WZWH suka tengok gelagat Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan 3 langkah "populistnya" Saman ekor, wang RM1000 warga emas dan WiFi percuma. LGE berfikir seperti seorang Ketua Kampung @ Tok Empat cara menyelesaikan masalah ekonomi negara.
WZWH rasa lebih baik LGE fikir bagaimana hendak tarik pelaburan yang menjunam sebanyak lebih 85% di Pulau Pinang. MIDA mensasarkan FDI akan masuk sebanyak RM40 bilion. LGE patut fikir macamana hendak tarik FDI ke Pulau Pinang dari jumlah RM40 bilion itu.
Walaupun tarikh pilihan raya umum akan datang masih diselubungi rahsia, DAP telah masuk gear pertama dengan memperkenalkan dasar-dasar ‘pro-rakyat’, sebagai langkah untuk memenangi hati para pengundi.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah mengambil keputusan bahawa para pemimpin DAP di seluruh negara harus memberi tumpuan kepada tiga dasar inisiatif utama untuk faedah rakyat, sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.
"Pertama, kita akan memastikan saman ekor dimansuhkan kerana pemilik kenderaan yang nama mereka disenaraihitamkan, bukan sahaja tidak adil tetapi bercanggah dengan keadilan sejagat.
"Kedua, meluluskan RM1,000 seorang setiap tahun kepada warga negara berusia lebih 60 tahun sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada negara.
"Ketiga, untuk menggalakkan inovasi dan perkembangan bakat manusia dengan menyediakan wi-fi percuma di seluruh negara," katanya.
Sambil mendakwa langkah-langkah ini mendapat sokongan dari komponen parti Pakatan Rakyat yang lain, Lim bagaimanapun menekankan bahawa ini bukan langkah untuk mencari populariti.
"Langkah-langkah ini bukan langkah mencari populariti, (memberi wang kepada rakyat) telah dilaksanakan di banyak negara. Langkah ini menjadi amalan antarabangsa, malahan di Thailand," katanya.
Sejumlah RM2.1 bilion
Beliau berkata, kita akan mengagihkan sebanyak RM2.1 bilion kepada rakyat jika dasar pemberian RM1,000 setiap tahun dilaksanakan, walaupun langkah ini akan menimbulkan kontroversi.
"Orang akan bertanya, di mana kita memperolehi wang sebanyak itu? Tetapi kita harus berfikir berapa banyak telah kita hilang dalam bentuk rasuah setiap tahun, yang berjumlah RM28 bilion.
"RM2.1 bilion tidak sampai satu peratus dari jumlah itu……memberi wang kepada diri sendiri adalah salah, memberi wang kepada rakyat, tidak salah," katanya.
Beliau berkata, partinya akan terus memberi wang RM1,000 kepada warga emas "selagi Pakatan Rakyat terus berkuasa," katanya.
Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa langkah seperti ini adalah satu bentuk "membeli undi" kerana kita belum tahu bila pilihan raya umum akan di adakan.
Komen ramai rakyat yang menilai LGE:
If DAP needs to use tax payers money to offer freebies etc to win votes than it goes to show that DAP is bankrupt of ideas. Offering goodies etc can be matched by any political party. DAP should focus on the Earning the Trust & Respect of the rakyat by "Doing the Right Thing based on Justice, Equality & Pragmatism" Offer the Rakyat, Principle leaders & candidates who can touch the hearts of the common people & who believe in these virtues.
No comments:
Post a Comment