Ahli perniagaan Cina menyokong sebarang polisi yang memajukan taraf hidup Melayu, kata Persatuan Dewan Perniagaan Cina dan industri Malaysia (ACCCIM).
Presiden ACCCIM William Cheng berkata kerajaan patut menolong Melayu memperoleh skil yang membolehkan mereka mendapat pendapatan yang lebih baik.
"Jika anda membantu Melayu dapat pendapatan tinggi, apa yang anda risau pasal ekuiti?" katanya merujuk isu panas 30% ekuiti korporat Bumiputera.
Cina tidak akan menentang kerajaan menolong Melayu menjadi kaya kerana mahukan kuasa membeli Melayu.
"Tetapi kita selalu berselisih faham berhujah tentang ekuiti 30%. Hujah begini selalu menganggu rakyat Malaysia. Kita membuang masa kepada polemik ini," tambahnya.
Cheng agak kritikal menilai kedua-dua DEB dan MEB. DEB tidak mencapai objektif dan MEB masih kabur.
Dia berkata 61% responden kaji selidik ACCCIM menyatakan MEB tidak mesra-perniagaan. WZWH menyangkal keras pendapat ini kerana DS Najib belum mengemukakan MEB yang sebenar lagi.
Leong Kai Hin, ahli majlis kebangsaan ACCCIM berkata,"kerajaan perlu mengadakan beberapa sesi penerangan MEB dan berusaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia tentang kebaikannya".
WZWH amat faham golongan peniaga Cina tidak suka ketegangan kaum berlaku akibat apa-apa isu atau polemik menyentuh perkauman. Kerana sebarang rusuhan kaum akan memberi kesan kepada perniagaan.
Sememangnya golongan kapitalist pasti tidak mahu perniagaan mereka terganggu. Malangnya ahli politik suka guna isu ini bagi mencari populariti dan menunjukkan mereka ada pendirian dan keberanian menyatakan pandangan kepada sesuatu isu bagi mewakili kaum dan komuniti mereka.
Pepatah Melayu ada mengatakan jangan dijolok sarang tebuan, tetapi Chua Soi Lek sangat berani dan bila tangan dan badan sudah disengat tebuan maka sakitlah badan menanggungnya.
No comments:
Post a Comment