Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, August 11, 2010

Sejarah Bangsa Arab Sebelum Islam


Habib Hasan Touma mengungkapkan bahawa orang Arab ialah “orang yang memiliki kebangsaan Arab, yang memakai bahasa Arab dan memiliki pengetahuan tentang Arab secara keseluruhan”. Sementara itu, Liga Arab pada tahun 1946 menyatakan bahawa orang Arab ialah “yang memiliki kebangsaan negara di dunia Arab, berbahasa dan menuturkan bahasa Arab dan peduli terhadap nasib bangsa Arab.

Asal usul dan sejarah Bangsa Arab/Arab Awal- bangsa Semit pada awalnya membangun peradaban di Mesopotamia dan Syria, kemudian perlahan-lahan mereka kehilangan dominasi politik mereka dan disebabkan serangan dari bangsa nomad Semit dan bangsa non Semit. Bangsa Aram, Asiria dan Minean berbicara dalam bahasa yang hampir sama dengan bahasa Semit.Akhirnya, bangsa Semit kehilangan kekuasaannya tepat pada serangan Persia dan kedatangan bangsa Yunani pada 330 SM.

Setelah penyerangan itu, bangsa Semit berpecah ke serata bahagian.Kebanyakkan dari suku bangsa ini berpindah ke daerah selatan dan daerah utara, dimana bangsa Arab akan berkembang disana.Bangsa Arab di Utara membangun sebuah peradaban yang dinamakan peradaban Arab Nabatea. Kemudian , Arab bahagian selatan membentuk kafilah kafilah yang tersebar.Kafilah-kafilah ini kemudian membentuk sebuah kerajaan di daerah Yaman, yang disebut bangsa Yunani sebagai Arabia Felix yang bererti “kawasan Arab yang beruntung”

Pada masa Sassanid, Kekaisaran Romawi menguasai daerah Syam yang kemudian disebut Arab Perta.Bangsa Romawi menyebut daerah gurun di Timur ini sebagai Arabi. Pada awal abad pertama masehi, Kaum Ghassan dari Yaman berpindah ke daerah Syam. Kaum Ghassan, Lakhm dan Kindi menjadi kabilah-kabilah yang terakhir kali berpindah ke Arab Petra.Kabilah Ghassan kemudian berpindah ke daerah Syria dan tinggal dikawasan Hurran dan deerah Levantine ( Lebonon, Palaestina ) Bangsa Ghassan menguasai Syria sampai kedatangan kaum Muslimin disana.

Sementara itu, kaum Lakhm bermukim di daerah pertengahan Sungai Tigris. Mereka bersekutu dengan Sassanid untuk melawan Kekaisaran Bizantium dan Kabilah Ghassan. Mereka kemudian mengawal Daerah Arab bahagian Tengah. Kabilah Kindi bermingrasi ke Utara , tapi mereka kemudian berpindah ke Bahrain dan tetap bermukim di Yaman.Kaum Muslimin yang bermukin di Madinah mengacu pada kabilah gurun dan mereka disebut A’raab. Kata A’raab berasal dari istilah bangsa Asiria terhadap bangsa-bangsa yang pernah mereka taklukan.

Al-Quran tidak memakai kata “arab” tapi hanya menggunakan kata sifatnya iaitu “arabiyyun” Al Quran kemudian menjadi contoh yang sempurna bagi “al-arabiyya”, bahasa Arab.


Kata benda netral ‘a’rab” berhubungan suku Badui Quraisy yang melawan Nabi Muhammad SAW , contohnya pada surat A-Taubah, arabu asaddu kufran waninifaqan”. Mereka ( suku Quraisy ) semakin kafir dan nifaq. Berdasarkan terminology Islam, kata “arab” menunjukkan bahasa, dan a’rab untuk kaum Arab Badui.

Sebagaimana yang disebut oleh ulama’ al-Ansab (asal-usul keturunan) terbahagi kepada 5 cabang yang disebut syu’ub(bangsa) yang semuanya bertemu pada Sam b. Noh. Lima bangsa tersebut ialah Banu (keturunan) Ad, Banu Thamud, Banu Madyan, Banu Qahtan dan Banu Adnan.

Kaum Ad tinggal di al-Ahqaf iaitu di satu kawasan antara Yaman dan Oman. Nabi yang diutuskan kepada mereka ialah Nabi Hud a.s.

Manakala Thamud pula tinggal di al-Hijr dan Wadi al-Qura iaitu kawasan antara Hijaz dan Syam. Nabi Saleh a.s merupakan utusan Allah yang diutuskan kepada mereka.

Adapun yang ketiga ialah kaum Madyan. Mereka tinggal berdekatan dengan Ma’an di Jordan di kawasan pinggir Syam menuju ke Hijaz. Nabi yang diutuskan untuk berdakwah kepada mereka ialah Nabi Syuaib a.s.

Ketiga-tiga bangsa ini telah lenyap dan langsung tidak meninggalkan keturunan mereka. Mereka ini disebut juga dengan nama al-Arab al-Aribah (Arab tulen) atau al-Arab al-Baidah (Bangsa Arab yang pupus).

Adapun dua bangsa Arab yang masih kekal dan digelar dengan nama al-Arab al-Baqiah (Bangsa Arab yang kekal) ialah semuanya daripada Qahtan dan Adnan.

Adapun Adnan merupakan daripada anak Nabi Ismail a.s dan secara umumnya mereka ini mendiami kawasan tengah semenanjung Arab dan bahagia utaranya.

Manakala Qahtan secara umumnya mendiami kawasan selatan semenanjung Arab.

Arab Adnan (Adnaniyah) pada asalnya menetap di kota Makkah. Mereka dipanggil Arab al-Musta'ribah (bukan Arab tulen) . Ini disebabkan kerana Nabi Ismail, bapa Adnan, yang membawa keturunan Adnaniyah mengunakan bahasa Ibrani (Hebrew) atau Siryani dan tidak tahu bahasa Arab.

Sewaktu suku Jurhum tiba di Kota Makkah, Nabi Ismail a.s. belajar bahasa Arab dengan mereka dan seterusnya berkahwin dengan puteri Jurhum. Daripada perkahwinan inilah lahirlah keturunan Adnan. Dari Adnan lahirlah Ma'ad dan Nizar dan seterusnya Mudar dan Rabi'ah. Dari Mudar pula lahirlah keturunan Quraisy.

1 comment:

Anonymous said...

At this time it appears like Expression Engine is the best blogging platform
out there right now. (from what I've read) Is that what you are using on your blog?

Also visit my website; wikipopulus.org