Nuffnang Ads

Pages

Friday, August 13, 2010

Majlis Syura

Majlis Syura :

  • Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w. pengganti baginda dikenali sebagai khalifah.
  • Empat orang khalifah yang selepas kewafatan Nabi dikenali sebagai Khalifah al-Rasyidin. Keempat-empat orang Khalifah al-Rasyidin dipilih melalui Majlis Syura.
  • Majlis syura ini wujud sejak zaman Rasullulah dan diamalkan oleh Khulafah al-Rasyidin.

Latar Belakang dan Konsep :

  • Merupakan Majlis Mesyuarat negara yang berperanan membantu ketua agama Islam melaksanakan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat.
  • Perkataan syura berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat . Kepimpinan pemerintahan dan pentadbiran Islam berasaskan sistem perbincangan , perundingan dan nasihat dalam menentukan keputusan dan ketetapan.
  • Ramai ahli sejarah menyatakan secara raasmi Majlis Syura dibentuk oleh Khalifah Umar al-Khattab, namun Majlis Syura telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Rasullulah terlebih dahulu.

Tugas :

  • Menjadi tempat rujukan untuk melaksanakan undang-undang Allah.
  • Sebagai kuasa eksekutif pada zaman Kalifah al-Rasyidin.
  • Memilih calon khalifah, contohnya semasa perlantikan Khalifah Uthman bin Affan.
  • Mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan khalifah jika ia gagal melaksanakan tugasnya.
  • Memberi bantuan nasihat teknikal yang berkaitan dengan perundangan.

Bilangan Ahli :

  • Bilangan ahli syura tidak ditetapkan kerana bergantung kepada keadaan. Contohnya pada zaman Rasullulah terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat dan panglima tentera.

Kelayakan Ahli :

  • Adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah (mempunyai visi /wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak. )

Prinsip :

  • Pentabiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan ( Musyawarah ) dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
  • Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan / pentadbiran dibuat nmelalui persetujuan hasil daripada perbincangan (Mudhakarah )
  • Kesepakatan, kesefahaman dan kesatuan pendapat serta pendangan dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan.
  • Menajadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber rujukan dalam membuat pertimbangan untuk menentukan keputusan.
  • Menggunakan kebijaksanaan hikmah dan sifat lemah-lembut ‘maw’izah’ semasa mengemukakan pendapat, pandangan dan pendirian dalam perbincangan.
  • Keputusan dan tindakan yang diambil/diputuskan hendaklah mengutmakan kepentingan maslahat umum.
  • Menghormati dan menghargai pandangan, pendapat sereta nasihat yang diketengahkan olah orang lain.

Kesimpulan :

Amalan Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan ayng bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi.

No comments: