Tuesday, August 31, 2010

Blog Urag Drrulug Dan Sejarah Dialek Ulu Tembeling

WZWH gelak ketawa bila membaca komen seorang pembaca blog WZWH tentang betapa hebatnya politik Jerantut sampai orang Asli pun berminat juga nak berblog. Pembaca blog WZWH itu menanya WZWH samada admin blog Urag Drrulug itu orang Asli. He.. he..he

WZWH paparkan komen pembaca blog WZWH itu di bawah:

Anonymous said...

Kah kah kah.... i pun pernah buka blog yang u katakan tu.... URAGG DRRULug, Cawan Tembaga, Sankakala... X habis2 mengata orang... Uragg druulug apa yer? semacam jer nama dia nie... Orang Asli ker ? Hebat juga lah politik u all yer sampai org asli pun berminat juga nak berblog.....

Salam Anon 7:34,
Blog Urag Drrulug tu menggunakan dailog bahasa loghat dialek Ulu Tembeling. Sejarah Ulu Tembeling menceritakan bila salah sorang Moyang sedara WZWH yang bernama Wan Ahmad bin Engku Khatib(Wan Endut) setelah missionnya atas arahan British selesai di Brunei(beliau tinggal di Brunei selama 6 bulan untuk menyelesaikan masalah kekacauan bandit atau lanun) telah pulang ke Ulu Tembeling dengan seorang isteri dari Brunei dan ratusan pengikut orang Brunei. Keturunan inilah yang membentuk bahasa baru di Ulu Tembeling terutama di Sungai Sepia atau Kampung Gusai. Lama-kelamaan membentuk loghat bahasa Ulu Tembeling yang unik. Namun kalau kita perhatikan cara cakap orang Kampung Mat Daling, Kampung Gusai, Kampung Bantal, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi berbeza antara satu sama lain. Bahasa Ulu Tembeling tidak sama dengan bahasa orang Asli.

11 comments:

Lubuk Terua. said...

WZWH, berdasarkan kepada sejarah yang saudara tulis fahamlah kami bahawa nenek moyang awak itu rupanya tali barut penjajah British. Bukan sahaja di Tanah Melayu tapi sampai keBrunei. Jadi apa istimewanya keturunan tali barut?. Kan pengkhianat. Kalau keturunan Bahaman yang melawan penjajah itu macam saya kan boleh bangga dalam saat kita sambut merdeka ini.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Lubuk Terua,
Banyak lagi kisah sejarah lama yang saudara Lubuk Terua perlu ketahui. Tidak semudah itu untuk buat kesimpulan. Wan Ahmad bin Engku Khatib diperlukan seperti cerita "James Bond" untuk menyelesaikan masalah bandit dan lanun di Brunei. Ini atas permintaan Sultan Brunei. Maka Sultan Pahang ketika itu Sultan Ahmad (Wan@Tun Ahmad) dan British bersetuju memenuhi permintaan Sultan Brunei.

Semasa kebangkitan Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menentang Inggeris. Abang Wan Ahmad iaitu moyang WZWH yang bernama Wan Hussain bin Engku Khatib telah membekalkan ubat bedil kepada Mat Kilau.

Pernah belaku satu insiden di Jeram Ampai seorang lagi moyang WZWH yang bernama Wan Abdullah bin Wan Ismail telah tertembak oleh askar Inggeris di dalam usahanya menyelamatkan Mat Kilau.

Untuk pengetahuan saudara Lubuk Terua, Kenapa semasa Inggeris melancarkan "Gerakan Sultan" melumpuhkan kubu-kubu Dato' Bahaman di Bentong, Dato' Bahaman mengarahkan pengikut-pengikutnya berundur jangan menyerang Sultan?

Moyang WZWH beritahu WZWH bahawa Dato' Bahaman adalah sebenarnya juga anakanda Bendahara Tun Ali sebab itu Sultan Wan Ahmad semasa mudanya sangat akrab dengan Dato' Bahaman. Dan Dato' Bahaman bebas di istana Pekan.

Jadi apa kaitan persaudaraan antara Moyang WZWH dengan Dato' Bahaman dengan juga Sultan Wan Ahmad? Adakah keturunan Dato' Bahaman tahu dan faham fakta sejarah ini? Saudara Lubuk Terua mangata kepada keturunan siapa sebenarnya.

Anonymous said...

kas nak suka je. hahahaha
Kas keturunan raja kung fu filem ong bak 3.

wan zuri anak raja giler

Anonymous said...

wahai anon di atas,
kalau rasa diri tu bangang jgn tunjuk sangat bangangnya anda..
dasar keturunan bangang,tak lepas kemana jugek..

Anonymous said...

Sape WZWH ni? malang sungguh ibunya, ayahnya, anak, bininya kerana berhubungkait dgn manusia seperti ini yer....

lubuk terua said...

Aki kun tak pernah cerita pun ada star lain bersama dia. Yang dia cerita ramai juga pembesar melayu jadi tali barut penjajah untuk menangkap dia.

Aki kun marah sangat pengkhianat dan tali barut Inggeris. Dia pesan pada anak cucunya jangan cuba hampir dengan talibarut. Bangsa kita jadi sial !. Kun tak tuduh Tok awak tapi bila jadi suruhan Inggeris dan ikut punggung Clifford tu kun kira talibarutlah.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Penghulu Wan Ahmad bin Engku Khatib menurut perintah Sultan Ahmad memenuhi permintaan Sultan Berunai. Wan Ahmad bin Engku Khatib mengikut perintah 2 orang Sultan. British terlibat kerana dasar luar negara dan protokol pemerintahan pada masa itu. Kenapa tidak Lubuk Terua cakap Sultan Ahmad pun talibarut juga kerana mendengar nasihat Residen Inggeris?

Anonymous said...

wzwh,
lubuk terua tu jangan dilayan sangat,dia mana tau sejarah.sebenarnya ketika wan ahmad lari ke terengganu orang yang setia bersamanya ialah ialah dato bahaman.setelah bendahara wan mutahir memerintah dengan kejam maka dato maharaja perba jelai dan engku khatib pemerintah ulu tembeling mengarahkan moyang awak sebelah ibu iaitu wan ismail bin wan salleh (beliau panjang)membawa wan ahmad dan dato bahaman balik ke tembeling dari terengganu untuk di tabalkan sebagai bendahara di janing kemudian ditabal pula di pasir tambang.oleh kerana hubungan darah antara wan ahmad dan dato bhaman maka setiap pergerakan dato bahaman semasa pemberontakan itu sentiasa di pantau oleh wan ahmad yang mengarahkan pembesar2nya memerhati dan memberi isyarat agar keselamatan saudaranya itu terjamin.oleh kerana itulah anak wan ismail beliau panjang iaitu wan abdullah rela ditembak demi melindungi dato bahaman semasa perang di jeram ampai.nasib baiklah moyang awak tu kebal kalau tak wzwh tak ada di dunia ini.kenapa beliau bertindak demikian?kerana beliau tak akan mengkhianat arahan wan ahmad yang terlalu sayangkan dato bahaman,sedangkan baginda tak dapat berbuat apa-apa kerana ditekan penjajah beritish.memang ada talibarut british,yang terpengaruh dengan ganjaran tetapi bagi yang mementingkan persaudaraan darah daging wang bukanlah segala-galanya.lubuk terua,saudara sedarah sedaging tidak akan mengkhianati satu sama lain.bendahara wan ahmad,dato bahaman,engku khatib,wan ismail beliau panjang mempunyai darah daging yang sama.satu moyang iaitu bendahara habib abdul majid bendahara pahang.kepada anon 10.23,kalau tak tahu cerita jangan mencelah.nampak sangat bodohnya awak tu.....matnyerweh awak ni anon 10.23?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:40,
Terimakasih kerana memberi tips sejarah yang WZWH kira boleh memberi kefahaman kepada Lubuk Terua dan semua keturunan Dato' Bahaman. Kita bukan orang lain. Memang Dato' Bahaman diakui pejuang nasionalisme NO 1 di Pahang menentang penjajah Inggeris.
Memamg moyang-moyang Wan Ismail, Engku Khatib, Wan Abdullah, Wan Ahmad, Wan Hussain kebal-kebal belaka. Tinggi ilmu kebatinannya.
Sedikit sebanyak ada juga WZWH mewarisinya-kebal politik....

Anonymous said...

yang kebenarannya tali barut inggeris tetap tali barut juga.dan golongan wan adalah hasil dari nenek moyang yang jadi gundik..

aku anak peneroka said...

anonymous : tak baik la ckp mcm tu.. blog wzwh ni bagus mengungkai sejarah fakta dan banyak benda yang kita tak tahu mcm saya dah berapa generasi walaupun ayah dari tempat lain.. tapi sejarah hulu tembeling berkait rapat dgn mak saya,. dan sejujur saya bangga dengan setiap sejarah yang pernah wujud.. pada ayahanda wzwh teruskan menulis dan share setiap apa yang ayah tahu.. ramai pembaca setia blog ni..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024