Sunday, September 11, 2011

Sejarah Kampung Batu Balai Jerantut Dan Realiti Politik PRU 13


Kampung Batu Balai adalah kampung dihujung Daerah Jerantut sebelum sampai ke Benta. Dulu pada tahun 1970an dan 1980an di Kampung Batu Balai selalu ada 'roadblock' polis kerana arahan perintah berkurung masih dikuatkuasa akibat aktiviti pengganas Komunis.

Kampung Batu Balai adalah kampung yang unik di Jerantut terutama kepada orang politik sebab kampung ini boleh dikatakan 'cradle of PAS'. Ramai pemimpin PAS tersohor baik peringkat negeri dan pusat berasal dari Kampung ini.

Antara tokoh hebat ialah Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, sekarang Ketua Penerangan PAS Pusat, dulu pernah menjawat Naib Presiden PAS dan YDP PAS Pahang. Dr Hamzah Jaafar calon parlimen PAS Jerantut pada PRU 2004 dan 2008. Mat Nor Jaafar, sekarang Ketua KITA Jerantut dulu Ketua Cabang PKR Jerantut nyaris-nyaris boleh menang DUN Damak pada PRU 12 dulu kalau tidak Cikgu Koh DAP kacau daun.

TG Nik Aziz bila melawat Jerantut suka singgah atau bermalam di Kampung Batu Balai. Dikatakan ramai sedara mara Nik Aziz berkampung di Kampung Batu Balai. Mereka dari keluarga bangsawan Kelantan keturunan Raja Jembal. Tuan Ibrahim Tuan Man adalah anak saudara sepupu TG Nik Aziz.

Secara ringkasnya Kampung Batu Balai ini merupakan kampung yang dibangunkan oleh imigran dari Kelantan. Pada awal kedatangan imigran ini, Kampung Batu Balai merupakan hutan belantara yang berlatar belakangkan harimau, tenuk rusa dll. 

Berdasarkan apa yang WZWH tahu, para imigran ini terdiri daripada golongan-golongan ulamak yang sangat disegani. Ada diantara mereka yang terdiri daripada keturunan ulamak negara hari ini. Dengan kedatangan ini, perkembangan dan pengaruh agama Islam sedikit sebanyak mencorak kehidupan masyarakat Batu Balai. Hal ini boleh dibuktikan pada hari ini yang mana corak masyarakat yang berpegang pada teras agama Islam masih utuh. 

Pembukaaan Kampung Batu Balai berkembang seiring dengan berkembangnya kuantiti masyarakat setempat. Pengaruh imigran Kelantan yang membuka penempatan awal di Batu Balai masih lagi boleh dikesan hingga hari ini. Masyarakat Batu Balai hari ini, dianggarkan 90% masyarakat Melayu terdiri daripada mereka yang berketurunan atau menggunakan dialek Kelantan. Tidak hairanlah kalau Kampung Batu Balai dianggap perkampungan kelantan tulen.

Dari segi nama pula, menurut sejarah lisan Kampung Batu Balai diperoleh daripada batu yang terdapat pada dasar Sungai Cheka atau lebih dikenali Sungai Jambatan. Menurut cerita, dalam sungai tersebut mempunyai satu batu besar yang sangat unik. Hal ini kerana, batu tersebut sangat besar serta terdampar pada dasar sungai dan menyerupai balai menghadap seperti di Istana. Gabungan batu yang besar dan balai ini membentuk Batu Balai dan kekal sehingga hari ini.

Ramai juga orang Jerantut yang tidak tahu uniknya Batu yang bernama Batu Balai ini dikatakan merupakan tempat perjanjian dan minum air Yasin pahlawan-pahlawan terbilang Pahang iaitu Mat Kilau,Pawang Nong dan ada beberapa orang lagi dan menurut buku sejarah mengenai Kampung Batu Balai, mereka berikrar menentang British dengan berjanji serta minum air Yasin sebagai tanda setia....tempatnya di Kampung Batu Balai...

Daripada hutan belantara yang sememangnya sangat tebal, Kampung Batu Balai kini menjadi sebuah kampung yang dibangunkan seiring dengan keperluan semasa. Kalau satu hari dulu, pengangkutan air merupakan jalan utama untuk ke pekan, hari ini jalan berturap telah menggantikannya. Pada hemat WZWH, Kampung Batu Balai merupakan kampung yang terjaga dari segi moral, dan pegangan hidup masyarakatnya.

Dari segi realiti politik, kalau dilihat dari peti undi PRU 12 SJKC Batu Balai dari 1337 pengundi berdaftar BN Parlimen hanya mendapat 414 undi berbanding dengan PAS Parlimen mendapat 581 undi. PAS Parlimen menang majoriti 167 undi. Ini tempat kampung kelahiran Dr Hamzah Jaafar calon PAS Parlimen. Ternyata terdapat sokongan yang ketara juga untuk BN Parlimen.

Begitu juga dengan keputusan DUN Damak, dipeti undi Batu Balai MCA mendapat 416 undi, PKR 506 undi manakala Bebas mendapat 62 undi. Ini juga tempat kelahiran Mat Nor Jaafar calon PKR maka menang majoriti 90 undi. Sokong kepada MCA DUN hampir sama dengan BN Parlimen.

Realiti politiknya oleh kerana 90% penduduk Kampung Batu Balai dari keturunan orang Kelantan maka sudah tentu mereka bagi undi kepada calon anak Kampung Batu Balai dan PAS pilihan mereka. Namun ada juga mungkin 45% menyokong BN. Pahang mengamal dasar pintu langit terbuka. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 

Bagaimana dengan PRU 13 nanti....bila Tengku Azlan BN boleh jadi tidak bertanding parlimen Jerantut dan Tuan Ibrahim Tuan Man bakal bertanding parlimen PAS Jerantut, apakah corak sokongan 1340 pengundi Kampung Batu Balai? Kita akan lihat nanti...

Hayatilah sebuah lagu dikir barat hasil karya anak jati Kampung Batu Balai, Abeli Rosli

DILEMA MELAYU KITA......

Apa erti kemerdekaan... bagi umat melayu kita....
Tidak mau perubahan... anak cucu menjadi mangsa....
Bangsa lain dok rebut peluang.. kenapa kita dok tengok saja ..
Masa tetap berjalan... sesaat tak tunggu kita........

Bangsa lain hidup bersatu.... kita baloh sama sekampung..
Bangsa lain makin maju.... bangsa kita makin mundur..
Orang bercakap percaya selalu... Angguk kepala macam jepun...
Ikut cara dulu-dulu.... Macam katak bawah tempurung......

rumah org rumah batu... rumah kita rumah atap..
rumah org pagar batu... rumah kita pagar kerawat.
rumah org karpet baldu... rumah kita tikar karat..
masa begwoh menyambut menantu... patah gelega cabut tungkat...

Kereta org kereta mescedes... kereta kita morris minnor....
kereta org asap nipis.... kereta kita asap bunga...
kereta org hidup dgn suis... kereta kita mapuh tolak sokmo....
Beli baru tak ada pitis.... beli beras pun berhutang sokmo...

anak org jadi perniaga.. anak kita jadi pertani....
anak org baju chap buaya.... anak kita baju guni..
anak org bahagia....... anak kita makin pening...
jadi mangsa dadah ganja... jadi mangsa budaya kuning.



anak org naik kapal terbang.... anak kita Naik teksi..
anak org makan di hotel............. anak kita kedai kopi..
anak org jual barang.... anak kita la jong beli.....
tak dok pitis relo berutang... rantai bini pun gadai lagi...

anak orang baca buku... anak kita ralik derak
anak org minum susu...anak kita togok ubat..
anak org masuk ko u.... anak kita masuk lokap..
macam mana kita nak maju .... kalu taksir berubah sikap..

anak orang gi masjid... anak kita tepi jalan....
anak org ko dok ngatip.... anak kita duduk gewe..
anak org perangai baik... anak kita macam jembalang..
dok cari bala penyakit.... tok sir pikir masa depan......

Dalema...dalima...dalima.. Melayu kita........

6 comments:

Jiwa Islam said...

Hehe...Terima kasih pada Wan Zamzuri tolong promote Batu Balai dalam blog dan saya baca artikel tersebut...Abe Hing ( Tuan Ibrahim ) anok sedara benar Tok Guru Pok sedaro Ahmad Fuad anok Tuan Mad adik Saiful,,tu pun kalu Fuad di atas ni Fuad adik saiful laa...cuma ramai orghe tahu Batu Balai adalah kampung penduduk asal daripada Kelantan tetapi tahukah penduduk Batu Balai sendiri siapakah yg mula-mula datang ke Batu Balai??? Remaja yg mula-mula sekali datang ke Batu Balai masih ada lagi sekarang iaitu Haji Yakub Bin Hj Hamat ayoh kepada Cikgu Sukri yg tahu sejarah Batu Balai...Tuan Man sendiri datang kemudian sedikit....dulunya ada sekolah agama rakyat di kampung anok gajah yang mana gurunya adalah Cikgu Haji Yakub dan Ustaz Mad Said dan antara muridnya Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi...dulu anok gajoh ni memang ado..Abe Hing dan kawan-kawannya pernah main ngan anok gajoh ni...(kalu tok saloh sayo abe hing pernoh sebut dale kuliahnya ) ramai juga yg tak tahu uniknya Batu yang bernama Batu Balai ini dikatakan merupakan tempat perjanjian dan minum air Yasin pahlawan-pahlawan terbilang Pahang iaitu Mat Kilau,Pawang Nong dan ada beberapa orang lagi dan menurut buku sejarah Batu Balai yg saya baca mereka berikrar menentang british dengan berjanji serta minum air Yasin sebagai tanda setia....Tempatnya di Batu Balai...sedikit analisis saya tentang politik Batu Balai masa hadapan dan samada warga Batu Balai sedar atau tidak bahawa jika dalam PRU 13 nanti ditakdirkan ada perubahan pentadbiran politik di peringkat negara iaitu PR mampu menggantikan BN mentadbir Malaysia...Pahang pula jika ditakdirkan berjaya dikuasai oleh PR dan Dato Tuan Ibrahim ditakdirkan menang di kerusi beliau bertanding...sebagai pesuruh jaya PAS Pahang memang ada kemungkinan nama beliau turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Pahang....( hanya kajian peribadi saya ).....itupun jika PR yg menang PRU 13...jika tewas adat bertanding dan yg menang wajib teruskan amanah mentadbir dengan baik...Wallahua'lam...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Jiwa Islam,
Terima kasih atas maklumat tambahan Jiwa Islam. WZWH menghormati pandangan politik Jiwa Islam...WZWH berjanji akan memastikan yang menang wajib teruskan amanah mentadbir Jerantut dengan baik. Itu piagam pelanggan blog WZWH.

Anonymous said...

ambo pernah lalu ikut batu balai suatu masa dahulu, loni tentu dah banyak berubah, jd bila baca cerita ni, teringatlah juga. sedap baca lirik dikir barat tu.......

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:15,
Dikir Barat Orang Kelantan Jerantut ni kalau ajak bertanding dengan dikir barat Kota Bharu....belum tentu Kota Bharu boleh menang ekekekekeke.

Anonymous said...

dulu datuk mereka datang wz kata orang alim belaka, tengok hari ni orang batu balai samseng je yang ramai, gedebe tak bertempat, apasal la wz izinkan mereka berkampung di pahang ni? halau je balik kelantan

Unknown said...

Syabas pada penulis yg me.gisahkam kampung ini.Sejarah kini.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024