikan? Terlalu awal untuk WZWH bayangkan kerana masa akan menentukan dan menjawap pertanyaan WZWH itu dan untuk berlaku adil.

Ramai pemimpin telah gagal memperjuangkannya. Adakah ianya satu sumpahan? Siapa pemimpin yang boleh menamatkan sumpahan ini? Jika ada pemimpin yang boleh memecahkan kebuntuan ini maka WZWH mengelarkan pemimpin ini "the chosen one" yang boleh mengubah destini kehidupan penduduk DUN Tahan. Great leader will do great things.

11 comments:

Anonymous said...

saudara wan zurik, memang dompok di sukai oleh segelintir pengundi dan penyokong2 yang macam awak dan wan keliru, wan mizi juga yang seangkatan dengannya, memang peruntukan mencecah rm500 juta di curahkan, tak di napikan, tapi semua ada bahagian dia dan kuncu kuncunya, itu ;lah sebabnya jambatan gantung di batalkan amat musykil lah pehak dompok dan kuncu kuncunya kerana duit di lulus perojek dibatalkan,sedangkan duit komisen dah ambik, tak gitu, apa cerita pasal jalan, ulu tembeling, jalan lipis, jalan pesisir kampung tradisional, siapa yang dapat, hinggakan dato zali pun hinga pitam memikirkan untung yang banyak sangat agaknya, jangan cerita, servis lah wahai wan zurik, cer acu tengok, jika tak dapat projek membesarkan pokek, dapat ke dompok hantar orang orang tertentu gi umrah dan melancung, jika betul2 duit titik peluh dia, kenapa tak antar jer orang tua tua kat kampung yang betul2 miskin g haji, ini tidak, antar g umrah dan melancung hanya ketua cawangan, tok 4,juga ajk bahagian, ingat mereka yang bawah2 dari ketua cawangan tak bersungut?.

Nak tanya sikit lah, kenapa persoalkan blog ud dan spu anti adun tahan, tanya lah kenapa blog WZWH DAN KUTUKANDEWATA MEMUJA ADUN TAHAN DAN ANTI ADUN PULAU TAWAR? CER CER CER JAWAB?

Anonymous said...

Pedas...pedas....
Wooo...baru aku tahu. Orang tua kampung yang miskin dan tak main politk dah dapat pergi rombongan umrah ya! emmm...umrah pun nak polotik jugak ke?

cuka getah said...

sudahlah anon 1o.29,
apa sumbangan kau kepada oreang kampung kau.cakap pandailh.

Anonymous said...

Alah..., senang cakap. Projek yang tak masuk akal pon boleh adi untung juta2. Cth mudah, dapat dilihat di tebing Kola Tahan Seberang tu, tempat menunggu ke tempat penunggu ke tak taulah. Projek dulu dah siap, tapi digantikan pula dengan yang baru. Konon katanya tak umph tak menggambarkan untuk menggambit pelancong..., buat pulak yang baru, harganya cecah RM1 juta. Jika sapa2 ada masa pergilah tengok sendiri... Benarkah nilainya RM1 juta. Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok takut kena tebang...

Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman...

Anonymous said...

Adun Dun Tahan paling xgunerrr....pakai laaa zali mezah masa Pru 13 nanti...sbb zali mezah pejilat batu YB dun tahannnn.....tuihhhhhhhhhh.......

Anonymous said...

cuka getah takut ngat adun tahan tak bertanding lagi, takut tak dapat duit dan tak dapat belanja untuk keluarga, dasar penjilat buntu wan dompok lah wahai cuka getah.

cuka getah said...

anon 11.45,
kau yang biasa makan duit ditanggung orang.jd kau ingat orang lain macam kau juga.kau lagi teruk tipu duit mak mentua main mesin buah kau ingat aku tak tahu.minta dengan dompok tak dapat itu yang musuh sgt dengan dompok tu,serupa aje dengan hak yang di atas kau tu.barua paria!!!!!!

Anonymous said...

cuka getah, hakuk tak ke inigin duit dompok tu macam woomer semua, aku bercakap pun tak pernah dengan dia, tapi perangai dia hakuk tau, lebih kurang oak juga yang lebihnya dompok dari awak cuka getah, dia yb belajar sikit jer tapi ada ijazah, oak, mungkin sekolah derjah enam pun tak habis? sian cuka getah!!!

cuka getah said...

hoi yang di atas,hutang aku bila nak bayar?itulah lain kali jangan main mesin buah.

Anonymous said...

kemajuan memang lah setiap kampung memerlukan.....tapi yang paling penting.....isu tanah di alur tembeling mesti kena selesaikan
kalau rasa dun nak jatuh ke pembangkang....tak payah lah hiraukan pasal tanah untuk org2 kampung nie lagi

Anonymous said...

rumah urut semakin bertambah

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024