Nuffnang Ads

Pages

Sunday, August 1, 2010

Ketua Pemuda PAS Selar Tony Pua-Isu Diskaun Bumiputera

Nasrudin Hassan At Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS menyelar Tony Pua, ahli parlimen PJ Utara merangkap penasihat ekonomi DAP berkenaan berkait dengan diskaun bumiputera dalam pembelian rumah bagi hartanah yang bernilai RM 500,000 ke atas .

WZWH merasakan mungkin selepas Khairy Jamaluddin dengan kerasnya menentang cadangan penasihat ekonomi DAP dan tentangan orang Melayu maka Nasrudin Hassan At Tantawi terpanggil menyatakan pendirian PAS walaupun TG Nik Aziz dan Hadi Awang malu-malu hendak keluar kenyataan.

WZWH walaubagaimanapun gembira dengan pandangan dan pendirian Ketua Dewan Pemuda PAS ini yang senada dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sememangnya generasi muda Melayu berharap kepada kedua-dua pemimpin muda ini yang mewakili dua parti terbesar Melayu di Malaysia.

WZWH juga boleh menganggap ini adalah satu "kerjasama politik UMNO dan PAS" untuk membela umat Melayu Islam di negara ini. Kita ikuti pandangan Nasrudin Hassan At Tantawi dalam blognya:

1. Kebelakangan ini negara kita dan sebahagian rakyatnya sedang memerhati isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Yb. Tony Pua berkait dengan diskaun bumiputera dalam pembelian rumah bagi hartanah yang bernilai RM 500,000 ke atas .

2. Ada beberapa perkara yang perlu terlebih dahulu saya tegaskan di sini berkait isu yang timbul sebelum saya mengulas lanjut .

Pertama : Yb. Tony Pua sewajarnya tidak mendahului Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat dalam membuat kenyataan yang boleh mencetus kontraversiseperti ini sementelah menyentuh kepentingan bumiputera . Sedang Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat adalah mekanisme terbaik untuk membincang dan membuat keputusan berkait isu seperti ini .

Kedua : Kenyataan Yb. Tony Pua adalah kenyataan peribadi beliau bukanlah mewakili suara atau kenyataan PAKATAN Rakyat . Sama juga seperti kenyataan Yb. Karpal Singh sebelum ini berkait dengan isu negara Islam .

Ketiga : Perkara ini tidak perlu tergesa - gesa melainkan ianya perlu kepada kajian yang mendalam dengan mengambil kira soal hak , keadilan dan kepentingan termasuk mengambil kira soal untung rugi sesuatu tindakan itu dari aspek politik dan masyarakat [ rakyat ] .

3. Sekali lagi saya melihat betapa Islam adalah agama yang indah malah menjadi penyelesai kepada masaalah yang sedang dihadapi oleh ummat manusia termasuk isu tanah dan pemilikan rumah kediaman. Tepat sekali tema ucapan dasar Yb. Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS baru - baru ini ialah Islam Adil Untuk Semua .

4. Selama mana sistem negara masih menerima pakai sistem kapitalis dan menolak sistem Islam, maka selama itulah sebenarnya negara akan terperangkap dalam satu kaedah yang sukar dan dilihat tidak adil kepada semua .

5. Islam mempunyai hukum dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masaalah pemilikan hartanah dan ianya tidak menzalimi bangsa , agama dan keturunan seperti

hukum Ihya' al mawat [ memberi hak kepada mereka yang menghidupkan tanah terbiar ] , Iqta' [ memberi hak milik kepada yang tiada kediaman ] dan
garis panduan Hima [ pemiliki tanah secara kuasa ] .

6. Penyelesaian secara cantas atau mengambil perkara cabang sahaja tanpa melihat kepada perubahan secara pokok [ iaitu perubahan dasar dan sistem ] , ianya dilihat tidak akan menyelesaikan masaalah . Sebaliknya mungkin masaalah lain pula akan timbul ekoran masih berpaut pada sistem dan dasar yang salah . Justeru itu , PAS konsisten menyeru masyarakat dalam negara ini khususnya pemimpin agar kembali kepada Islam dan melaksanakan syariatnya.

No comments: