Nuffnang Ads

Pages

Thursday, August 12, 2010

Perjanjian Hudaibiyah

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam.

  • Peristiwa Hudaibiyah atau latar belakang Hudaibiyah.
  • Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah) di satu tempat bernama Hudaibiyah.

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah :

Genjatan Senjata 10 Tahun :

  • Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.

Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik :

  • Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.

Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik :

  • Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.

Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin :

  • Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam.

Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya :

  • Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah :

Peluang Menunaikan Ibadat Haji :

  • Orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa.

Dakwah Islam Semakin Tersebar :

  • Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah..

Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy :

  • Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain.

Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi :

  • Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.

Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh :

  • Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

Kesimpulan :

Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.

2 comments:

Anonymous said...

Thank you for sharing your info. I really appreciate your efforts and I am waiting for
your further post thanks once again.

My web page; ford ranger forum

Anonymous said...

Great beat ! I wish to apprentice while you amend your site, how can i subscribe for a blog website?

The account helped me a acceptable deal. I had been
tiny bit acquainted of this your broadcast provided bright clear
concept

Here is my weblog ... ranger forum