Sebelum datang Islam, kaum Arab hidup di bawah sistem berkabilah tidak kira di bandar atau di padang pasir. Makkah sebuah kota maju masih mengamalkan sistem kabilah.
Kabilah merupakan satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan dan mempunyai semangat asabiyah (semangat setiakawan).
Setiap kabilah mempunyai nama dan status; dipelihara dan dipertahankan. Setiap kabilah bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina kabilah lain.
Melalu semangat asabiyahlah menyebabkan mereka sering berperang. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan bagi kabilah. Setiap peperangan melibatkan dua atau lebih kabilah sampai berlanjutan berpuluh-puluh tahun seperti Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi'ah.
Punca peperangan disebabkan pertelingkahan tentang sempadan, perlanggaran peraturan, persengketaan antara keluarga dalam kabilah. Setelah tamat peperangan, timbul dendam mendendam hingga tercetus peperangan baru.
Dalam masyarakat Arab terdapat jalinan kekeluargaan yang sangat kukuh daripada yang kecil kepada yang paling besar seperti berikut:
A'ilah: keluarga seperti keluarga Abu Talib, keluarga Abbas dll
Fasilah: gabungan antara keluarga seperti gabungan antara keluarga Abu Talib dengan keluarga Abbas.
Bani: gabungan antara dua atau lebih fasilah seperti gabungan antara keluarga Abu Talib, keluarga Abbas, keluarga Abdullah, dan keluarga saudara-saudara yang lain
Fakhidh: gabungan antara dua atau lebih bani, seperti gabungan antara Bani Hashim dengan Bani Umaiyah yang membentuk fakhidh Abdul Manaf.
Batn: gabungan antara dua atau lebih fakhidh, seperti gabungan antara fakhidh Abdul manaf dengan fakhidh Makhzum membentuk batn Quraisy.
Imarah: gabungan antara batn Quraisy dengan Kinanah membentuk Imarah Mudar.
Kabilah: gabungan antara Imarah Mudar dengan Imarah Rabi'ah membentuk kabilah Adnaniyah.
Sya'b: gabungan antara kabilah Adnaniyah dan kabilah Qahtaniyah membentuk Sya'b (bangsa) Arab.
Perasaan asabiyah bagi setiap peringkat yang dinyatakan di atas sentiasa wujud. Dengan sebab itu sering berlaku persengketaan.
Setiap Bani (suku) mempunyai seoranng ketua yang dipanggil 'Syeikh', dilantik berdasarkan beberapa ciri antaranya sifat keberanian, pemurah dan pintar (hilm), disamping pengaruhnya di kalangan sukunya. Andai terdapat dua orang atau lebih yang setanding, maka undian akan menentukannya.
Ada juga kaum Arab Hadari mengamalkan sistem warisan dalam perlantikan ketua. Mereka terdiri seperti kaum bangsawan kaum Quraisy Makkah dipimpin Bani Hashim.
Ia bukanlah satu sistem demokrasi atau monarki secara mutlak, kerana sifat orang Arab suka hidup bebas tanpa kawalan undang-undang atau peraturan. Inilah menyebabkan masyarakat Arab menjadi kucar-kacir. Jika sekiranya setiap orang mahu menang sepanjang masa tanpa mahu bertolak ansur dan berdisiplin, maka dengan sendirinya akan timbul golongan anarki.
No comments:
Post a Comment