Friday, March 2, 2012

Perlukah Najib Reverse Dasar Tun Razak Sesuai Dengan Peubahan?


Soalan ini jika ditanya akan mendapat bantahan dari hardcore UMNO. Adakah hardcore UMNO mengkaji adakah Dasar Tun Razak masih relevan hari ini?

Apakah hasil dari Dasar Tun Razak? Kawasan luar bandar @ rural menjadi semi-urban dan akhirnya bandar yang semakin berkembang.

Bandar menarik orang luar bandar berhijrah mencari kehidupan terutama orang Melayu. Bandar ada tarikan tamadun. Yang penting orang mahu pekerjaan dan peluang bisnes kerana pasaran yang besar.

Sara hidup di bandar lebih tinggi dari di luar bandar. Keadaan sudah berubah. Dulu miskin kampung sekarang ini miskin bandar.

Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar negara ini berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Lebih 70% penduduk Malaysia tinggal di bandar dan majoriti yang berpendapatan di bawah RM3000 adalah Melayu.

WZWH telah membawa usul ini dalam Mesyuarat Pemuda dan UMNO Bahagian Jerantut 2011 sila klik sini.

YB DS Dr Jamaluddin Jarjis menerangkan lebih lanjut dalam ucaputama Konvensyen Ekonomi Pahang pada 29 Februari 2012 bahawa PRU 12 menunjukkan pengundi bandar lebih berminat dengan isu korupsi, perumahan, keselamatan awam, sara hidup, pengangkutan dan tadbir urus yang baik.

Kerajaan BN perlu respon kepada keperluan pengundi bandar. Orang bandar menghadapi masalah dan tekanan kewangan.

Program-program Jaringan keselamatan Sosial seperti Klinik 1M, KR1M, SARA 1M, BR1M dan Projek Perumahan Rakyat 1M mensasarkan segmen orang bandar yang gawat kewangannya.

BN perlu menekankan dasar-dasar yang responsif kepada keperluan berbagai level masyarakat. 

Tun Razak memperkenalkan Felda kepada penduduk luar bandar bagi menyelesaikan keperluan ekonomi mereka di hutan rimba yang ditransformasi sepenuhnya.

Apa yang Najib perlu perkenalkan kepada penduduk bandar yang paling bertamadun yang boleh transformasikan ekonomi mereka?

Kita sudah lihat Najib sudah perkenalkan NEM, GTP dan ETP. Apa program lagi yang Najib perlu secara kreatif dan inovatif membaiki taraf hidup penduduk bandar?

Secara mudah bila pelaburan banyak masuk, ekonomi berkembang, banyak pekerjaan dan peluang bisnes dicipta maka miskin bandar dapat dihapuskan.

Perlukah Najib reverse dasar Tun Razak sesuai dengan perubahan? 

Bolehkan dasar memaju dan memakmurkan luar bandar pada akhirnya dapat memanggil kembali orang bandar kembali pulang ke desa bila pertumbuhan ekonomi luar bandar berkembang?

Jamaluddin Jarjis percaya Najib perlu reverse dasar Tun Razak manakala WZWH masih mahu pertahankan dasar Tun Razak kerana 70% dari kerusi parlimen berjumlah 222 itu berada di luar bandar. 

WZWH mahu pertahankan kekuatan pengundi luar bandar yang merupakan 'fixed deposit'  dan penyokong kuat BN.

5 comments:

Anonymous said...

Kena buat dasar baru iaitu DASAR ULU TEMBELING

Anonymous said...

Boleh Anon 11:19 terangkan dan eloborate dengan lebih lanjut apa itu DASAR ULU TEMBELING?

dobit127 said...

Bila WZWH bercerita tentang bab ekonomi jer, namapaknya tiada sambutan dari pembaca blog ni padahal apa yang diutarakan amat penting demi kelangsungan hidup sejagat..
Ini seolah politik ialah isu semasa sahaja, siapa yang pandai mengambil peluang dan cara ia bertahan dari serangan balas, ia akan menjadi pemenang.. Buktinya bila bercerita bab isu semasa dan politik... berderu-deru komen termasuk yang anom-anom yang masih tak berani nak tulis nama... Biasa ler baling batu, sembunyi tangan.. Masih takut orang ambil tindakan atas keperihatinan kita...

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Untuk berbincang mengenai bab ekonomi bukan calang2 orang. Tapi yang peliknya bab ekonomi apabila mereka belum lagi berbincang masing2 telah ada hulu tujunya. Sepatutnya, rakyat diberikan pendedahan oleh pemimpin baru nampak ikhlas. Bukan orang tak mahu berikan pendapat. Bila ada segelintir "semut" takutkan "kekiak" nak terlibat memacu ekonomi, semua tak dapat, ini kena buat sayarikat sdn bhd, ini kena masuk konsultan, dan bermacam2 halangan lagi. Sepatutnya pemimpin prihatin ajak "semut2" berkongsi kemenangan dari segi ekonomi.

Setuju dengan anom 1119, untuk wujudkan Dasar Ulu Tembeling, ertikata lain Ulu Tembeling kaya dengan hasil mahsul, tapi sapa yang bolot. Intai2lah kebenarannya...

Banir...

dobit127 said...

kepada anom 12.12pm,
Sebab itu kawan cakap kita kena berani bersuara.. Jika tidak, perkara yang saudara sebutkan itu makin berleluasa lagi.. Ini zaman teknologi, yang mana berita dari hutan ulu tembeling pon boleh sampai ke Putrajaya mahupon New York..
Jadi, gunakan semksimum mungkin untuk kebaikan kita juga akhirnya..

Kalau boleh, ceritakan apa yang saudara dan orang lain tahu.. contohnya kawan selalu mendengar Datuk Wan selalu bolot tanah dan balak di sana.. Betulkah berta itu? Adakah khabar angin atau memang pokok bergoyang.. Nak tahu juga datang mana duit sewa heli pergi melawat kawasan..Kot harap duit ADUN jer...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024