Posts

Showing posts from August, 2011

Najib Perlu Cuba "Gross National Happiness" -Falsafah "The Economics Of Happiness"

Image
UMNO telah cuba berbagai dasar ekonomi selama lebih 50 tahun untuk buat rakyat Malaysia puas hati dan gembira. Namun ramai pihak masih tidak puas hati; natijahnya PRU 12, BN tidak dapat 2/3.
DS Najib ada program ekonominya tersendiri; ekonomi berpendapatan tinggi melalui EPP dan ETP. Namun segelintir rakyat juga tidak puas hati.
Najib kini perlu cuba dasar baru ekonomi-"Gross National Happiness" dari falsafah "The Economics Of Happiness".
Pengenalan dasar baru ekonomi ini:
The relentless pursuit of higher income is leading to unprecedented inequality and anxiety, rather than to greater happiness and life satisfaction. Economic progress is important and can greatly improve the quality of life, but only if it is pursued in line with other goals.
Malaysia should pursue “gross national happiness” rather than gross national product an alternative, holistic approach to development that emphasizes not only economic growth, but also culture, mental health, compassion, and commu…

Blog WZWH Bantu MNPC Menarik Sokongan Rakyat Kepada Tenaga Nuklear

Image
Blog WZWH sudah lama berkempen kepada rakyat Malaysia terutama kepada orang Jerantut Pahang supaya menyokong pembinaan loji janakuasa nuklear sebagai sumber tenaga alternatif sejak Mei 2010. 
Banyak posting WZWH tulis tentang keperluan kepada tenaga nuklear bagi krisis tenaga mendatang demi kebaikan ekonomi Malaysia. Antaranya sila klik sini dan klik sini. Juga sila klik sini.
Kerajaan Malaysia sedang mencari sebuah agensi perhubungan awam untuk membantu membina sokongan orang awam terhadap usaha Putrajaya mengadakan tenaga nuklear — sumber tenaga alternatif menjelang tahun 2013.
The Holmes Report, yang diterbitkan di New York, melaporkan awal minggu ini bahawa Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC), sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan Januari lalu, telah menyenarai pendek tiga firma untuk membantu menjalankan kerja-kerja perhubungan awam projek yang sensitif itu.
Krisis loji nuklear Fukushima telah meninggalkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap tenaga nuklear. Kempen keseda…

Mat Sabu 'Penyelamat' UMNO PRU 13

Image
Mat Sabu lebih cerdik dari Anwar...Mat Sabu tahu apa nasib Anwar...Mat Sabu sudah pakatan dengan DAP...nanti bila Mat Sabu jadi Presiden PAS...Mat Sabu tahu kerusi PM di Putrajaya boleh dicapai...untuk dapat majoriti undi Cina...Mat Sabu puja komunis Malaya ke langit!
Perwakilan PAS memilih timbalan presiden berlandaskan kepada faktor hebat berceramah sudah menampakkan kesilapan dan kesalahan paling ketara. Mat Sabu telah merosakkan kredibiliti PAS dan dirinya sendiri.
Hanya kerana dendam membara terhadap UMNO, Mat Sabu sanggup menafikan bakti dan jasa anggota polis Bukit Kepong dalam ceramahnya 21 Ogos 2011.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Jasa Mat Sabu ini telah memberikan durian runtuh kepada UMNO. 
Umat Islam akhirnya telah difahamkan akan tatacara perjuangan politik PAS.
Kalau PAS konsisten seperti mana gerak laku mereka sebelum PRU 2008, kemungkinan PAS mampu menggantikan UMNO.
Tapi sayang, seribu kali sayang...
Allah SWT masih sayangkan Melayu atau lebih tep…

Tuan Ibrahim Tuan Man Memalukan Jerantut Dan Pahang!

Image
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas mohon Putrajaya adakan Referendum bagi penduduk dalam radius 70 km sekitar kilang Lynas di Gebeng.
Tahukah dia apa sistem yang negara ini gunapakai? Malaysia gunapakai sistem undi di pilihanraya dan bukannya sistem Plebiscite. Mungkin dia tidak pernah tahu apa yang diperuntukan oleh Perlembagaan Negara. Tidak dapat hendak salahkan beliau kerana semasa beliau menjadi wakil rakyat penggal 1999-2004 pun beliau bukanlah seorang wakil rakyat yang ada pengetahuan mengenai pemerintahan dan sistem pemerintahan demokrasi negara. Kelebihan yg ada pada beliau hanyalah membacakan ayat quran yang beliau fikirkan sesuai untuk politik beliau sahaja. Beliau juga minat untuk tidak membaca ayat quran yang tidak menyebelahi kepentingannya.
Kalau pun dia tahu Referendum itu tidak mungkin dapat dilaksanakan, gesaan beliau ini hanya satu permainan politik murahan yang akan exploit penyokong yang tidak tahu apa itu referendum. Beliau akan guna perkataan pungutan suar…

Sejauh Mana Rakyat Pahang Kenal Negerinya?

Image
Sejauh mana rakyat Pahang kenal negerinya? Penduduk Pahang mengikut banci 2010 berjumlah 1.5 juta. Rakyat Pahang perlu belajar mengenali negerinya supaya menpunyai semangat cintakan negeri Pahang dan memiliki jati diri yang unggul.
Rakyat Pahang mesti tahu sejarah negerinya. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada bahan penulisan "Sejarah Melayu" yang disusun oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612. Kita perlu bahan-bahan dari China, India, Parsi, Arab dan Portugis.
WZWH mahu bicara sejarah terutamanya negeri Pahang supaya rakyat Pahang dan Jerantut tahu apakah tradisi kepimpinan politik yang kita warisi. Apakah legasi yang boleh kita gilap semula untuk kita bina Jerantut, Pahang dan Malaysia baru.
Apa yang kita tahu tentang Tanah Melayu? Sekitar tahun TM 70 India terpaksa bertumpu ke Semenanjung Tanah Melayu yang dipanggil Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. India perlu emas yang terputus bekalan dari Siberia dan Maharaja Rom, Vespasian tidak membenarkan emas ditawarkan…

6000 Polis Dibunuh Komunis, Mat Sabu Kata Bagus Perbuatan Hero Negara!

Image
Mat Sabu marah semasa rally Bersih 2.0, sendiri aksiden tapi kata polis langgar. Bila polis siar video sebenar, satu Malaysia tahu Mat Sabu pemimpin PAS paling tidak ada kredibiliti dalam sejarah kepimpinan politik PAS.
Sebab itu Mat Sabu kata peristiwa tragedi balai polis Bukit Kepong bila 200 komunis menyerang 15 polis dan keluarga, yang menyerang itu (komunis) adalah hero sebenar negara.
Mat Sabu bagi alasan polis mempertahankan British sedangkan Bukit Kepong dibawah kerajaan Johor bersultan. Mat Sabu tidak nampak bahawa sebenarnya komunis itu juga menyerang dan khianat kepada Sultan Johor.
Mengikut rekod PDRM seramai 6000 anggota polis telah dibunuh komunis maka Mat Sabu boleh kata itu bagus perbuatan hero negara.
Kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.
Mungkin ada hikmahnya ini semua. Orang Melayu akan t…

PAS Mengulangi Budaya Zaman Gelap Eropah

Image
YB Dr. Che Rosli Che Mat seorang tokoh renaissance PAS pakar nuklear telah menasihat orang Pahang jangan percaya kepada pungkor(pembohongan) Fuziah Salleh tokoh PKR Pahang yang anti pembangunan tidak mahu kilang Lynas dibina di Gebeng, Kuantan.
Zaman gelap Eropah merujuk kepada zaman gereja menguasai sepenuhnya kehidupan masyarakat termasuk bukan saja hal agama namun tentang fakta sains.
Penentangan golongan saintis dan falsafah terhadap authoriti gereja menghasilkan zaman renaissance. Itulah yang berlaku kepada PAS kini.
PAS yang kononnya dibarisi kepimpinan ulama telah membuat keputusan parti tidak menyokong projek Lynas di Gebeng Kuantan. Ini adalah mengikut perancangan PKR dan DAP Pahang semata-mata tanpa merujuk fakta sains dan pakar nuklear, radiologi dan 'rare earth'.
Tetapi bila pimpinan tertinggi PAS memanggil YB Dr Che Rosli Che Mat, ahli parlimen Hulu Langat yang juga merupakan seorang saintis nuklear kerana menyokong loji  pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat K…

Adakah Komunis Agenda PAS Selepas Tolak Negara Islam?

Image
Orang Islam Melayu atas pagar keliru bila PAS langgar perlembagaan parti tolak Negara Islam sebagai perjuangan utama. Ahli PAS di kampung-kampung terpingga-pingga. Mereka menyokong PAS kerana percaya Doktrin Negara Islam.
Bila pemimpin ulamak tewas kepada Mat Sabu dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS awal tahun ini menambah resah penyokong tegar PAS. Mat Sabu yang kredibilitinya diragui seperti kes khalwatnya di Hotel Perdana, Kota Bharu, isu Tabung Memali yang disalahguna, isu ideologi syiah buat bukan saja majoriti orang PAS malah orang UMNO pun bimbang.
Bila Mat Sabu terang-terangan dalam ceramah politik secara terbuka memuji dan mengangkat serta mengagongkan perjuangan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng dan mengatakan semua sejarah kemerdekaan negara adalah bohong serta Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang talibarut anjing British dan yang lebih sedih polis dan askar Melayu semasa era British adalah perjuangan sia-sia maka timbul persoalan besa…

Mat Sabu Puja Chin Peng Komunis Pejuang Kemerdekaan Sebenar

Image
Chin Peng Komunis adalah tokoh idola terkini PAS. Jika PR menang PRU 13 nanti gambar-gambar Chin Peng akan digantung di bangunan-bangunan Putrajaya sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar!
Mat Sabu Timbalan Presiden PAS buat parti PAS serba salah. Sebab hendak undi orang Cina, Mat Sabu hina  tokoh kemerdekaan negara-Dato' Onn Jaafar dan Tunku Rahman serta anggota keselamatan polis dan askar semasa darurat malah memuja pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Ramai ahli PAS malu dan mahu menyorok bawah meja sekarang. Inilah kekalutan bila PAS menolak kepimpinan ulamak dan memilih ahli politik 'haprak'.
Mat Sabu menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar?
Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka y…

Ahli Politik Berilmu VS Ahli Politik Sampah

Image
Isu Lynas buat ramai ahli politik dari Pakatan Rakyat samada dari PKR, DAP dan PAS jadi ahli politik sampah. Mereka mempengaruhi rakyat dengan emosi bukan dengan fakta sains. Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, negara ini akan hancur kerana dibina dari premise emosi!
Dalam posting WZWH yang terdahulu sila klik sini dan klik sini juga klik sini, WZWH telah dedahkan bagaimana Fuziah Salleh memperbodohkan orang Kuantan dan Pahang.
Pendedahan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang Saintis Nuklear dalam segmen TV3, Karam Singh Walia, berkenaan isu Lynas buat Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fauziah Salleh seperti sampah.
Apa kata Dr Che Rosli Che Mat, saintis nuklear:
“Yang membawa isu ni (adalah) PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap.“Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. …

Koperasi Keluarga Pulau Tawar Jerantut

Image
WZWH dapat SMS dari sahabat rodong lama belajar di SEMSAS Kuantan. Sahabat ini asal Kampung Pulau Tawar. Beliau berjaya dalam kariernya sebagai orang no 3 dalam sebuah GLC di Kuala Lumpur.
Mesej beliau:
Salam, Saruji ni: Ingatan Mesra, MAJLIS RAYA KELUARGA PULAU TAWAR, 31/8 (Rabu), Mula 7.15 malam. 7.30pm : Maghrib Jemaah, 7.50pm:Tahlil, 8.00pm:Jamuan Makan Malam, 9.00pm:Isya' Jemaah, 9.20pm-11.15pm:Doa, Ucapan penubuhan koperasi, Perkisahan Sejarah, Sesi Perkenalan, 11.30pm:Bersurai. Jangka 500 orang hadir. Mohlah weh...
WZWH percaya dan yakin dengan kepimpinan sahabat WZWH ini juga ada pertalian darah dalam mewujudkan persatuan keluarga salasilah Pulau Tawar dan mahu menubuhkan koperasi keluarga Pulau Tawar.
Dari mana datang dan asal keluarga Pulau Tawar ini?
Bagi orang luar tentu terbayang nama pembesar dan pahlawan Tok Gajah (Imam Rasu) dan Mat Kilau. Kita diberitahu mereka ini berasal dari Budu (Benta).
WZWH banyak buat posting tentang Kampung Pulau Tawar, sila klik sini. Dikatakan…

Yayasan Tembeling Mengangkat Sosioekonomi DUN Tahan

Image
WZWH sebagai penasihat ekonomi dan politik DUN Tahan telah lama berfikir bagaimana mahu mengangkat taraf sosioekonomi DUN Tahan.
Sebagai DUN yang paling mundur sekali dan berpotensi sebagai DUN yang paling kaya asetnya dalam negeri Pahang maka penduduk DUN Tahan perlu menikmati hak-hak yang sepatutnya.
Bukan mahu menidakkan sumbangan kerajaan negeri Pahang dan Pusat terhadap pembangunan DUN Tahan namun WZWH merasakan tempo yang perlahan melambatkan. WZWH mahu lihat pembangunan yang robust, cepat dan pantas.
Pemimpin berjiwa besar tiada masa melihat pembangunan yang lambat dan tahap sosioekonomi yang rendah. Tahap ini perlu diangkat. Permasalah masyarakat samada golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal, pendidikan anak-anak miskin, bantuan latihan, pendidikan dan kewangan perlu diberi dengan pantas.
Mencari bantuan dana dari sumbangan korporat dan dari Syarikat Sdn Bhd ada batasan dan limitnya. Korporat ini objektifnya untung. Entiti bisnes ini tidak mampu untuk menyumbang selalu dan kerap…

Antara Program Berbuka Puasa DS Najib Dan Tuanku Sultan Pahang, Yang Mana WZWH Mahu Hadir?

Image
Dua minggu lepas, Duta Besar Malaysia ke Amerika, DS Jamaluddin Jarjis beritahu WZWH program berbuka puasa DS Najib bersama pemimpin UMNO Pahang di Temerloh pada 24 Ogos 2011.
DS JJ mahu ramai pemimpin Pahang turun ke Temerloh meraikan DS Najib kerana ini program pertama DS Najib berbuka puasa di Pahang bersama pemimpin UMNO Pahang.
Maka kesemua empat peringkat kepimpinan UMNO Pahang-Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri dijemput termasuk juga ahli UMNO dan rakyat sekitar Temerloh.
Kemudian yang terbaru KDYMM Tuanku Sultan Pahang mahu mencemar duli berangkat ke Kuala Tahan (DUN Tahan), Jerantut menghadiri program berbuka puasa dengan rakyat juga pada 24 Ogos 2011.
Ini ialah program kerajaan negeri. Majoriti Ketua Jabatan kerajaan diketuai oleh DS SUK turut hadir. DUN Tahan sungguh bertuah kerana Tuanku Sultan Pahang kerap dan suka datang ke DUN Tahan, Jerantut. Pada 25 September nanti, Tuanku Sultan Pahang akan berangkat sekali lagi ke majlis jamuan Hari Raya DUN Tahan.
Antara program berbu…

Catatan Perjalanan Ke Ulu Tembeling

Image
Bazar ramadan bandar Jerantut dilihat dari udara. Sungguh meriah rakyat Jerantut membeli juadah berbuka puasa.

DUN Tahan kaya dengan flora dan fauna. Ini harta termahal DUN Tahan. Pertahankan khazanah DUN Tahan. Jika mahu buat pembangunan cuba minimunkan kerosakan alam. Hutan DUN Tahan membekalkan oksigen berkualiti kepada Pahang dan Malaysia Barat.

Inisitif Temenggung "Adopt A Kampung" Balancing People And Nature sila klik sini dan penubuhan Ranger Temenggung disetiap kampung dalam DUN Tahan adalah langkah terpuji menjaga alam sekitar dari putera bongsu Tuanku Sultan Pahang.

Gunung Tulang memisahkan sempadan Tekai dan Tembeling. Panorama yng sunggguh cantik.

Felcra Ulu Tembeling seluas 3000 ekar. Kawasan hutan dibersihkan. Syarat menjadi peserta Felcra Ulu Tembeling ialah anak jati Ulu Tembeling.

Kubota jentera membajak sumbangan mantan ahli parlimen Jerantut Arwah Dato' Sharif Ahmad pada tahun 1970an kini tinggal kenangan sebagai relik di Kampung Bantal kerana tidak lagi d…

Berbuka Bersama Penduduk Ulu Tembeling

Image
Helikopter membawa WZWH mendarat di Kampung Bukit Mat Daling Ulu Tembeling. Kelihatan chalet Ayah Busu Uyup dalam pembinaan.
Bersama penduduk kampung menunggu masuk berbuka puasa. WZWH sangat teruja kerana ramai orang kampung keluar menghadiri majlis berbuka puasa.






































Sembahyang terawih bersama penduduk kampung.

Makan moreh selepas sembahyang terawih.















Bersahur di Kampung Bantal.















Sembahyang subuh berjemaah di Kampung Bantal.

Program Berbuka Puasa Di Perkampungan Ulu Tembeling

Image
Minggu ini dari hari Khamis hingga hujung minggu WZWH sibuk betul dengan program berbuka puasa. Tak larat WZWH nak kejar kesemuanya.
Hari Khamis jemputan majlis berbuka puasa AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bersama Ketua Pemuda cawangan di seluruh DUN Pulau Tawar di Sungai Tekam Resort. 
Hari Jumaat jemputan ke majlis berbuka puasa ahli parlimen Jerantut bersama penduduk Kampung Melayu, Mat Kilau dan Perumahan LKNP Jerantut.
Hari Sabtu jemputan majlis berbuka puasa di Kampung Bukit Mat Daling dan hari Ahad di Kampung Bantal.
Program Berbuka Puasa di perkampungan Ulu Tembeling selalunya WZWH tidak pernah menolak. Untuk menjelajah keseluruh lima kampung besar di Ulu Tembeling seperti Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan kampung Bukit Mat Daling dalam masa dua hari adalah sukar lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini.
Mahu tidak mahu WZWH terpaksa menaiki helikopter berlepas dari padang Jerantut selewat-lewatnya pukul 4 pm hari Sabtu. Mengikut program berbuka di…

China 'Gila Besi' , Pahang Dan UMNO Juga Untung!

Image
China sekarang kemaruk besi. Mana-mana projek bijih besi di seluruh dunia pasti ada agen China. Terbaru di Afrika Barat.
China mengimport 618 juta tan bijih besi tahun lepas. 85% import bijih besi datang dari Australia, Brazil, India dan Afrika Selatan. Namun China lebih suka beli bijih besi dari Pahang sebab kos pengangkutan lebih murah.
China sudah terdesak sampai peringkat bukan sahaja mahu setakat JV dengan syarikat tempatan malah mahu terus telan syarikat.
China tidak mahu bergantung kepada tiga syarikat besar dunia. Apa yang China harapkan boleh dapat bijih besi 250 juta tan setahun. Namun pengeluar utama besi dunia masih mempunyai kelebihan infrastruktur, modal dan kualiti.
Syarikat besi dan keluli China seperti Baoshan, Wuhan dan Shandong digalakkan menguasai bijih besi dunia dan perancangan China pada tahun 2015 sudah boleh berdikari.
China hanya menguasai 10% dari bijih besi import. China mahu 50% bijih besi dari sumber pelaburan bijih besi  luar China dijangka 10 tahun lagi.
Liha…

UMNO Dan FELDA Hendaklah Berterima Kasih Kepada Peneroka

Image
Pisang emas bawa belayar, Masak sebiji didalam peti,Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Pemimpin UMNO perlu ikhlas membela nasib penduduk luar bandar. Jangan ungkit perkara-perkara yang tidak sepatutnya diungkit.
Setiap kerajaan wajib membela nasib orang miskin. Peneroka sememangnya berterima kasih kepada kerajaan dan Felda yang berjaya mengadakan rancangan Felda membantu rakyat luar bandar yang merupakan program terbaik dunia.
Tetapi rancangan Felda bukan percuma kerana setiap sen yang dibelanja Felda membangunkan Felda dan segala infrastruktur ditanggung sebahagiannya oleh peneroka.
UMNO dan Felda kena berterima kasih kepada peneroka kerana hasil titik peluh dan keringat peneroka Felda menjadikan Felda sebuah badan agraria terbesar di Asia Tenggara.
Peneroka Felda yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara sebelum muncul Petronas.
Untuk mengekalkan undi kaum peneroka, kerajaan dan pengurusan FELDA khususnya perlu sentiasa peka dengan masalah-masalah kaum peneroka…