Sunday, August 29, 2010

Dasar "Pemain Import" Parlimen Jerantut

Posting WZWH bertajuk " Nazir Razak calon parlimen Jerantut PRU 13" telah menerima beberapa "feedback" pandangan dan komen dari pembaca blog WZWH yang menarik untuk diperbincangkan.

Berikut dua komen yang menyentuh hati WZWH:

Anonymous said...

Jerantut ini telah dijajah kepimpinannya oleh orang luar dah banyak kali (Sharif Ahmad, Kamaruzaman Baria, Tengku Lan), cukuplah tu... Bagilah kepercayaan kepada anak tempatan, banyak lagi yang bagus-bagusnya, yang benar-benar boleh berusaha untuk membangunkan parlimen dan rakyat Jerantut. Zaman Wan Bakar dulupun ok dah, banyak juga yang dirancang nak majukan jerantut ni.. tapi usahanya banyak tergendala, mungkin kerana terlalu bermain politik... Kali ini mesti ditonjolkan anak tempatan yang benar-benar faham terhadap kehendak dan suasana tempatan..

Satu usaha yang tidak yakin kepada kebolehan anak tempatan.., sdr tidak yakin kepada kebolehan sendiri - adakah sdr tidak layak?...

DSN tidak mungkin akan meletak adiknya dalam kancah politik dan saya yakin Nazir Razak tidak akan terjun ke dalam politik, beliau akan bertahan sebagai tokoh koperat terkemuka.

Kalau inilah WZWH, beliau bukan contoh terbaik untuk diteladani dan diikuti, beliau seorang bersifat tidak berpendirian.., hentikanlah kalau hendak mewarisi datok nenek yang dikatakan puak-puak pemimpin silam..

Terima kasih, satu nasihat motivasi yang baik. WZWH akui. Tapi Jerantut dari sejarah ahli parlimennya pucuk pimpinan tertinggi suka ambil calon import. WZWH tidak pasti samada dasar ini mahu diteruskan oleh DS Najib dan MB Pahang pada PRU 13 nanti. Sekiranya dasar "pemain import" ini diteruskan maka sebab itu WZWH mencadangkan Nazir Razak. Sudah menjadi nasib rakyat Jerantut, pucuk pimpinan UMNO tidak yakin dengan kemampuan anak tempatan. Rakyat Jerantut akan menentukan nanti samada mereka masih mahu "pemain import" atau tidak pada PRU 13 nanti. Mungkin pada PRU 13 nanti jika rakyat Jerantut sudah bosan dengan servis pemain import yang acuh tak acuh akan "menguburkan pemain import terakhir" yang UMNO pilih. Masa akan menentukannya....

Kenapa pucuk pimpinan tertinggi UMNO suka menguna pakai Dasar Pemain Import parlimen Jerantut? Soalan ini sangat menarik untuk diperbincangkan oleh ahli UMNO dan rakyat Jerantut. WZWH telah mengkaji soalan ini selama 20 tahun maka ini yang WZWH boleh ketengahkan:

  • PM dan MB tidak yakin dengan kemampuan anak-anak tempatan. Mungkin orang Jerantut IQ politiknya atas sikit pada orang Asli. Ertikata yang pemikiran politik orang Jerantut "bodoh".
  • PM dan MB mendapati puak-puak politik Jerantut suka "berperang sesama sendiri". Maka sebab itu perlu calon import untuk menjajah pemikiran politik Jerantut.
  • PM dan MB tidak nampak Jerantut ada tokoh yang hendak ditonjolkan. "Vaccum of leadership".
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut tidak pandai, tidak berani, kelu lidah untuk mengatakan TIDAK kepada pucuk pimpinan dan apa sebenarnya yang mereka sendiri mahu.
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut mempunyai perasaan "inferiority complex"-rasa rendah diri yang sangat tinggi.
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut tidak mahu ke depan segan.
  • PM dab MB berfikir bahawa masyarakat Jerantut masih lagi primitif tamadunnya membuatkan amalan "feudal" boleh diterapkan maka pilih pemimpin yang pucuk pimpinan suka dan letak saja bertanding di parlimen Jerantut.
  • Mungkin orang Jerantut suka orang luar jadi ahli parlimen, lepas ni kalau hendak ubah selera orang Jerantut akan pilih calon dari Kota Bharu ,Kelantan pula sebagai ahli parlimen.
  • Jiwa pemikiran politik orang Jerantut yang memang suka dijajah. Orang politik Jerantut tidak ada keyakinan. Mentaliti "slave" atau hamba masih ada pada majoriti orang Jerantut.
  • Mungkin kerusi parlimen Jerantut dikhaskan untuk calon-calon kategori "bermasalah" yang tiada tempat lain maka Jerantut dikorbankan untuk mereka.
Tapi faktor-faktor di atas tidak dipedulikan oleh orang Jerantut kerana mereka memang tidak kisah. Dan bila ada masalah-masalah berbangkit mengenai pembangunan dan servis yang tidak efisien dan efektif maka janganlah menyalahkan sesiapa- salahkan diri sendiri kerana kita orang Jerantut tidak ada "will power" atau "political will" untuk memerdekakan pemikiran dan jiwa politik kita sebagai orang Jerantut.

9 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH,
WZWH telah membuka minda dan jiwa politik orang Jerantut yang selama ini kelu tidak dapat menjawab persoalan-persolan kenapa dianaktirikan ahli-ahli politik anak tempatan. WZWH telah menyedarkan kita semua orang Jerantut. Ayoh kebangkitan politik Jerantut sudah bermula. kita tidak mahu orang luar baik dari UMNO mahu pun PAS menjajah pemikiran politik kita. Terima kasih WZWH.

Anonymous said...

WZWH,
Memang pemimpin-pemimpin politik Jerantut dari dulu tidak dapat meyakinkan PM dan MB bahawa mereka juga layak diberi tempat. Mereka tidak ada keyakinan dan kesatuan jitu bagi mempertahankan hak politik mereka. Pemimpin luar tidak punya hati dan perasaan macam pemimpin tempatan. Pemimpin luar apa peduli kepentingan pembangunan Jerantut.

Anonymous said...

Anon 10:45,
Dulu nak gulingkan Shariff Lobo ada juga Geng 30 diketuai selilah Wan Hashim Tok Muda Mustapha dapatlah Wan Bakar lepas....sekarang ada pulak Geng 18 diketuai orang luar nak jatuh sesama pemimpin kita. Ayoh kita gerakkan kembali semangat Geng 30!

Anonymous said...

Anon 10:49,
Ku lan ingat dia cerdik sangat boleh bodohkan Dr. Shukri, Wan Amizan,Hj Nazri Wan Bakar, Bazain, Azizan... tapi Ku lan silap besar sebab dia berdepan dengan cucu selilah Wan Hashim-WZWH yang dapat baca permainan politiknya membodohkan orang politik Jerantut. Buku sudah bertemu dengan ruas.

Anonymous said...

Matnya deme.. anak raja Pekan berlawan dengan anak raja Tembeling, mati kita weh duduk tengah-tengah. Hancur UMNO nanti weh.

Anonymous said...

Deme weh, WZWH tu berani dalam blog aje..nya panggil Ku lan mengadap esok nya mengokok WZWH tu cium tangan Ku Lan. Kas tahu sangat WZWH ni berlakon di luar aje, depan Ku Lan nya tunduknya WZWH angguk Ku..Ku..Ku

Anonymous said...

Kas nak cita ke deme..Dato' Wan Bakar dah mengadu ke Ku Lan yg WZWH sudah derhaka pada Dato' Wan Bakar dan Ku Lan. Kas rasa esok WZWH ni kena penampar di Ku lan. Kas dengar Ku Lan dah marah ke YB Boroi kerana WZWH mulut celupar. Huhuhu nanti sikitlah elaun raya WZWH kena potong di YB Boroi hehehe...

Anonymous said...

kenapa calon import, anak-anak tempatan ramai yang layak dan boleh diketengahkan. AJK Bahagian umpamanya, kalau dinilai dari ketokohan mereka, pengalaman, kelulusan, keikhlasan/kejujuran - mereka itu masih punyai kelayakan sebagai wakil rakyat. Kalau kita masih mengira mereka itu masih mentah, tiada pengalaman dan sebagainya, sampai bilapun mereka dikatakan tidak layak..( 'segalanya bermula dari 0, barulah dapat kesan kebolehan dan kecemerlangannya' )

saya tidak ingat satu persatu AJK Bahagian yang ada, cuba kita senaraikan mengikut DUN, cuba kita senarai dan buat spesifikasi penilaian seperti nama, kelulusan, pengalaman politik, sifat-sifat peribadi dan lain-lain sudah pasti kita dapat kesan cahaya bintangnya...

Anonymous said...

Siapa WZWH nie yer? Hebat juga orgnya, adakah WZWH orang tempatan Jerantut. Klu ini cara pemikirannya kenapa tidak WZWH diberi peluang untuk memimpin Jerantut. Geng 30 ( Wan Hashim ) satu2 nama yang i ingat namanya... Perjuangannya jauh berbeza dari pemimpin2 sekarang... No 1 Malaysia ...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024