Tuesday, April 30, 2013

Gempur Jentera Pemuda dan Puteri DUN Tahan...




JENTERA PEMUDA DAN PUTERI DUN TAHAN SEDIA UNTUK MEMASTIKAN BARISAN NASIONAL TERUS MENGUASAI DUN TAHAN DAN PARLIMEN JERANTUT KHUSUSNYA...

AYUH SEMUA..GEMPUR...!!!!

Untuk pengetahuan, perhimpunan konvoi bermotor Puteri dan Pemuda dari Felda Padang Piol 160 peserta dan 150 lagi peserta dari Felda Sg. Retang....!!



JENTERA PEMUDA DAN PUTERI DUN TAHAN SEWAKTU LAWATAN RUMAH KE RUMAH DI FELDA PADANG PIOL

LAWATAN RUMAH KE RUMAH DI FELDA PADANG PIOL




Jentera Puteri melawat peneroka Felda Padang Piol sakit dan uzur.


Photo

Selesai sudah lawatan rumah ke rumah di Felda Sg. Retang bersama Datin isteri CALON DUN TAHAN. Sambutan di sini sangat meriah.




Di sebelah kanan, Datin calon DUN Tahan adalah seorang juru kempen berkeyakinan dan persuasive  sedang berucap menjadi idola Jentera Puteri DUN Tahan melawat 400 lebih rumah peneroka di Felda Sungai Retang.


DATO WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK BERSAMA GERAK GEMPUR PEMUDA DUN TAHAN. Kereta perisai ini boleh bergerak dan berbunyi...kreativiti pemuda DUN TAHAN.

Monday, April 29, 2013

Sakmongkol AK47 Meramalkan DUN Damak , DUN Tahan dan Parlimen Jerantut kalah!!!

Sakmongkol AK47 meramalkan DUN Damak, DUN Tahan dan parlimen Jerantut kalah PRU 13. Sila klik sini.

Kata Sakmongkol AK47...

Di Pahang, BN akan hilang banyak kerusi DUN. Saya lihat BN akan kalah di Teriang, Damak, Ketari, Sabai, Dong, Teras, Tanah Rata, Beserah, Teruntum, Semambu, Inderapura, Tanjung Lumpur, Bilut, Tahan. BN akan kalah antara 5-7 kerusi parlimen. Kita akan mengejutkan BN Pahang.

WZWH mahu kupas DUN yang di parlimen Jerantut sahaja. DUN Damak dan DUN Tahan kalah bererti parlimen Jerantut pun kalah.

Dari mana Sakmongkol AK47 dapat maklumat? Dari Oracle of Syed Putra? Dari Singapore Intelligence? Dari CIA? atau dari pungkor psiko Sakmongkol AK47 sahaja.

Mari WZWH ajak 63,000 pengundi parlimen Jerantut study apa kedudukan DUN-DUN dan parlimen Jerantut.


DUN Damak



Calon BN DUN Damak mesra pengundi berbilang bangsa.

Ada 27,000 pengundi. Majoriti Melayu. Sakmongkol AK47 tidak perasan calon-calon Pakatan Rakyat berebut DUN Damak. Calon DAP bertanding bebas. Calon PKR berasal dari Chenor macam Melayu Damak atau Melayu Jerantut tiada calon berkaliber. Abang kepada Dr Hamzah Jaafar calon PAS parlimen Jerantut pun bertanding juga.

Bila Pakatan Rakyat berpecah kepada dua atau tiga kumpulan berlawan dengan calon MCA BN maka peluang untuk menang lebih kepada BN.


DUN Tahan



Calon BN DUN Tahan berkopiah putih bersama jentera Puteri DUN Tahan.

Ada 13,000 pengundi. Ada 2 kawasan Felda punyai 6000 undi. Bakinya kawasan Kg tradisional. DUN Tahan adalah satu DUN yang paling banyak menerima peruntukan melebihi RM1 bilion dan lebih dari RM4.5 bilion bagi peruntukan sudah diluluskan akan diimplemen selepas PRU 13.

Calon BN DUN Tahan adalah anak peneroka, masakan 6000 pengundi Felda mahu lihat dan sanggup lihat  anak peneroka kalah.

Calon BN DUN Tahan adalah juga anak kampung tradisional. Masakan anak kampung tradisional mahu lihat calon idola mereka kalah.

Yang penting mana hendak letak maruah puak-puak keluarga Wan di Jerantut kalau calon BN DUN Tahan kalah.


Parlimen Jerantut



Calon BN parlimen Jerantut suka mengimamkan solat berjemaah di banyak masjid dan surau di Jerantut.

Ini calon baru anak tempatan Jerantut. Mengenali banyak lapisan masyarakat Jerantut kerana pernah menjadi Guru Besar dibeberapa sekolah diseluruh daerah Jerantut. Ramai orang PAS anak tempatan Jerantut suka pada calon BN parlimen Jerantut ini.

WZWH tidak nampak ada betul ramalan Sakmongkol AK47 mengenai Jerantut. 

Entahlah kot-kot CIA dan Singapore Intelligence lebih tepat dari WZWH!!!

Ayuh Layan Goyang DANGDUT CITRA MARCELINA - "Kereta Malam"



Dalam ketegangan berkempen PRU parlimen dan DUN-DUN Jerantut di antara ke dua penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, sekali sekala kita layan goyang dangdut oleh artis Citra Marcelina membawa lagu favourite WZWH -'Kereta Malam'.

Terutama buat penyokong PAS jangan taksub sangat kepada ideologi...jangan kuat sangat berarak mengelilingi Felda Sungai Retang dengan konvoi panjang lori, kereta, pick up, motorsikal bawa bendera besar-besar.....tunjuk kekuatan ....enjoy life brothers...

Sunday, April 28, 2013

Calon-Calon Pakatan Rakyat Berebut DUN Damak...Lau Lee Yang Untung!

Ini cerita satu DUN dalam parlimen Jerantut. DUN Damak diberi nama. Ada 27,000 pengundi. Majoriti pengundi Melayu.

Dato' Lau Lee MCA penyandang 4 penggal DUN Damak. Bertanding lagi kali ini PRU 13.

Data PRU 12:

  • Mohd Nor Jaafar PKR 5165
  • Dato' Lau Lee BN 5674
  • Koh Boon Heng Bebas 3295.

Kalau campur undi PKR dan Bebas nyata lebih besar dari undi BN.

Mohd Nor Jaafar keluar PKR masuk KITA. KITA kini sudah bubar...
Koh Boon Heng jadi Pengerusi DAP Jerantut.

Politik DUN Damak memang menarik tapi WZWH tidak faham apa teori politik Pakatan Rakyat pakai di DUN Damak.

UMNO Jerantut memang cadang mahu ambil DUN Damak tapi pucuk pimpinan UMNO tidak bersetuju.

Anwar Ibrahim lebih percaya DUN Damak kena letak calon PKR kalau mahu menang. Letak calon DAP tidak menang.

Koh Boon Heng DAP sudah lama buat kerja politik di DUN Damak. Koh Boon Heng percaya DAP boleh tarik 7000 pengundi Cina.

Dr Hamzah Jaafar calon PAS parlimen Jerantut lebih selesa dengan Koh Boon Heng.

Tapi keputusan Anwar Ibrahim dan Tuan Ibrahim Tuan Man mahu letak calon PKR.

Maka pada Hari Penamaan Calon :

Pakatan Rakyat  letak Dr Jamaluddin calon PKR bertanding DUN Damak.
Koh Boon Heng bertanding bebas bermakna kemungkinan besar DAP perlu pecat kerana engkar arahan parti.
Mohd Nor Jaafar pun bertanding bebas.
Dato' Lau Lee BN

Mohd Nor Jaafar abang kepada Dr Hamzah Jaafar.

Ketiga-tiga calon menyokong calon parlimen PAS Jerantut.

Bagaimana pendirian Dr Hamzah Jaafar? Walau Dr Hamzah Jaafar ada memberi penerangan dalam FB tapi WZWH tidak berapa faham.

Pada WZWH itu penjelasan yang 'confusing' boleh jadi keliru dan kabur.

Kalau ikut teori politik mudah mengenai DUN Damak bila kekuatan Pakatan Rakyat pecah kepada dua atau tiga bila berlawan dengan satu BN maka atas kertas Dato' Lau Lee akan menang akhirnya.

Entahlah mungkin Pakatan Rakyat Jerantut ada teori advance politik yang boleh menghasilkan keputusan yang memberi mereka kemenangan.

Kemenangan di kawasan Majoriti Melayu ...

Kemenangan di kawasan majoriti peneroka Felda ...

Kemenangan di kawasan majoriti Kg tradisional Melayu...

Hebat Pakatan Rakyat Jerantut...

Friday, April 26, 2013

Kempen Eksklusif Kg Gusai Ulu Tembeling Harapan WZWH...

Kg Gusai adalah kampung yang dalam perjalanan mudik dari Kg Bantal selepas melalui Sg Tembeling membelok ke kiri masuk Kuala Sungai Sepia dan terus mudik Sungai Sepia. Pemandangan sungai, air yang jernih, tebing, kampung-kampung kecil, kawanan kerbau, dan hutan sungguh indah panorama.

Kampung Gusai adalah kampung paling unik dalam Malaysia. Satu-satunya sebuah sekolah rendah yang dikelilingi oleh 50 buah rumah. Dulu kampung ini ada ramai penduduk. Sebenarnya dalam kampung Gusai ada beberapa kampung kecil lagi seperti Kampung Lancar, Kasah, Sasak dan lain-lain.

Ini adalah kampung yang melahirkan ramai ahli muzik. Dulu tahun 1960an hingga 1980an ada satu band muzik pancaragam bernama Sepia Nada telah menghiburkan orang Kampung Ulu Tembeling di majlis nikah kahwin. Pengasas band Sepia Senada itu belajar muzik pandai main note muzik di Kuala lumpur. Di kampung ini juga ada pengesek violin yang hebat tapi sudah meninggal orang tua itu.

Ini Kg Gusai ada ramai sedara mara WZWH belah nenek sebelah arwah Engku (ayah). Tok Empat Cikgu Nadir Kuala Tembeling, Tok Empat Suran Felda Sg Retang, Aki Sahar berasal dari Kg Gusai.

Hari ini calon BN DUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak berkempen di Kg Gusai. Ikuti laporan ringkas..


Calon BN DUN Tahan memimpin Datin meranduk air Sungai Sepia naik jeti Kg Gusai.


Rombongan calon BN DUN Tahan.


Orang Kg Gusai yang setia menunggu kehadiran Dato' Wan Amizan.


Orang Kg Gusai berkumpul mahu mendengar manifesto politik pembangunan calon BN DUN Tahan.


Dato'  Wan Amizan membentangkan manifesto politik pembangunan beliau. Pengundi DUN Tahan perlu beri beliau mandat untuk merealisasikan manifesto pembangunan.


Calon BN Dun Tahan bersama pemuda-pemuda Kg Gusai.


Dato' Wan Amizan menarik mesra seorang penduduk mungkin tuan rumah yang ada bendera PAS.


Dato' Wan Amizan beramah mesra dengan golongan muda Kg Gusai sebelum berangkat pulang.


Jeti terminal Kg Bantal.


Long Bakar Ekspres pemandu bot paling berpengalaman di Sungai Tembeling.

Harapan WZWH kepada calon BN DUN Tahan 

WZWH ada hak untuk bersuara tentang harapan WZWH. WZWH tahu kebolehan Dato' Wan Amizan boleh menjayakan pembangunan lebih dari peranan seorang ADUN.

WZWH boleh buktikan tanpa menjadi ahli parlimen pun kita boleh membawa pembangunan kepada Ulu Tembeling. 

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 22km RM120 juta dari Kg Tuit ke Kg Pagi adalah usaha bersungguh Dato' Wan Amizan bagi membina infrastruktur yang dijangka siap pada 2014.


Ini foto jambatan menyeberangi Sungai Tembeling ke Kampung Kuching sebuah perkampungan lama Orang Asli. Dari Kampung Kuching boleh melalui jalan balak menuju Kampung Bantal.

Jambatan ini disediakan oleh syarikat balak untuk kegunaan mengangkut balak dan kegunaan untuk orang kampung berdekatan terutama Kampung Kuala Sat.

Itu tanggungjawab sosial untuk orang kampung kata PRO syarikat balak itu. Pada WZWH jambatan primitif ini menyakitkan mata WZWH memandang. Bila air Sungai Tembeling besar pasti menimbulkan masalah.

Jambatan ini boleh ditanggal dan dipasang semula macam permainan transformer. Pada WZWH, penduduk Ulu Tembeling perlukan jambatan konkrit, tinggi dan sama standard dengan jambatan Kuala Krau.

Walaupun 6 jambatan diluluskan dalam pakej Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2  63km  dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling bernilai RM340 juta namun untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan sosial Ulu Tembeling beberapa jambatan "inter kampung' perlu dibina.

WZWH nampak 3 jambatan perlu dibina menghubungi beberapa kampung tradisional Ulu Tembeling seperti Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Bukit Mat Daling dan Kampung Kuala Sat.

Transformasi penyusunan semula kampung-kampung tradisional Ulu Tembeling bukan saja melibatkan pembinaan infrastruktur, kemudahan public amenities, perumahan tapi juga punca ekonomi.

Perladangan getah dan kelapa sawit dari kumpulan Felda dan Yayasan Pahang Plantation adalah melibatkan hampir 30,000 ekar mampu menyediakan keperluan ekonomi kepada penduduk Ulu Tembeling.

Selain pertumbuhan ekonomi adalah penting juga perkembangan sosial yang diharap generasi orang muda Ulu Tembeling mempunyai pekerjaan di kampung. 

Penduduk perlu ditambah di Ulu Tembeling. Kemunduran dan peluang ekonomi yang kecil membuatkan ramai penduduk berhijrah ke tempat lain.


Ini ialah sekolah rendah Kampung Gusai. Sekolah rendah ini dibina direkabentuk oleh kerajaan BN untuk kegunaan masa depan 100 ke 200 tahun. Itu sebab sekolah-sekolah rendah di Ulu Tembeling dibina besar-besar kapasitinya.

Baik Kampung Bantal, Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Kuala Sat, dan Kampung Pagi semuanya punya sekolah rendah yang besar.

Pembinaan infrastruktur, berbagai kemudahan, sumber-sumber ekonomi perlu bagi menarik ramai orang Ulu Tembeling kembali balik ke kampung.

Pada masa ini kesemua sekolah rendah di kampung-kampung Ulu Tembeling ini berstatus 'sekolah kurang murid' -SKM

Jika ekonomi dan sosial Ulu Tembeling lebih mundur dibimbangi semua sekolah rendah ini akan ditutup kerana murid makin berkurangan.

Thursday, April 25, 2013

Kempen Politik Ulu Tembeling Kesinambungan Harapan Masa Depan

DUN Tahan tidak mampu untuk mengulangi kesilapan PRU 1999 bila kalah kepada PAS. Sebab itu pengundi DUN Tahan reverse balik menyokong BN pada PRU 2004.

PRU 2008 sokongan diberi lagi dan bermulalah harapan dan masa depan yang boleh direalisasi walaupun tidak sepenuh tapi sudah mula boleh dicapai.

Beberapa projek pembangunan infrastruktur direvolusikan pada era 2008 hingga kini...lebih banyak peruntukan mencurah.

Itu semua pengundi DUN Tahan boleh menikmati bila sokongan kepada BN ditunjukkan dan kesinambungan harapan masa depan DUN Tahan yang gemilang.

WZWH percaya dan yakin selepas PRU 13 jika pengundi DUN Tahan boleh beri kemenangan majoriti yang lebih besar kepada BN sebagai bukti rakyat DUN Tahan menyokong BN ...

Lebih banyak harapan dan impian 55 tahun dulu boleh direalisasikan.

WZWH berharap pengundi DUN Tahan jangan mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang.

BN berjanji BN buat dan tepati.

Sedikit laporan calon BN DUN Tahan:

Semalam calon BN DUN Tahan berkempen di Tembeling Tengah melawat Kg Merting, Kg Labu, Kg Jong Berlaboh, Kg Chebong.

Sebelum itu sudah banyak hari berkempen di Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol.

Juga melawat Kg Feri, Kg Paya Garok, Kg Gajah Mati.

Hari ini calon BN DUN Tahan berkempen di Ulu Tembeling melawat Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Asli Kuching, Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling.


Calon BN DUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak dan Datin bersama kanak-kanak Orang Asli Kg Kuching Ulu Tembeling.


Kg Kuching penempatan Orang Asli Ulu Tembeling.


Orang Asli berkumpul meraikan calon BN DUN Tahan.


Ini anak-anak Orang Asli Ulu Tembeling yang akan ditransformasi menjadi jurutera, doktor, arkitek, saintis dan profesional satu hari nanti...menunggu pemimpin harapan mereka.


Rakyat menyokong calon BN DUN Tahan kerana kesungguhan BN mensejahterakan.


Keceriaan anak-anak muda bersama pemimpin harapan.


Ya 1Ulu Tembeling...1Malaysia...semangat kanak-kanak Ulu Tembeling.


Makan tengahari di Kg Kuala Sat.


Calon BN DUN Tahan adalah pemimpin yang boleh bersama dengan rakyat diakar umbi.


Calon BN DUN Tahan berkempen di Kg Kuala Sat.


Calon BN DUN Tahan berkempen di Kg Pagi.


Penyokong BN DUN Tahan.


Penyokong tentera-tentera semut calon BN DUN Tahan sudah mula merayap dan keluar dari sarang...


Calon BN DUN Tahan harapan penduduk Ulu Tembeling. Calon BN DUN Tahan yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang ADUN tapi boleh juga "berperanan sebagai ahli parlimen". Trek rekod prestasi yang cemerlang adalah bukti.


Welcome to Kg Bantal city centre of Ulu Tembeling...


Perhatikan bahawa banyak bendera-bendera biru yang lebih kelihatan di Kg Bantal Ulu Tembeling...

Nostalgia PRU, WZWH Dan Pemimpin UMNO Dan PAS

WZWH masih ingat...nostalgia PRU.

PRU 1974 WZWH baru berumur 6 tahun. Di Kg Bantal Ulu Tembeling, suasana PRU banyak bendera biru berkibar. WZWH masih ingat mancis BN, payung BN.

WZWH masih ingat WZWH dan Arwah datuk berjalan kaki dari Kg Bantal ke Kg Gusai. Berjalan kaki berkempen mengikut jalan denai.

Singgah sekejap di Kg Mogol berhenti di rumah arwah Aki Deris ditebing Sungai Sepia. Ketika arwah datuk berkempen, WZWH menyelinap ke tebing bermain air Sungai Sepia dengan Mustapha anak arwah aki Deris.

Kemudian berjalan kaki lagi menyeberang Sungai Sepia ke Kg Gusai. Pada masa itu Kg Gusai masih ramai orang dan ada banyak kampung-kampung kecil lagi.

Itulah arwah datuk Wan Mohd Hashim bin Tok Muda Wan Mustapha suka bertandang ke rumah sedara mara di Ulu Tembeling. Kampung-kampung lain seperti Kg Peling, Kg Chenih, Kg Mat Daling, Kg Pulau Besar hingga ke hilir Kg Kuala Sat, Kg Sat dalam Jipang, Kg Pagi.

Penduduk Ulu Tembeling majoriti sedara mara WZWH adalah penyokong hardcore UMNO dan BN seingat WZWH dulu...

Apa yang arwah datuk WZWH ceramah semasa berkempen dulu...adalah harapan yang kekal dalam ingatan WZWH. Satu kumpulan VISI untuk membangun dan meningkatkan taraf hidup penduduk Ulu Tembeling. 

Politik untuk membangunkan ekonomi dan mengangkat taraf sosial masyarakat yang serba kekurangan.

Hilir ke Kuala Tembeling sebuah pekan city centre pusat Lembah Tembeling ketika itu WZWH menyaksikan kempen politik yang penuh demokrasi.

Di atas pentas yang sama bila parlimen Jerantut berpecah dari Pahang Barat pada 1974. Selepas saja arwah King Ghaz memulakan ucapan disambung pula oleh beberapa pemimpin UMNO dan PAS.

Itu masa ketika UMNO dan PAS bersatu dalam BN.

PRU 1978 arwah Tan Sri Sharif Ahmad BN mempertahankan parlimen bagi penggal ke dua berlawan dengan arwah Pak Long Salehuddin PAS.

Pak Long Salehuddin orang Kuala Tembeling yang rumahnya ditepi sungai. Sangat komited dengan parti. Biar berabis harta tidak mengapa demi perjuangan PAS. Selalu berjalan kaki dengan membawa briefcase.

Arwah Pak Long Salehuddin keturunan Penghulu Raja yang bernama Penghulu Kakap. WZWH tahu ada beberapa bilah sundang dalam simpanan arwah Pak Long Salehuddin.

Ada seorang pemimpin PAS yang popular bertanding DUN Tembeling. Disukai oleh masyarakat iaitu arwah aki Bahar. WZWH rapat dengan arwah aki Bahar sebab beliau adalah jiran rumah arwah datuk.

Arwah aki Bahar suka menolong orang. Mungkin sebab itu ketika UMNO dan BN kuat pada tahun 1970an calon PAS di DUN Tembeling tidak kalah banyak kurang 300-400 undi sahaja!

PRU 1982 pula Dato' Wan Abu Bakar sedara WZWH bertanding parlimen. Berlawan dengan Syed Ibrahim juga dari keluarga WZWH.

Syed Ibrahim orang tidak banyak bercakap bertanding 4 penggal namun kalah senalo. Lawan terakhir beliau adalah Kamaruzaman Baria keturunan Tok Gajah dari Kuala Lanar.

PRU 1999 Tengku Azlan juga dari keluarga WZWH bertanding parlimen. Manakala arwah Cikgu Halim Yunan bertanding DUN Tahan.

Satu yang misteri bagaimana arwah Cikgu Halim Yunan calon popular UMNO boleh tewas dengan arwah Malik PAS dari Kg Gintong. Post mortem menunjukkan banyak undi merah dibelah hilir DUN Tahan.

Tengku Azlan bertanding 3 penggal sama rekod pencapaian dengan Dato' Wan Abu Bakar.

Dr Hamzah Jaafar PAS juga bertanding buat kali ke 3 kali ini berlawan dengan Cikgu Ahmad Nazlan dari Kg Gintong.

Muka baru PAS orang muda Zakhwan Ahmad Badarddin sedara WZWH pangkat pupu. Ayah Zakhwan orang Kg Mogol Ulu Tembeling, emaknya orang Pedah juga sedara dengan Dato' Sharif Shamsuddin.

Zakhwan bertanding di DUN Tahan.

Seorang lagi tokoh muda PAS Yohanis Ahmad anak peneroka Felda Gelanggi 1 berasal dari Kg Kedondong Pulau Tawar. Aki Hassan Kedondong beritahu WZWH bahawa Yohanis ini sedara mara juga. Aki Hassan adalah ayah sedara sepupu arwah Engku Mohd Basri Engku Saleh penghulu Kuala Tembeling. Yohanis ini pangkat Aki kepada WZWH.

Yohanis bertanding di DUN Pulau Tawar.

Begitulah politik Jerantut tidak ada orang lain yang bertanding adalah sedara mara belaka.

Dato' Wan Amizan adalah dua pupu WZWH bertanding di DUN Tahan bagi penggal ke 2.

Ideology and Blood or Tribe. Which one first in Jerantut?

Keluarga yang PAS boleh mengundi UMNO manakala keluarga yang UMNO boleh mengundi PAS!

Ideology or Blood?

Jika ditanya kepada WZWH....jawab WZWH...WZWH ada gene UMNO...!!!

Wednesday, April 24, 2013

Kereta Malam Dari Kuantan Ke Jerantut...


Ini lagu favourite WZWH yang dicipta oleh Rhoma Irama dan dinyanyikan oleh Elvy Sukaesih pada tahun 1970an.

Dirakamkan semula oleh artis baru Imelda. WZWH tujukan lagu ini kepada Jentera DUN Tahan yang bekerja kuat mempertahankan DUN Tahan.

Kepada Jentera Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tanggungjawab besar memenangkan parlimen dan DUN adalah dibahu anda...

Gempur terus gempur...

Tuesday, April 23, 2013

Sejarah PRU Dalam Hidup WZWH


Iklan mengundi PRU pra merdeka 1955


WZWH dilahirkan pada 21 Januari 1968 bererti telah berlaku PRU 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan bakal menyusul PRU 13 pada 5 Mei nanti. WZWH akan mengulas implikasi setiap PRU yang penting.

Sebelum itu biar WZWH mengulas dulu PRU sebelum WZWH dilahirkan iaitu PRU 1955, 1959, 1964. 

PRU 1955 juga telah membuktikan keikhlasan dan kejujuran orang Melayu sanggup berkongsi kuasa apabila UMNO membenarkan MCA bertanding 15 kerusi (sepatutnya 7 kerusi sahaja) dan India diberikan 2 kerusi. Ini membuktikan konsep perkongsian kuasa telahpun bermula sebelum kemerdekaan. Ketika itu, penduduk Melayu sebanyak 80%, Cina 18% dan India 2%. Kerajaan Parti Perikatan yang menang dalam pilihan raya, telah membuktikan orang Melayu telah menerima orang bukan Melayu dengan memilih mereka sebagai pemimpin. 

Keputusan pilihan raya umum pertama pada 19 Ogos 1959, menzahirkan sokongan rakyat terhadap parti Perikatan. Pastinya rakyat ingin kerajaan meneruskan program pembangunan dan pembangkang hanya meraih kira-kira 30% sokongan rakyat atau 30 kerusi. 

Begitu juga pada tahun 1964, rakyat khususnya orang Melayu berpadu memberi sokongan kepada parti Perikatan, Pembangkang hanya mendapat 15 kerusi, iaitu merosot sebanyak 18%. Perikatan memenangi 89 kerusi. Ini sekali lagi membuktikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan. Keputusan ini mungkin juga didorong oleh ancaman Indonesia terhadap Malaysia melalui slogan "Ganyang Malaysia" sewaktu Tanah Melayu membuat gagasan untuk membentuk Malaysia. 

Namun, iklim politik ada pasang surutnya. Pilihan raya umum ketiga, 1969 memaparkan keputusan yang amat sengit antara Perikatan dan pembangkang

Daripada 144 kerusi yang dipertandingkan, Perikatan memenangi 74, manakala pembangkang 70 kerusi. Situasi ini wujud apabila tokoh-tokoh pembangkang menggunakan isu-isu perkauman. Kaum Cina menubuhkan Gerakan, DAP, SNAP dan mendapat sokongan meluas. Isu-isu perkauman dijadikan modal berkempen dan berjaya menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin. Akhirnya, terpalitlah satu sejarah hitam dalam negara iaitu peristiwa berdarah rusuhan kaum; Peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi ini amat membimbangkan dan telah menggugat keutuhan kedaulatan negara. 

Keputusan pilihan raya 1969 menunjukkan keseimbangan antara Perikatan dan pembangkang. Perikatan memenangi pilihan raya dengan majoriti mudah dan bukannya dua pertiga. Pulau Pinang menyaksikan Perikatan menang 2 daripada 8 kerusi Parlimen dan kekalahan teruk kerusi DUN iaitu memenangi 4 daripada 24 kerusi. Sokongan pengundi Cina terhadap parti pembangkang Cina seperti Gerakan adalah antara faktor utama kekalahan. 

Negeri-negeri lain yang mencatat keputusan persaingan sengit ialah Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan. Iktibar dari 1969 ialah, isu perkauman dan agama amat sensitif kepada perasaan rakyat lantas boleh memporak puranda dan menggugat kedudukan politik negara.

Situasi ini juga membuktikan kerajaan yang menang dengan majoriti mudah (lebih 50%) dalam pilihan raya adalah kerajaan yang goyah. 1969, adalah fakta sahih ketidak stabilan negara hasil keputusan pilihan raya. Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah membantu menyelesaikan krisis ini. 

Namun, pada PRU selepasnya, rakyat membuat keputusan untuk memilih semula Perikatan mentadbir negara. Maka PRU 1974 merupakan pilihan raya yang amat bermakna. Selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, rakyat telah sedar dan bersatu untuk mengatasi masalah perkauman yang nyata tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mana-mana kaum di negara ini. 

Tahun ini jugalah nama Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional. PRU 1974 menunjukkan penyatuan orang-orang Melayu bila berhadapan cabaran. Kita dapat lihat kekuatan politik orang Melayu dan negara amat bergantung kapada penyatuan parti politik orang Melayu. 

Inilah satu-satunya pilihan raya di mana UMNO dan PAS telah bergabung dan memenangi semua kerusi yang mereka tandingi di Parlimen dan DUN. Hebat sekali. Barisan Nasional telah memenangi 135 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan (88%). Ini merupakan satu rekod cemerlang BN. Pembangkang memenangi 19 kerusi (12%). 

Para pakar sejarah telah menyenaraikan beberapa faktor yang membawa kepada kegemilangan Barisan Nasional pada PRU 1974. Sejarah mencatatkan, apabila parti-parti Melayu bergabung maka, kita sama-sama berjaya mendapat mandat rakyat sebagai pentadbir negara. Justeru, dapat disimpulkan Melayu bersatu dalam TIGA perkara pada ketika itu. Pertama, menghadapi proses kemerdekaan negara. Kedua, konfrantasi dengan Indonesia. Ketiga, apabila berdepan Dasar Ekonomi 
Baru (DEB).

Keputusan PRU ke-9 (1995) dan ke-10 (1999) pula Barisan Nasional telah memenangi 162 kerusi dengan UMNO memiliki 88 kerusi. Beberapa perubahan angka telah berlaku sebelum pembubaran parlimen pada Novembar 1999 bagi menghadapi PRU ke-10. Pertambahan kerusi UMNO berlaku bila Semangat 46 dibubarkan dan para ahlinya kembali ke pangkuan UMNO. 

PAS pula memperolehi satu kerusi tambahan bila memenangi Parlimen Arau. Keputusan PRU ke-10, menyaksikan parti pembangkang di kawasan majoriti orang Melayu berjaya menguasai beberapa kerusi Parlimen yang sebelumnya dimenangi UMNO. Justeru, UMNO telah merosot 16 kerusi. BN memenangi 148 kerusi. Rekod terbilang PAS bila memenangi 27 kerusi, iaitu peningkatan 4 kali ganda. KEADILAN yang bertanding buat pertama kali memenangi 5 kerusi. PAS menjadi ketua pembangkang di Parlimen. 

Analisis dari keputusan ini, dapat dikaitkan dengan krisis semasa iaitu isu pemecatan Anwar Ibrahim serta rasuah dan salah laku segelintir pemimpin UMNO. 

PRU Ke-11 merupakan rekod terbilang UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Perdana Menteri yang kelima telah memimpin Barisan Nasional menggalas amanah memikul pentadbiran negara. BN telah memenangi 199 dari 219 kerusi yang dipertandingkan, manakala parti pembangkang hanya memiliki 20 kerusi. Penganalisis politik memberi tafsiran kemenangan berdasarkan landskap kemakmuran negara yang dilandaskan mantan Perdana Menteri ke 4. Setelah mencurah jasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri, beliau telah meninggalkan "tongkat keramat" buat penggantinya meredah segala halangan dalam usaha memacu kegemilangan negara. 

Perdana Menteri kelima dilihat sebagai penerus kegemilangan negara menuju negara maju menjelang 2020 dan merupakan pemimpin yang begitu berhemah dan mengajak para pemimpin dan rakyat untuk "bekerja bersama-sama saya dan bukan bekerja untuk saya". Namun, segalanya belum cukup untuk mengekalkan apa yang ada. Segalanya seakan hilang sekelip mata dalam pilihan raya umum ke-12.

Sesungguhnya, tsunami politik telah terlakar pada malam 9 MAC 2008 bila keputusan pilihan raya ke-12 mula diumumkan. Kedua-dua pihak yang bertanding; Barisan Nasional dan pembangkang sebenarnya terkedu. Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di parlimen iaitu hanya memenangi 140 kerusi (majoriti 2/3 ialah 148 kerusi) dari 222 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi. Barisan Nasional juga kehilangan kuasa di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan. 

Apa yang telah berlaku, telah berlaku dalam pilihan raya umum ke-12. Rakyat telah membuat keputusan berdasarkan kuasa yang mereka ada dalam memilih pemimpin negara berdasarkan pengamalan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. 

Parti-parti pembangkang yang bergabung kini menjadi Pakatan Pembangkang seakan mendapat semangat baru meneruskan perjuangan memerintah negara. Kini, DAP berkuasa di Pulau Pinang, PKR di Selangor serta PAS di Kelantan dan Kedah. Di Perak, wakil PAS menjadi Menteri Besar biarpun majoritinya di miliki oleh DAP sebelum UMNO mengambilalih bila beberapa wakil PKR dan DAP menyokong UMNO. 

Apa puncanya? Hingga hari ini, tiada jawapan muktamad yang mampu diberikan. Apa yang pasti hingga saat ini adalah Melayu khususnya, terus bersaing menuntut kuasa dan tahap perpecahan serta sengketa sesama sendiri kelihatan amat sukar dibendung dan berterusan. Akhirnya, mungkin membawa, "bumi dipijak milik orang. Peribumi merintih sendiri". Sedangkan, kaum-kaum lain semakin berpadu dan meminta apa saja demi faedah kaum sendiri. Renungkan bersama. 

Pilihan raya umum ke-12, telah memberi ruang kepada pembangkang yang lebih kuat di parlimen. Justeru, jadilahlah, pembangkang yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara dan bukan membangkang semua perkara walaupun ianya memang yang terbaik untuk negara. 

Kerajaan yang ada juga, terimalah apa-apa cadangan yang baik dari pembangkang demi negara. Marilah kita semua berpadu dan menyumbang yang terbaik untuk membangunkan negara. 12 hari lagi. PRU 13 pasti menyusul. Berkempenlah lagi. 

Pembangkang harus menerima hakikat, belum masa berkuasa. Jangan atas nama demokrasi, terus ditaja pelbagai perkara yang boleh mengeruh dan menganggu gugat kestabilan negara yang akhirnya, memungkinkan campurtangan kuasa asing. Jangan atas nama kebebasan bersuara, berleluasanya "membuka pekung di dada" khususnya di kalangan orang Melayu. Melatanya adu domba, fitnah, saman menyaman, demonstrasi jalanan yang sebenarnya tidak membawa apaapa kebaikan. 

Bergurulah dari Peristiwa 13 Mei 1969. Apa yang berlaku hari ini, tidak jauh bezanya dari sejarah yang telah tercatat itu. Renungkan bersama. Kelak, rakyat dan negara akan rugi. Nyata, apa yang dicanangkan oleh penasihat parti keadilan bahawa, kerajaan yang ada akan berubah pada 16 September 2008, iaitu Pakatan Pembangkang akan membentuk kerajaan, hanya gimik politik yang berterusan. 

Apa yang pasti, baton masih ditangan pemimpin Barisan Nasional untuk mencari formula ajaib bagi memastikan apa yang telah di bina selama 55 tahun, bakal terus diwarisi. Perdana Menteri keenam membawa transformasi dan Janji Ditepati. Masa masih ada untuk melakukan sesuatu. Sesungguhnya, perjuangan belum selesai. 

Salam perjuangan.

Monday, April 22, 2013

Ramalan WZWH PRU 13 parlimen Jerantut

Hari ke tiga kempen bagaimana prestasi parlimen Jerantut dan tiga DUN iaitu DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan?

Tinggal lagi 12 hari lagi masa yang diperuntukkan. Bagaimana Jentera parlimen, Jentera DUN Damak, Jentera DUN Pulau Tawar dan Jentera DUN Tahan?

63,000 pengundi parlimen Jerantut, 23,000 pengundi DUN Pulau Tawar, 27,000 pengundi DUN Damak dan 13,000 pengundi DUN Tahan akan mengundi pada 5 Mei 2013.

Berikut ramalan WZWH:

Parlimen Jerantut

Oleh kerana calon BN Cikgu Ahmad Nazlan 55, bekas Guru Besar di beberapa sekolah di daerah Jerantut , anak tempatan yang mengenali segala lapisan masyarakat, berperwatakan warak dan bersih maka WZWH kira majoriti pengundi akan memberi peluang kepada calon baru Cikgu Ahmad Nazlan.

BN menang majoriti 4,000 undi.

DUN Pulau Tawar

Ini majoriti kawasan pengundi peneroka Felda. Walau ada generasi baru Felda merungut masalah isu perumahan, beberapa posting blog WZWH telah menerangkan dengan jelas bahawa Felda sedang membina rumah generasi baru Felda dengan beberapa bidang tanah yang telah dikenal pasti dan mencari potensi tapak.

Dato' Dr Ahmad Shukri menang majoriti 4500 undi.

DUN Damak

Amat jelas Pakatan Rakyat sudah berpecah di DUN Damak bertanding empat  penjuru. Pakatan Rakyat meletakkan calon PKR maka calon DAP sudah merajuk dan bertanding bebas, calon bebas yang dulu bertanding atas tiket PKR PRU 12 kali ini bertanding.

Dato' Lau Lee menang majoriti 2000 undi.

DUN Tahan

Pengundi DUN Tahan masih mahu Dato' Wan Amizan membawa banyak pembangunan dan kemajuan dan sudah terbukti trek rekodnya yang cemerlang.

Dato' Wan Amizan dijangka menang majoriti 2500 undi.

Semua ramalan WZWH itu boleh direalisasikan jika sekiranya semua jentera bekerja dengan lebih kuat lagi.

Semua 21,000 ahli UMNO Jerantut perlu bersatu termasuk parti komponen. Kita semua undi 1BN.

WZWH faham masih ada ahli-ahli UMNO yang masih meratapi dan mengenang calon-calon favourite yang tidak berjaya menjadi calon. 

Nasihat WZWH bila mengundi nanti kalau ahli-ahli UMNO ini tidak suka pada calon parti maka pejamlah mata dan ingat DS Najib terus X di kotak calon-calon BN.

Jika kita marah kerana calon kita tidak terpilih lalu kita dengan emosi X calon-calon Pakatan Rakyat baik di DUN dan parlimen...percayalah cakap WZWH bila kita keluar dari bilik mengundi kita akan rasa bersalah dan menyesal kerana mengkhianati parti.

Ingatlah...

Kalau kalah Cikgu Ahmad Nazlan BUKAN Ahmad Nazlan kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau kalah Dato' Dr Ahmad Shukri BUKAN Dr Shukri kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau kalah Dato' Lau Lee BUKAN Lau Lee yang kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau kalah Dato' Wan Amizan BUKAN Wan Amizan yang kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau bukan WZWH pada siapa lagi 63,000 pengundi parlimen Jerantut mahu mendengar pandangan politik?

Saturday, April 20, 2013

Strategi PAS Jerantut Letak Calon Muda Bolehkah Menarik Pengundi Muda?

PAS Jerantut semakin cerdik. Kalau dulu letak tipikal calon tradisional kini PAS mencuba calon-calon muda lagi belajar universiti punya.

WZWH lihat calon-calon PAS :

  • Dr Hamzah Jaafar 48 calon parlimen Jerantut
  • Yohanis Ahmad 35 calon DUN Pulau Tawar
  • Zakhwan Badardin 34 calon DUN Tahan

Belajar universiti itu WZWH mahu PAS Jerantut buat biodata calon-calon semula. Tidak jelas sebab kalau lihat biodata di FB Jerantut baru sila klik siniklik sini dan klik sini. Semua ada ayat PERNAH MENUNTUT DI UNIVERSITI...PERNAH MENUNTUT DI UNIVERSITI...PERNAH MENUNTUT DI UNIVERSITI...

Lagi sekali klik sini sebab FB Jerantut baru telah putuskan link.

Pernah menuntut universiti ini ada dua makna LULUS ke TIDAK LULUS?

OKlah WZWH malas nak berpolemik dengan hal ini. Itu urusan PRO PAS supaya buat semula biodata calon-calon PAS supaya semua pengundi tidak keliru!

Strategi PAS Jerantut letak calon muda bolehkah menarik pengundi muda? Kalau dilihat tadi masa Hari Penamaan calon memang ramai anak-anak muda menyokong calon-calon PAS.

Masih terlalu awal untuk mengetahui respon pengundi muda Jerantut di parlimen dan DUN-DUN.

Hari Penamaan Calon PRU 13 Jerantut



















Hari Penamaan Calon PRU 13 Jerantut dengan rasminya:

  • Tn Hj Ahmad Nazlan bin Idris calon parlimen Jerantut
  • Dato' Lau Lee calon DUN Damak
  • Dato' Dr Shukri Ismail calon DUN Pulau Tawar
  • Dato' Wan Amizan Wan Razak calon DUN Tahan

Ahmad Nazlan berlawan dengan PAS.
Dato' Lau Lee berlawan PKR lawan Bebas (DAP) lawan Bebas- 4 penjuru.
Dato' Shukri berlawan dengan PAS.
Dato' Wan Amizan berlawan dengan PAS.




















Suasana penyokong BN.



















Suasana penyokong Pakatan Rakyat.



















Tan Sri Dato' Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Jerantut berucap di hadapan jentera DUN Tahan di jamuan tengahari Resthouse Jerantut mahu Dato' Wan Amizan calon hierarki simbol UMNO Bahagian Jerantut menang di DUN Tahan.



















WZWH bersama Tengku Azlan mantan ahli parlimen Jerantut yang masih lagi Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Wednesday, April 17, 2013

DS Najib Mengangkat Martabat Perguruan Parlimen Jerantut


Cikgu Ahmad Nazlan bin Idris calon BN parlimen Jerantut PRU 13.

Hampir 20 tahun WZWH aktif berpolitik di Jerantut. Dulu memang guru lah yang proaktif mengerakkan politik UMNO pada awal penubuhan dari tahun 1940an hingga awal 1980an.

Tidak dinafikan golongan PTD turut menguasai politik UMNO sejak 1970an.

Malaysia yang maju menghasilkan pemimpin-pemimpin  UMNO dari sektor korporat yang menguasai kepimpinan UMNO.

Penguasaan pemimpin korporat menimbulkan konflik kepentingan dan idealisma UMNO semakin menghakis hingga perjuangan UMNO yang murni diragui.

WZWH tidak nafikan ada pemimpin korporat yang betul-betul menjiwai perjuangan UMNO.

Menyedari hal ini DS Najib mahu balance semua golongan ada tempat dalam UMNO mengisi kepimpinan dan kedudukan.

Idealisma dan perjuangan murni UMNO tidak boleh dikompromi.

Di Jerantut umpamanya selalu WZWH dengar golongan korporat yang terdiri dari kontraktor berkata " apa class jadi cikgu?"

Golongan PTD ego dengan profesionnya merasa lebih status dari guru.

Ya guru tidak ada class. Guru hanya mengajar tulis baca kepada ramai anak murid.

Hari ini semua orang tidak kira PM, MB, Korporat, Teknokrat, PTD, Pengurusan dan Profesional, Saintis, Ulama adalah bermula belajar dari guru.

Oleh itu DS Najib telah mengangkat martabat perguruan parlimen Jerantut bila mencalonkan Ahmad Nazlan bin Idris bekas Guru Besar menjadi calon parlimen 81.

Komuniti pendidikan Jerantut perlu merasa bangga kerana seorang bekas guru dipilih menjadi calon BN parlimen Jerantut.

Maka semua guru yang seramai 3000 orang perlu dan wajar menyokong Cikgu Ahmad Nazlan Idris menjadi ahli parlimen Jerantut. Termasuk keluarga dan anak-anak yang boleh mengundi. Termasuk rakan dan taulan.

Adakah kita semua guru di Jerantut mahu lihat calon guru kalah PRU 13? Hinanya guru kalau calon guru tidak diterima oleh masyarakat Jerantut.

Ayuh anak-anak murid yang beribu-ribu telah dewasa dan menjadi orang berguna sokonglah guru anda.

Ayuh 21,000 ahli UMNO Jerantut sokonglah calon ahli parlimen berlatar belakangkan guru.

Ayuh 6000 komponen BN sokong calon baru parlimen BN Jerantut.

WZWH dengan rendah diri merayu kepada 63,000 pengundi Jerantut pilihlah guru menjadi ahli parlimen Jerantut.

Kita sudah cuba bekas wartawan menjadi ahli parlimen Jerantut.

Kita sudah cuba bekas PTD menjadi ahli parlimen Jerantut.

Kita sudah cuba bekas Teknokrat menjadi ahli parlimen Jerantut.

Kita sudah cuba anak Raja menjadi ahli parlimen Jerantut.

Kali ini...ini kali kita mahu cuba bekas guru menjadi ahli parlimen Jerantut.

Of course...WZWH pun seorang guru...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...