Strategi-strategi Yang Diambil Oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ke Arah Pembentukan Negara Islam di Madinah.
Demografi Madinah :
- Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya.
- Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.
- Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.
- Konsep negara.
Pembinaan Masjid :
- Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
- Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam
Pembentukan Ummah :
- Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin :
i. Muahahjirin dengan Muhajirin.
ii. Ansar dengan Ansar.
iii. Muhajirin dengan Ansar.
- Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.
Mewujudkan Piagam Madinah :
- Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.
Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah :
- Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.
Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :
- Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.
Mengadakan Hubungan Luar :
- Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.
Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :
- Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
Kesimpulan :
Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan perundangan.
2 comments:
Awk tulis ke awak salin buku teks jer... mcm2 ayat buku mana2 jer, kalau gitu semua boleh tulis blog...
Wah bulan puasa ni byk cerita pasal Islam, awak tak bersumpah lagi dlm blog kas awak tak pernah minum arak. Sumpah dgn nama Allah. Kas ni anti hipokrit
Salam Cawan Tembaga,
Semoga bulan Ramadan yang berkat ini, saudara CW diberi ilmu dan hidayah dan dijauhi perasaan hasad dengki dan amarah yang tidak rasional.
Post a Comment