Monday, August 23, 2010

Geng 30 Nostalgia Politik Jerantut Awal 1980an


Geng 30 adalah satu kod politik untuk menjatuhkan pemimpin di Jerantut pada lewat 70an dan awal 80an semasa berlaku krisis politik di Jerantut dan Pahang. WZWH cerita "Geng 30" kerana mahu mengingat nostalgia politik 1970an dan 1980an yang pada masa itu WZWH sedang bersekolah rendah.

Cerita "Geng 30" banyak mengajar ilmu politik melalui perdengaran dan pemerhatian kepada WZWH melalui kaedah Socrates dan anak muridnya Plato. Kaedah bertanya soal jawab. Politiknya lebih kepada teori dan praktikal. Cerita "geng 30" mengingat WZWH kepada arwah datuk WZWH yang banyak mengajar teori politik semasa WZWH berumur 12 tahun.

Politik Pahang pada masa itu berlaku konflik antara MB pada masa itu Dato' Rahim Bakar dan Ahli Parlimen Jerantut Dato' Syarif Ahmad berjawatan menteri penuh. Soal siapa benar tidak perlu dipersoalkan kerana kuasa sebabnya dan WZWH pun tidak tahu jawapannya sebab WZWH hanya kanak-kanak ketika itu.

Apa yang buat "Geng 30" menentang dan ingin menjatuhkan Syarif Ahmad menteri penuh? Tentu jawabnya galakan dari MB sendiri iaitu Dato' Rahim Bakar dan anak-anak tempatan yang tidak mahu Dato' Sharif Ahmad bertanding lagi menjadi Ahli Parlimen kerana Dato' Sharif Ahmad atau dipanggil "Sharif Lobo" bukan anak jati Jerantut. Beliau berasal dari Bentong.

Siapa geng 30? 30 anak tempatan yang mahu mengulingkan Dato' Sharif Lobo. WZWH tidak ingat semuanya tapi yang ingat Arwah Dato' Harun Gintong, Cikgu Saharuddin dan adiknya Ramli yang diprojek untuk menjadi bakal Ahli Parlimen, arwah bekas YB Kamariah. Dato' Hj Rosdi pun terlibat.Juga arwah datuk WZWH yang merupakan 'mastermind' gerakan kumpulan ini.

Siapa yang mempertahankan Dato' Sharif Lobo? Mestilah ramai kerana Dato' Sharif Lobo adalah Ketua Bahagian UMNO, Menteri penuh pula. Antara penyokong-penyokong setianya ialah arwah Abbas Sani, Dato' Bazain, Arwah Simen,Tuan Hj Kamaruzaman Baria, Wan Hamzah, Wan Roafza, dan kedua-dua Penghulu Tembeling iaitu arwah Engku Mohd Basri dan arwah Wan Basri. Amat menarik bila keluarga WZWH berpecah dua, ada yang sokong ada yang tidak menyokong. Inilah memeningkan kepala WZWH kerana perbezaan pendapat politik susah menentukan kebenarannya.

Apa aktiviti geng 30? Setiap malam berkumpul dirumah ahli-ahli tertentu mengadakan mesyuarat membincangkan strategi-strategi bagaimana hendak menjatuhkan Dato' Sharif Lobo. Selalulah arwah datuk WZWH diusung kehulu ke hilir balik lewat malam malah pagi. Inilah politik geng 30.

Saya bertanya kepada datuk,"kenapa mahu gulingkan Menteri Penuh?" sebabnya pernah semasa kecil WZWH pernah menghadiri program politik di Kuala Tembeling ketika itu Dato' Sharif Lobo datang. Sangat bergaya orangnya, berbush jaket, menghisap cerut, botak dan leher pendek dan pandai berucap politik-orator. Sungguh bertokoh orang ini.

Datuk WZWH cakap," Masa telah tiba untuk orang Jerantut naik kerana hanya orang Jerantut lebih tahu dan memahami kehendak rakyat Jerantut"..Kenapa biar orang luar memerintah tempat kita.." Tapi ada satu sebab yang datuk WZWH mahu gulingkan Dato' Sharif Lobo dan WZWH boleh menerima sebab itu. "Jangan biarkan puak ini menekan kita, melaga-lagakan kita...kita naikkan orang kita." Baru WZWH boleh faham kenapa datuk bekerja keras menyelia geng 30.

Ramli Shamsuddin sangat yakin menjadi bakal ahli parlimen kerana dia berkelulusan universiti dan mendapat sokongan geng 30. WZWH fikir macamana datuk nak naikkan orang "kita". Dan datang Wan Bakar (belum dapat gelaran dato' lagi pada masa itu) baru berumur lewat 20an. Wan Bakar adalah sepupu keras datuk.

Wan Bakar adalah seorang ahli politik yang pandai mencari peluang-the right place at the right time. Dia baik dengan Arwah Dato' Harun Gintong lalu ada akses dengan Dato' Rahim Bakar. Tapi bila dia tahu Ramli adalah calon favourite geng 30 dia tahu peluangnya sukar. Tetapi datuk WZWH hanya senyum sebab datuk WZWH tahu ada suis yang perlu ditekan. Suis ini yang datuk guna-"the old family secret"

Wan Bakar cerdik orangnya. Dia pergi ke Kuala Lumpur berjumpa Dato' Sharif Lobo menyatakan dia hormat kepadanya. Bila Mahathir menyatakan kepada Dato' Sharif Lobo dekat pilihanraya bahawa dia boleh bertanding tetapi tidak boleh menjawat jawatan menteri lagi maka Dato' Sharif Lobo tahu...dan dia tidak mahu bertanding.

Semasa pemilihan bakal calon Ahli Parlimen disampaikan kepada Tuanku Sultan ketika itu Baginda adalah DYMM Agong ada dua nama 1. Ramli bin Shamsuddin 2. Wan Bakar bin Wan Mohamed.

Maka Dato' Sharif Lobo merekomenkan kepada Tuanku Sultan nama Wan Bakar kerana inilah budak muda yang berjumpa dengannya dan menghormatinya..Tuanku Sultan hanya tersenyum.

Itulah cerita geng 30. WZWH tahu strategi datuk WZWH boleh diguna pakai dan berjaya dilaksanakan. Ramli selepas itu pergi ke England sambung belajar..maka Wan Bakar menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal. Kadang-kadang WZWH terfikir bolehkah modus operandi geng 30 dilaksanakan semula? Seperti Dato' Wan Amizan berkata,"Kita diibaratkan menakek tiang elektrik TNB, habis parang kita tumpul...silap-silap patah!"

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024