Friday, September 16, 2011

Najib Orang UMNO Paling Penakut Dalam Dunia?



Kita ikuti reaksi komen rakyat marhaein biasa yang selalu memberi komen dalam blog WZWH iaitu Kutukan Dewata....

Mansuh ISA,UMNO Dan BN Bakal Ditalkinkan


Mansuh ISA?Terkejut aku.Majoriti rakyat tidak takut ISA.Takut apa?Kita tak buat salah.Yang takut orang yang bercita-cita nak buat salah.

ISA ada pun dia orang terang-terang buat huru hara.ISA tak ada dia orang terang benderang berpiang-piang menganjing kerajaan.

Lu tengoklah nanti.

Kerajaan ingat dapatlah undi dia orang.Ptuuiihh,tak dapat punya.Hilang undi lagi ada.Penyokong yang sedia ada dah menyampah dan meluat sokong kerajaan yang penakut tahap dewa ni.Yang dikendong berciciran yang dikejar lintang pukang tunggang langgang.Tak Caya?Sendiri tengoklah nanti.



Bukti apa lagi yang kerajaan mahu untuk percaya yang silent majoriti ni sentiasa di belakang mereka.Tidak cukupkah Lebih 4000 NGO yang mewakili jutaan rakyat Malaysia menentang himpunan BERSIH dulu.Tidak cukup lagi kah?



Tidak cukup tambah lagi.Banyak dah NGO buat laporan polis tentang perangai Mat Sabu.Rakyat dah muak dengan kerenah pembangkang.

TETAPI apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa?Mereka bebas lepas menjelir lidah kepada kerajaan.Hina jalur gemilang, lepas,hina mahkamah,lepas.Hina SPB Yang Di Pertuan Agung,Lepas. 



Rakyat melihat semua ini dan beranggapan bahawa tiadalah kerajaan sepenakut ini didunia melainkan BN saja.Ada menteri yang bertanggungjawab asyik amaran saja tanpa tindakan.

Perlukah kita yang setia di belakang kerajaan terus mempertahankan kerajaan?Rasa-rasanya waham. Sokongan akan terhakis sedikit demi sedikit dek kerana bosan,meluat dan menyampah menyokong kerajaan yang selemah ini.

Kemungkinan tangan yang mengangkat mereka juga lah yang akan menjatuhkannya.

Kalau berterusan begini maka selamat menganggurlah wahai semua bapak bapak menteri.

Kita angkat kerajaan baru.Baik buruk belum tahu.Kita cuba cuba dulu.

4 comments:

Yb Raz said...

rilekslah..kecoh betul dewata ni.belum apa apa dah meroyan pasal ISA..bawak bawak ler bersabau. ISA bukannya menentukan jodoh ajal maut kita.

PRU pun tahun depan.kita tengok dulu plan Najib.kalau rasa tak menguntungkan poket saudara, saudara xnak undi diapun takpe.

ramai lagi orang nak undi dia.

Anonymous said...

Pendapat sendiri, tak ada?

Anonymous said...

Dah balik air dh gaya org kuat ni. Najib dh agak, kjaan la ni akan tumbang. Kalau ISA masih ada nt kjaan baru akan ISA kan bekas2 menteri UMNO jk mrk buat hal nt. Begitu juga akta mesin cetak. Kena ubah cepat2 sblm kjaan baru ambil alih. Pandaikan Najib. Apa jua undang2 yg menyusahkan pembangkang perlu dimansuhkan. Nt yg susah Najib jga bila dh jd pembangkang.

Anonymous said...

Yb Raz aje yang undi dia

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024